Monday, January 25, 2010

Gulai Ayam (Mamak Style)..


Ni lah gu roti jala tu :) Gulai ayam yang pekat. Selalunya bila nak makan dengan roti jala, Mal akan buat gulai yang agak pekat. Tak besh la cicah roti jala dengan kuah yang ceroi (cair). Terbantut perasaan. Hehe.. Kenapa namanya mamak style? Mal hagak2 ja. Sebab bila Mal buat kuah pekat camni, mesti Mama cakap macam gulai mamak =P Ok lah, tamo cakap banyak, jom kita tengok resipinya.

Bahan2:
  • Ayam
  • Kentang
  • Lobak merah (ni Mal lupa letak)
  • Asam keping
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Halia
  • Serbuk kari ayam/daging
  • Santan
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Garam dan air secukup rasa

Cara2:
  1. Tumiskan bawang merah+bawang putih+halia+kulit kayu manis+bunga lawang+asam keping, hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah.
  4. Gaulkan sebati dan biarkan menggelegak seketika.
  5. Jika perlu, tambah sedikit air.
  6. Akhir sekali, masukkan santan dan biarkan mendidih.

Siap! Selamat mencuba :)

Roti Jala


Ok, Mal mulakan entri terbaru untuk tahun baru ni dengan cubaan Mal yang terbaru. Hehehe.. Cubaan kali ke-satu untuk membuat roti jala. Mal buat hari Sabtu yang lepas. Siap passing ke family tunang. Ececeh.. Berani betul! Baru first time buat, dah yakin benar nak bagi orang lain makan.. Bagi kat bakal ibu dan ayah mertua pulak tu.. =P (Bajet sedap walaupun kali pertama buat. Adeh.. Tak tahaaaannn..)

Dolu2 masa di rumah, Mama yang bancuhkan adunan, then Mama menjala 1/4, lagi baki 3/4 Mal yang kena buat. Kali ni Mal buat sendiri semua step. Resepinya, ofkos la Mal koling2 Mama tanya nak buat lagu mana kan.. Hehehehe..


Ni lah bahan2nya:
  • Tepung gandum
  • Telur 1 biji
  • Air masak
  • Garam
  • Kunyit

Cara:
Mudah ja. Blend semua bahan di atas. Make sure dia tak berketul, sebab nanti terlekat kat corong penjala (huhu.. tak tau apa ke nama peralatan plastik nak menjala tu..). Lepas tu, apa lagi, silakan menjala di atas non-stick pan. Kena ada skill nak menggoyang2 "penjala" tu. Kalau tak, alamatnya lebaq la jaringan jala anda tu.. Hehehe..

Practice makes perfect!!! Masa mula2 Mal nak buat dulu, rasa nak nangis jugak. Nak buat roti jala, tapi apa hal la pulak jadi lempeng. Hahaha.. Kena banyak sabaq nak buat. Tangan pun kena lembut. Hehe..

Cuba jaya hingga berjaya. Selamat mencuba :)

1431 dan 2010

Assalamualaikum :)

Ehehe.. Fuh fuh fuh.. Tiup habuk sat. Dapuq sini ja berhabuk. Dapuq kat rumah, licin dan bersih sokmo. =P Mal masak. Bukan tak masak. Tap macam yang Mal dok ulang banyak kali tu.. Mal masak lauk simple dan sama, diulang2 sampai naik jemu.. Huhuhu.. Haih.. Tak boleh banyak komplen. Dapat makan tu, dah kena syukur banyak2.. Nikmat Allah nak bagi. Esok lusa bila Allah tarik nikmat makan tu, kan dah tak ceria tengok dunia ni. Huhuhu..

Nak update pasal perkembangan dan pengecutan diri..

Alhamdulillah sekarang ni Mal dah semester 4, peringkat sarjana. Kira sem akhir la tu. Tapi, Mal tak sempat kot nak siapkan writting sem ni. So Mal bajet, sem ni Mal habiskan labwork, analyze data chantek2, that's all. Writting yang sebenar2 writting, insyaAllah nak start lepas honeymoon. Wakaka.. Apa hal pulak tiba2 masuk bab honeymoon kat sini.. =P InsyaAllah tengah tahun ni nak berumah bertangga. InsyaAllah.. Doakan moga Allah permudahkan urusan Mal sekeluarga.

Disebabkan tengah berjuang nak siapkan masters sambil buat preparation untuk berumah bertangga, Mal punya life jadi sangat2 busy. Alhamdulillah. Mal syukur sangat2. Sebabnya, Mal ada target untuk dicapai. Untuk diri Mal, dan keluarga Mal.

Walau sibuk macam mana sekalipun, Alhamdulillah Mal jarang failed untuk masak. (Dah lapaq, mesti la nak makan kan.) Hehe.. Berkat training daripada Mama sepanjang cuti semester. Lagi satu, Mal tengok macam mana Mama Mal sendiri. Mama Mal seorang ibu yang bekerjaya. Walaupun Mama penat bila balik kerja, anak2 Mama tak pernah kelaparan. Itu yang buat Mal kagum dengan Mama Mal. Mama Mal boleh buat, InsyaAllah Mal pun boleh buat.

Lagi satu, Mal tengok bakal mak mertua Mal pun sama. Ibu yang bekerjaya jugak. In the same shoes.. Balik kerja, nak kena masak untuk anak2. Hmm.. InsyaAllah Mal akan jadikan kedua2 ibu yang terdekat ni sebagai contoh untuk Mal terus rajin masak untuk keluarga walaupun penat bekerja. Doakan Mal ya! :)

Banyak pulak Mal bebel eh.. Haha.. Maklumlah.. Lama tak post something here. Ini Mal di library ni. Patutnya waktu 9.30 malam ni dah bersiap2 nak balik rumah. Tapi ni ada kakak housemate temankan. So, may be kami balik lambat sikit la. Nak online di rumah, sellow sangat. Syukur Alhamdulillah library UKM ni dekat dengan rumah.. Mal nak post new entry sikit then sambung dengan projek masters Mal. Hihi.. :)

Oh yang Mal update di atas semua tu adalah pasal perkembangan Mal. So pasal pengecutan Mal, hehehe.. Ada jugak. Berat badan makin turun!!! Adoi la.. Dulu 41 kg. La ni dah 40 kg. Huhuhu.. ='( Nak makan apa eh bagi berisi sikit. Nak kawen dah ni.. Tak kan nak biaq badan kuruih kering.. Hm.. Tak pa lah.. Yang penting, Mal sihat kan.. :)

Ok lah.. Selamat Tahun Baru 1431 H buat semua.. Hehe.. Dah sebulan dah kan.. =P Lambat wish. Apa pun yang kita lakukan, yang kita azamkan, niat semuanya kerana Allah.. Inginkan keredhoanNya..

Salam sayang,
Amalina