Semalam Mal cuba sekali lagi masak nasi "berperisa". :p Dulu buat nasi minyak tak berapa nak menjadi kan. Hee.. Guna beras biasa pulak tu. So semalam Mal guna beras basmathi, buat Nasi Mandhi. Encik Suami yang requested ok, sebabnya Mal ada perap kambing nak buat masak lada hitam.
Kat rumah tak dak stok ayam, tu yang makan dengan kambing tu. Huhu.. Kiranya sos tomato dia pun Mal tak buat la dah sebab ayam bakarnya tak dak. Next time la buat, insyaAllah. Yang penting kali ni Mal cuba buat nasi ni bagi jadi dan sedap dulu.
Hehe.. Ok tak? Alhamdulillah puas hati kali ni. Nasi elok ja rupa. :D
Resepi asal yang Mal dok belek2 adalah dari Kak Raidah. Boleh la pi tengok jenguk2 di dapur beliau. Jauh lagi best daripada Mal buat ni. Kui2.. :p Dan yang penting, lengkap ada ayam bakar, sos tomato & ulam-ulamannya. Kak, mintak izin copy and paste resepi kat sini ya. Next time nak cuba lengkap macam akak buat. Thanksss~ :)
Bahan2 penyediaan nasi:
- 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan (Mal guna 1 1/2 pot sebab makan dengan Encik Hubby ja. Then bahan2 bawah ni adjust amount dia sikit2.)
- 3 camca besar minyak sapi
- 4 1/2 cawan air atau secukupnya
- 1 biji bawang besar ~ hiris halus
- 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
- 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
- 1/3 cwn kismis
- Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
- Sedikit pewarna kuning
- Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
- Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
- Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
- Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
- Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
- Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
No 3 dan 4 tu Mal tak buat la.. :D
Kambing masak lada hitam tu pulak, Mal buat simple macam resepi asal yang Mal pernah tulis dulu. Boleh tengok kat sana eh. :) Dulu guna daging lembu, ni Mal guna daging kambing dan lebih berkuah. Tu ja bezanya.
2 comments:
hebakk ar kak amal~! :D
biasa2 je dik.. :) awak pun bole buat. sonang yo~
Post a Comment