Showing posts with label pencicah. Show all posts
Showing posts with label pencicah. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Kecuq Ayaq Liuq Chek! :p

Sabtu, 13 Nov 2010.
(Huu.. Macam mana nak ubah tarikh kat blog ni ehhhh.. Lambat sehari tarikhnya.)

Pagi semalam pi ke lab, jumpa Kak Kinah nak bagi tesis senior dan bincang few things related to our MSc project. And after that, Kak Kinah bagi buah kedondong ni. Weee... Kak Kinah cakap ada baaaaaanyak kat rumah. That's why bila nampak buah ni dah masak, Kak Kinah teringat kat ibu mengandung sorang ni :D Hee.. Thanks kak!


Mal tak la reti sangat nak makan buah kedondong. Tapi pernah makan la suatu ketika dahulu. Kat kampung Mal, depa panggil buah amra kot. Hmmmmmm I think sooooo. :p Rasa buah ni masam2 yang tak ekstrim. Sesuai la untuk lidah Mal sekarang ni. Hihi..


Hohohooooo.. Pelam epal!!! :) Sepanjang mengandung ni, tiap kali teringat pelam epal, mesti taaaaaaappppp taaaappppp taaaapppp. Hehe.. Kecuq ayaq liuq chek! Alhamdulillah syukur tak susah nak dapatkan buah ni. Tiap hari Selasa atau Sabtu, ada dijual di pasar malam BBB Seksyen 15. Dia jual 2 jenis, yang muda (isi masih putih kehijauan) atau yang dah agak masak (isi kuning2 tapi tak lembik, rasa masam2 manis). Bau pelam epal, memanglah saaaaaaangat haruuuummmmm! Bila dah masak, isinya manissssssss... Memang terbayang2 ja buah ni selalu.


Taraaaaaa..!!! Dah siap dipotong. Makan masa relaks2 tengok cerita Ahmad Durrah malam semalam. Hihi.. Encik hubby yang ajaq buat colek tu. Hanya campurkan kicap dan gula. Sedap lah pulak. Mama Mal buat ada cabai2, belacan2 sikit kot. Whatever la, asalkan sedap. Mal memang tak tau buat langsung sebelum ni.. :p See, buah pelam tu dah masak ranum. Ni stok buah yang akhir2. That's why dia dah "ter"masak dan lembut macam tu. Lembut2 macam tu tak payah cicah dah pun tapa sebab dah manis kan.

Petang ni nak pi beli lagik! (^_^)

Oh ya, orang cakap bila mengandung tak elok sangat makan masam2. Tapi kalau teringin, makan masam2 buah tak pa. Sumber asli. Betui ka?

Monday, August 31, 2009

Cabai Kicap

Selain kacang buncis yang Mal masak tu, hosmet Mal iaitu Kak Non masakkan sup ayam. So, bila ada suuup.. lawannya adalah cabai kicap! :-) Kat kampung Mal memang makan macam ni. So in case sup tu tawaq habiaq, boleh la cover dengan cabai kicap ni. Mudah ja nak buat.

Hiris bawang besar, potong cili padi halus2. Then masukkan dalam mangkuk. Lepas tu tuangkan kicap. Tak kesah la kicap masin ke manis ke. Lastly, perah asam limau. Asam limau tu limau nipis ya kawan2. Itu ja. Siap la :-) Certain orang letak jugak hirisan cabai hidup.

Sup ayam Kak Non masak. TQ Kak Non! :-) I lap uuuuuu~ Tawaq sikit. Hehe.. Tapi tak pa, dah covered by my sambal kicap.

Cucur udang Kak Non buat jugak :-) Udang gumoksss2.. Makan sama mayo dan sos. Yummy!