Showing posts with label buah. Show all posts
Showing posts with label buah. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Pisang Goreng

:p Resepi cucuq pisang. Ni pun belajaq daripada Encik Hubby ok. Mal ni mana laaa pernah buat cucuq pisang ni. Beli kat gerai ada la. Tak pun dulu2 Mama Mal yang gorengkan. Bertuah sungguh! :D


Apa ke namanya pisang ni pun Mal dah tak hengat. Abang yang belikan lagipun.. Mal tak kenal pun jenis2 pisang. Huhu.. Ada pisang yang sesuai untuk digoreng, ada yang sesuai untuk dimakan begitu saja, ada yang sesuai untuk dibuat serawa atau sira. Macam2 lah.. Nama2 pisang Mal tau, cuma kegunaannya secara spesifik tu yang den lomah sikit. Ada pisang tanduk, pisang nangka, pisang emas, pisang tanduk, pisang kaki, etc. Tau setakat nama ja laaa kan. One day Mal kena sit down and buat research pasal pisang2 ni. Bagus untuk masa depan jugak, kot2 nanti anak tanya.

Mula tu, Mal nak beli tepung pisang goreng Adabi, tapi Encik Hubby tak bagi. Suruh belajaq daripada beliau jugak2 :p Hehe.. So macam mana caranya? Mula2, campurkan tepung beras + baking powder (amik sikiiiiiit ja) + air. Kacau2, then masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak warna sikit, letak la serbuk kunyit. Then masukkan la pisang yang dah dipotong panjang2 dan goreng.

Macam tu ja? Yup. Macam ni ja la yang Encik Hubby ajaq. Mal pi memandai2 tambah kacang tanah tumbuk tu. Mal suka, tapi Abang tak suka pulak. Rasa pelik katanya. Huhu.. Mal rasa lemak2 ja. Kalau letak bijan pun best jugak.

*Kruk2 tau keropok yang terhasil keliling pisang ni. Cuma agaknya Mal terrrrlebih sikit baking powder. Ada keropok tu macam nak patah la jugak gigi bila tokak (gigit) :p

Wednesday, January 26, 2011

Diet For GDM - Breakfast Day 3

Hari ketiga, Mal cuba semula makan oat. Kali ni ikut saranan Mama supaya tambahkan potongan kiwi, juga ikut saranan Ummi supaya cairkan oat dan makan panas2. Alhamdulillah tekak ni dapat terima. Cuma masa 4 5 suapan terakhir tu terasa oat ni makin pahit. Awat tatau.. (-__-) Syukur la adanya buah kiwi tu yang melajukan proses menelan. Yeah, berjaya! Alhamdulillah~ :)


Minggu ni Alhamdulillah banyak stok buah2an kat rumah. Abang belikan sekotak limau 2 hari lepas. Beraya limau lah kami! Asal lapaq ja, Mal kupas limau. Dalam sehari, 3 4 biji la jugak. Huhuu.. Selain limau lokam ni, ada stok tembikai, kiwi, epal dan pisang. Mengikut cara pengambilan yang betul, buah2an memang kena makan banyak tapi kena pelbagaikan warnanya. So here ada warna orange, red, green and yellow. :) Macam tu jugak dengan sayur. Kena pelbagaikan warna.

Happy Chinese New Year to my labmates!

Monday, January 24, 2011

Diet For GDM - Breakfast Day 1


Assalamualaikum. :) Alhamdulillah puas rasanya dapat bercuti 4 hari di Aloq Setaq. Handphone pun Mal off ja. Sekarang ni dah dok ada di BBB dah. Sorry la eh kepada those yang tak dapat call atau send SMS. Satgi baru nak reply semua SMS tu.

Ok hari ni 24 Januari kan. So Mal ada lagi 10 hari untuk memperbetulkan cara pengambilan makanan Mal. On 2nd Feb ada routine antenatal check up di KK. Nanti nak depa akan tengok result test yang lepas dan akan decide whether GDM Mal ni ok ka tak. InsyaAllah opefully ok lah.. Mal tengah berusaha nak betulkan diet ni. Semoga kadar gula Mal akan turun. Ameeeeeennnnn... (Ambo tok se dicop sebagai pesakit GDM. Nehi.. Nehi..)

Pagi ni Mal cuba breakfast dengan makanan yang Mal rasa, insyaAllah cukup berkhasiat. Let's have a look on the pic below.


Hee.. Berkhasiat lah sangat kan??? :D Ada segelas (panjang sejengkal) penuh low fat milk, 2 keping roti multiwholegrain fibermeal, strawberry jam, butter dan sebiji epal.

Jam and butter tu Mal sapu sikit ja, alang2 nak kurangkan gula dan garam. Buah tu pulak Mal makan separuh. Lagi separuh nanti nak simpan untuk makan jam 10 pagi nanti. Waktu Mal breakfast ni, 7 pagi. Alhamdulillah mengenyangkan. Tapi la ni dah lapaq semula. Baru 9.45 pagi. Huu... Sabaq2.. Kena disiplin!

Atas ni, gambar snek jam 10 pagi ok. Simple ja.. Berkhasiat jugak kan? :D Ada 3 keping biskut oat dalam bungkusan kecil tu.

Friday, November 12, 2010

Kecuq Ayaq Liuq Chek! :p

Sabtu, 13 Nov 2010.
(Huu.. Macam mana nak ubah tarikh kat blog ni ehhhh.. Lambat sehari tarikhnya.)

Pagi semalam pi ke lab, jumpa Kak Kinah nak bagi tesis senior dan bincang few things related to our MSc project. And after that, Kak Kinah bagi buah kedondong ni. Weee... Kak Kinah cakap ada baaaaaanyak kat rumah. That's why bila nampak buah ni dah masak, Kak Kinah teringat kat ibu mengandung sorang ni :D Hee.. Thanks kak!


Mal tak la reti sangat nak makan buah kedondong. Tapi pernah makan la suatu ketika dahulu. Kat kampung Mal, depa panggil buah amra kot. Hmmmmmm I think sooooo. :p Rasa buah ni masam2 yang tak ekstrim. Sesuai la untuk lidah Mal sekarang ni. Hihi..


Hohohooooo.. Pelam epal!!! :) Sepanjang mengandung ni, tiap kali teringat pelam epal, mesti taaaaaaappppp taaaappppp taaaapppp. Hehe.. Kecuq ayaq liuq chek! Alhamdulillah syukur tak susah nak dapatkan buah ni. Tiap hari Selasa atau Sabtu, ada dijual di pasar malam BBB Seksyen 15. Dia jual 2 jenis, yang muda (isi masih putih kehijauan) atau yang dah agak masak (isi kuning2 tapi tak lembik, rasa masam2 manis). Bau pelam epal, memanglah saaaaaaangat haruuuummmmm! Bila dah masak, isinya manissssssss... Memang terbayang2 ja buah ni selalu.


Taraaaaaa..!!! Dah siap dipotong. Makan masa relaks2 tengok cerita Ahmad Durrah malam semalam. Hihi.. Encik hubby yang ajaq buat colek tu. Hanya campurkan kicap dan gula. Sedap lah pulak. Mama Mal buat ada cabai2, belacan2 sikit kot. Whatever la, asalkan sedap. Mal memang tak tau buat langsung sebelum ni.. :p See, buah pelam tu dah masak ranum. Ni stok buah yang akhir2. That's why dia dah "ter"masak dan lembut macam tu. Lembut2 macam tu tak payah cicah dah pun tapa sebab dah manis kan.

Petang ni nak pi beli lagik! (^_^)

Oh ya, orang cakap bila mengandung tak elok sangat makan masam2. Tapi kalau teringin, makan masam2 buah tak pa. Sumber asli. Betui ka?

Tuesday, June 22, 2010

Dinner 19 June 2010

Tarikh: 19 Jun 2010 Lokasi: Istana Cinta Kami :D Ni set untuk dinner. Simple jugak kan? :) But we enjoyed very much!!! Eh, ikan goreng lagi?? Hehe.. Tu la masakan newly-wed couple. Abang tak kesah.. Apa pun, Abang makan.. Tu Abang yang cakap la. Tapi kita sebagai isteri ni, mesti la nak sediakan yang terbaik untuk suami kan. Ada temenung (kembung) goreng, tempe goreng, bayam masak lemak, tembikai & jus tembikai.
Nampak sedap kan???? (^_^) Manisss!!! Tanpa gula ok.
FYI, jus tembikai tu Encik Hubby yang buat ya! :D Tahniah Abang!!! Sampai comot2 habis meja dan lantai sebab tertumpah2. Lawak betul guna juice extractor tu. Kat muncung yang keluar jus tu patutnya letak la cawan ke bekas air apa ke bawah tu. Tapi Abang tak, sebab konfusyesss kat mana jusnya keluar. Apa lagi, sememeh habis la meja siap tumpah2 atas lantai.. Wuuu..
Ni second round ni. Abang dah pandai lapik meja & letakkan cawan bawah muncung yang jus keluar tu.

Peti sejuk kami is on the way. OTW tu maksudnya tengah kumpul duit lagi sikit untuk beli peti yang best. Hee... Ikutkan hati (dan bajet yang ada setakat ni), 1 pintu pun dah cukup. Tapi Abang prefer 2 pintu. Abang cakap, Sayang kan suka masak. Kita beli la peti ais besar sikit. Nanti boleh simpan macam2. Nanti dah ada anak2 pun senang. Hee.. Ya lah, sami'tu wa atho'tu.

*Buat sahabat kami, Huzaifah & bakal isterinya Azilah, terima kasih untuk juice extractor ni. Depa berdua mai ziarah kami pagi tu. Sebelah malamnya, terus ja kami "rasmikan" hadiah depa ni. Hihi.. Thanks ya! :)