Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Sup Sayur


Mal ada macam2 versi sup sayur. I'm sure orang lain pun macam tu jugak. :) Bergantung pada stok mana yang ada dalam peti ais. Yang ni salah satunya lah.. Encik Hubby nak yang macam ni, makanya sami'tu wa ato'tu (saya dengar dan saya patuh). Hihii.. *Mal rasa kan.. Encik Hubby ni lebih banyak mengidam daripada Mal. Boleh tahan jugak la kepelbagaian makanan yang diidamkan tu..*

So yang ni senang ja nak masaknya.
1) Mula2 potong la sayur2: Brokoli, cauliflower, carrot dan sawi. Basuh sebersih2nya.
2) Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk. Mal guna batu lesung ok. Betapa tradisional dan rajinnya walaupun perut boyot2 ni. (Bila Hubby ada kat rumah, selalunya beliau yang tolong tumbuk).
3) Bila dah wangi, masukkan udang kecil yang selalu orang jadikan perencah tu.
4) Tambahkan sedikit lada sulah. Optional.
5) Masukkan carrot, brokoli, dan cauliflower yang dipotong. Juga batang sawi.
6) Tambahkan air, didihkan seketika.
7) Masukkan garam secukup rasa, kemudian daun sawi. Masak 10 saat kemudian tutup api. Hee.. Siap lah.

Sekiranya anda rajin lah kan.. Hehe.. Brokoli tu celur ja dalam air panas. Kemudian cepat2 rendam dalam air batu. Yup, air yang ada ais batu tu. Untuk apa tau? Ni tips untuk jadikan brokoli tu krup krap krup krap bila digigit. Selamat mencuba!

Saturday, March 19, 2011

Pecal

Pecal ni memang dah jadi favourite Mal sejak kecik2 lagi. Arwah Tok Mal dulu memang pandai AMAT2 buat pecal. Tapi Mal tak sempat belajar cara buat kuah pecal yang sedap daripada arwah Tok. Arwah Wan pun memang suka amat makan pecal. :)

Tok pi masa Mal Tingkatan 3. Tok memang pandai masak dan menjadi top otai kat kampung. Asal ada kenduri ja, Tok wajib pi masak sama2 orang kampung. Yang bestnya, Tok mesti ajak Mal pi sekali. Bersosial dengan orang2 kampung.. Rindunyaaa saat2 tu.. Sama2 kita bacakan Al-Fatihah untuk arwah Tok & Wan Mal. Moga arwah Tok & Wan ditempatkan di kalangan orang2 beriman2. Ameennn..

Pecal yang Mal buat ni simple je. Hubby yang requested. Kuah kacang tu Mal bancuh yang dah siap dalam packet. Huhuuu.. Aci tak? So kuah yang sepatutnya pekat tu, Mal dah diluted dengan air lebih sikit.


Sayur2 asas untuk pecal, boleh tengok macam yang dalam gambar tu. Kalau kat kampung, Mama Mal letak sotong getah jugak. Kuah pecal tu pulak, semestinya lah Mama Mal buat sendiri. Dan kalau nak ikutkan cara arwah Tok Mal buat, dalam kuah kacang tu, ada daun apa ke namanya tu.. (Adeh.. Serius tak ingat nama) Bagi ada aroma daun tu sikit. Dulu Mal ada tanam kat rumah sewa. Tapi masa awal2 nikah dulu tak sempat nak jaga pokok (sebab lebih menjaga Hubby :p hihi), so pokok tu dah mati semuanya. Huk huk..

Sunday, February 13, 2011

Lontong

Ada kuah lodeh, maka ada la lontongnya. (^_^) Kalau di kampung, kami makan dengan sambal daging. Ataupun masa dulu2 sebelum tau pasal kadmium, kami makan dengan sambal sotong kering. Tapi semalam Mal & Hubby makan dengan kuah kacang. Nice!

