Tuesday, April 19, 2011

Asam Pedas Ikan Pari

Mal ada dengar, preggy mommy tak boleh makan ikan pari.. Reason? Tak ingat lah pulak. Huhu.. Betui ka eh? Tapi ni Mal masak la jugak, dah Encik Hubby nak. Mal pun makan, tapi sikit2 ja. Mal ni kalau orang pesan bab2 berkaitan makan minum, Mal ambil kisah la jugak walaupun kadang2 jauh di dalam hati tu kurang percaya.


Lauk ni Mal masak semalam. Hari ni ada lebih2, so kami makan untuk dinner tadi. Terus licin sebab rasa makin sedap pulak bila lauk ni dah masuk hari kedua. Masam dia tu lebih umppphhh.. :p

Bahan2:
  • 2 ketul ikan pari
  • 2 keping asam keping
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai dititik
  • 5 sudu besar cili kering yang dikisar dengan bawang besar
  • 3 biji bendi
  • Setengah inci belacan
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Tumis cili kering, belacan, asam keping, serai dan bunga kantan hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan bila agak menggelegak, masukkan ikan.
  3. Biarkan hingga ikan masak kemudian masukkan bendi dan garam secukup rasa.
  4. Selepas 5 minit, padamkan api.

No comments: