Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Easy Shepherd's Pie





Assalamualaikum (^_^)
Shepherd pie ni Mal buat semalam. InsyaAllah later will share the recipe. Senang ja kot. Semua orang pun dah tau. :p Tapi I'll share my version. Harus nap sat. Feninnn.. (=_=)

********************
19 April 2011

Okeh.. Sambung tulis resepi setelah berbelas2 jam tertangguh :p Heee... Resepinya merata ceruk Mal rujuk. But at last, Mal sesuaikan mana2 bahan yang ada dan mana2 yang dirasakan sesuai dengan tekak.

Mash Potatoes:
  1. 5 biji kentang saiz sederhana dibuang kulit, dibelah 4 kemudian direbus hingga empuk.
  2. Semasa masih panas2, lenyek hingga halus.
  3. Tambahkan 2 sudu besar butter and about 150 ml milk ke dalam kentang tadi, kacau hingga sebati.
  4. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul rata.

Inti:
  1. Tumis 1 ulas bawang besar & 2 ulas bawang putih yang telah didadu hingga wangi.
  2. Masukkan minced beef dan carrot yang didadu. Kacau hingga daging masak dan airnya agak kering.
  3. Masukkan 2 packet mushroom soup (Mal guna Campbell). Kacau lagi hingga pekat.
  4. Kemudian masukkan brokoli, tomato yang didadu dan mushroom.
  5. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa. Tambahkan garam jika perlu. (Mushroom soup tadi dah masin, tak perlu tambah garam pun tak pa). Gaul hingga sebati dan kemudian boleh tutup api.

Shepherd's Pie:
  1. Sudukan inti tadi (agak2 3/4 penuh) ke dalam ovenproof container. Mal guna bekas aluminum untuk pie tu ja. (Optional: Sudukan sedikit mash potatoes untuk first layer, kemudian baru diikuti inti).
  2. Kemudian tutup inti tadi dengan mash potatoes dan ratakan. Taburkan Parmesan cheese jika ada.
  3. Bakar pada suhu 200C selama 25-35 minit atau hingga bahagian atasnya bertukar perang keemasan.

Thursday, January 27, 2011

Diet For GDM - Dinner Day 2

Gambar daripada phone camera baru nak upload. Hari kedua di siang hari kan makan sakan.. Ingat kan malam tu nak makan biasa2 ja tapi petang tu kami ke pasar malam beli bahan mentah. Then after Maghrib, pi Alamanda pulak beli barang2 rumah. Mal memang tak sempat nak masak la. Lepas shopping semua, Abang ajak ke Serdang, nak makan western food.

Encik Hubby minum teh tarik gelas besarrrrr punya :p Mal ordered barli ais. Lama tak minum.

Hee.. Order makanan yang paling murah di situ. Fish n chip! :D Encik Suami makan Goldon Blue Chicken. Oh "berkhasiat"nyaaaaa!!! :p