Mal mula makan dengan kuah kacang ni kat rumah mak mertua. :) Thanks Ummi, Mal baru tau sedap rupanya makan lontong letak kuah kacang. Lontong yang 1st time Mal buat ni, Mal pi hantaq kat Ummi sebekas. Sebab bajet menjadi tu yang pi hantaq. Kalau tak, sendiri perabih la. :p


Sedikit info Mal nak kongsi pasal sotong kering ni. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ada mendedahkan bahawa sotong kering yang lazat tu kaya dengan kadmium, sejenis logam toksik. Kadmium ni digunakan untuk buat bateri, baja fosfat & plastik. Huuuuuuuuu.. Boleh bayangkan tak betapa bahayanya sotong kering tu?

Apa pulak kesan kadmium terhadap kita? Boleh meninggikan risiko breast cancer, kanser prostat dan penyakit buah pinggang. Na'uzubillahi min zaalik.. Dan dalam artikel yang Mal pernah baca tu jugak dia cakap, dalam ikan bilis & udang kering pun ada ja kadmium ni tapi dalam kadar yang lebih rendah dan tidak membahayakan.

Kuah Lodeh

2 hari lepas, daripada siang hari tau Mal dah mula teringin nak makan lontong. Mal tau kedai yang jual lontong di BBB ni. Pernah rasa tapi menepati citarasa (seperti selalu lah..). Nak masak sendiri, tak tau pulak macam mana nak masak kuah lodehnya. Huuu.. So apa lagi, guna talian hayat lah. Call kampung! :D Tanya Mama Mal macam mana nak buat..

At first Mama suruh call Mak Su, tanya resepi. Sebab Mama mana pernah buat lontong ni. Hee.. Soto tu ada la jugak. Tapi after few discussion, kami mencapai satu resolusi. Senang ja nak masak kuah lodeh, ala2 kuah lemak tapi kena alter sana sini. Maka Mal pun masak la kuah lodeh ni mengikut resolusi yang telah tercapai antara kami berdua. Sukatannya, pakai agak2 ikut firasat. Hihi..


Bahan2:
  • *2 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *Segenggam udang kering
  • *Setengah inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *2 biji cili kampung merah (Tak nak letak pun bole. Mal suka pedas2 sikit)
*Semua bahan diatas ditumbuk ok.
  • 2 tangkai serai dititik
  • Santan pekat (Berapa liter? Sesuaikan ikut jumlah sayur yang digunakan. Nanti campur air untuk dilute kan dia.)
  • Lobak merah dipotong mancis
  • Sengkuang dipotong mancis (Mal tak letak sebab tak dak stok time tu)
  • Kacang buncis dipotong serong (Guna kacang panjang pun bole)
  • Kobis dipotong 4 segi
  • Tauhu dipotong 4 segi
  • Tempe dipotong 4 segi (Pun tak letak, tak dak stok)
  • Fucuk dan suun direndam hingga lembut dan ditos
  • Garam & gula secukup rasa
Cara2:
  1. Tumis bahan2 yang ditumbuk awal tadi beserta serai. (Ok, Mal blend ja. Haha.. Tak kuasa nak duduk atas lantai menumbuk guna batu lesung. Satgi nak mangkit payah pulak. Huu..)
  2. Masukkan santan dan air. Agak2 la nak pekat ka nak cair ka. Kuah banyak tak pa, sebab nanti bila dah masak, sat ja dia akan mengering. Huhu.
  3. Masukkan sayur yang keras2 dulu. Later on baru masukkan sayur yang lembut2.
  4. Masukkan fucuk dan suun yang dah direndam sebelum ni.
  5. Tambahkan garam secukup rasa. Kalau nak manis2 sikit, letak la 2 3 cubit gula.
  6. Sentiasa kacau supaya kuah tak naik lemak.
  7. Siap! (^_^)
Lega yang AMAT!!! Alhamdulillah~ Kuah lodeh Mal menjadi.. Tak sangka. Huhuuu.. *Terharu* So lepas ni boleh la buat lagi. Masukkan sebagai menu untuk breakfast di kala rajin. :D

Lepas puas bersilat kat dapur, memang tunggang terbalik la keadaannya kat situ. Tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH sebab SEMUA perkakas masak yang Mal guna, Hubby Mal TOLONG BASUH & KEMAS. Mal diarahkan berehat serta merta selepas makan.

Ya Allah, rasa sangat ....................... *speechless!*

Ya Allah.. Berkatilah setiap urusan suamiku ini..
Tempatkan suamiku di kalangan orang2 yang soleh di dalam syurgaMu..

I LOVE YOU, HONEY~

*Hee.. Sorry.. Iklan jiwang. Keterharuan yang tak dapat dibendung*

Friday, January 21, 2011

Terung Goreng Bersos Tiram

Lauk ni selalu la jugak masuk dalam menu lauk mingguan. Sebab senang nak masak. Huhu.. Sebelum nikah, tak pernah pun masak lauk ni. Lauk ni Encik Hubby yang kenalkan. Tapi Encik Hubby tak masakkan pun la, cuma cerita macam mana Ummi masak, then Mal imagine dan try sendiri. :D

Ok, cara masak. Senang ja.. Mula2 goreng la terung tu. Then ketepikan. Kemudian tumis bawang merah (atau bawang besar pun boleh) + cili padi dipotong + ikan bilis. Ummi tumbuk ketiga2 bahan tu tapi menantu Ummi yang rajin ni potong2 ja. :p At the end memang rasa tak sama ok. Tapi Mal pernah cuba dua2 cara, dua2 pun Alhamdulillah sedap ja.

Lepas dah wangi dan ikan bilis tu macam nak garing, pecahkan sebiji telur dan masukkan sos tiram, kacau2 sikit. Dah sudah tu, terus masukkan terung yang kita goreng awal tadi. Kacau hingga sebati la semua tu. Mal selalunya tak tambah garam sebab sos tiram dah cukup masin dan manisnya. Senang kan? :) Selamat mencuba.

Sunday, January 16, 2011

Baby Kailan Goreng

Lauk mudah. Gu (ganding) dengan cencaru sumbat untuk lunch tadi. Jarang jumpa baby kailan kat pasar BBB Seksyen 15 atau Seksyen 9. Pagi tadi ja baru jumpa di pasar besar BBB. Terus la Mal beli.


Mal dah pernah tulis resepi ni dulu. Cuma kali ni tukar guna udang kecik2 tu. Mal lagi suka letak udang daripada sotong. Tapi rasanya hampir sama ja pun. :p

Tuesday, December 28, 2010

Taugeh + Telur Masak Kicap

Mula2 kan, Mal nak letak title Taugeh Bertelur Masak Kicap. Tapi awat tatau, rasa macam aneh pulak bunyinya "taugeh bertelur" tu :p Kuikui..

Semalam resepi taugeh, hari ni pun taugeh lagi..? Hari2 kat rumah kami makan taugeh ka? Sangat menjimatkan perbelanjaan dapur bunyinya kaaannnnn. Hohooo.. No no no.. Don't get me wrong ok. Lauk taugeh kicap ni Mal masak 2 hari sebelum buat kerabu taugeh tu. Kiranya ni entri tertunggak la. Layankan aja noooo.. :)


Lauk ringkas, so Mal gabungkan bahan2 dan cara2 nak masak lauk ni:
  1. Mula2 tumiskan bawang putih + bawang merah yang dihiris.
  2. Masukkan juga cabai hidup yang dihiris.
  3. Kemudian pecahkan telur, kacau hingga jadi rupa macam scrambled egg tu.
  4. Tambahkan sedikit air dan kicap.
  5. Tambah garam secukup rasa jika perlu. Tak letak pun tak pa sebab kicap dah masin.
  6. Didihkan seketika kemudian masukkan taugeh dan terus padamkan api.
Cepat dan mudah~ :)

Wednesday, December 22, 2010

Pucuk Kacang Goreng

A quick update~ :)

Siapa pernah makan pucuk kacang? Kacang apa? Hu.. Itu Mal tak sure lah pulak. Nama pucuk kacang ni pun Mal tau daripada label board di supermarket. Hihi.. Mal rasa pucuk kacang ni adik beradik taugeh. Taugeh tu tunas daripada biji kacang. Pucuk kacang yang berklorofil ni daripada biji __________? Siapa tau tolong jawab, ok. Got no time to investigate at the moment. :p So busy like a bumble-bee~

Masa makan di rumah bonda mertua, pucuk kacangnya gumok2. Yang Mal beli ni kurus2 lah pulak. Lagi sedap dan rangup kalau makan yang versi montok2 tu. Baru la terasa nikmatnya. Ni kali ke2 Mal makan pucuk kacang. First time tu of course lah di rumah bonda mertua. Hihi.. Ok kita tengok resepi campak2nya.


Bahan2:
  • Pucuk kacang (Mal beli 2 genggam sebab dia kurus)
  • 1 ketul tauhu dihiris 4 segi
  • 1 ekor sotong dihiris bulat
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara2:
  1. Tumbuk kedua2 bawang, kemudian tumiskan.
  2. Masukkan sotong, goreng sebentar.
  3. Diikuti dengan tauhu, juga goreng sebentar.
  4. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Akhir sekali baru masukkan pucuk kacang. Goreng sekejap saja, 1-2 minit. Siap! :)

Cubalah, instead of asyik makan taugeh! :D

Sunday, December 12, 2010

Kawan2 Nasi Minyak

Entri tertunggak :p

Depa dua ni gu nasi minyak tempoh hari. Ada daging masak kicap + ayam goreng rempah + coral salad + tomato.


Daging & kentang, nice. All time favourite.

Ayam tu.. Haha.. Kelihatan aneh di situ. The day before, ayam tu dibakaq. Pastu ada lebih, simpan dulu dalam peti ais. Esoknya Mal alter perap2 ngan halia & bawang putih then pi goreng pulak. Haruslah agak rentung! :p Siapa2 yang pakai gigi palsu tapi tak dilekat dengan Pollident, mesti tak boleh makan ayam ni. Isi keras. Kui2.. Apooooo lah Mal ni! Hagak2 laaa nak alter lauk pun.

Abang, sorry~ :p

Friday, November 12, 2010

Dinner 12 Nov 2010


Sabtu, 13 Nov 2010.

Menu hat malam tadi.. :D

Gulai ikan temenung semalam (jasad ikan pun dah terputus dua), sambal tumis ikan bilis semalam, butterhead lettuce & telur rebus yang dibuat salad. Recycle! Tak baik membaziaq ok :p Syukurrrrrr Alhamdulillah ada jugak lauk nak makan. Berapa banyak manusia kat luaq sana yang makan nasi putih dengan garam ja.. Fikir2kan..

Tuesday, June 22, 2010

Dinner 19 June 2010

Tarikh: 19 Jun 2010 Lokasi: Istana Cinta Kami :D Ni set untuk dinner. Simple jugak kan? :) But we enjoyed very much!!! Eh, ikan goreng lagi?? Hehe.. Tu la masakan newly-wed couple. Abang tak kesah.. Apa pun, Abang makan.. Tu Abang yang cakap la. Tapi kita sebagai isteri ni, mesti la nak sediakan yang terbaik untuk suami kan. Ada temenung (kembung) goreng, tempe goreng, bayam masak lemak, tembikai & jus tembikai.
Nampak sedap kan???? (^_^) Manisss!!! Tanpa gula ok.
FYI, jus tembikai tu Encik Hubby yang buat ya! :D Tahniah Abang!!! Sampai comot2 habis meja dan lantai sebab tertumpah2. Lawak betul guna juice extractor tu. Kat muncung yang keluar jus tu patutnya letak la cawan ke bekas air apa ke bawah tu. Tapi Abang tak, sebab konfusyesss kat mana jusnya keluar. Apa lagi, sememeh habis la meja siap tumpah2 atas lantai.. Wuuu..
Ni second round ni. Abang dah pandai lapik meja & letakkan cawan bawah muncung yang jus keluar tu.

Peti sejuk kami is on the way. OTW tu maksudnya tengah kumpul duit lagi sikit untuk beli peti yang best. Hee... Ikutkan hati (dan bajet yang ada setakat ni), 1 pintu pun dah cukup. Tapi Abang prefer 2 pintu. Abang cakap, Sayang kan suka masak. Kita beli la peti ais besar sikit. Nanti boleh simpan macam2. Nanti dah ada anak2 pun senang. Hee.. Ya lah, sami'tu wa atho'tu.

*Buat sahabat kami, Huzaifah & bakal isterinya Azilah, terima kasih untuk juice extractor ni. Depa berdua mai ziarah kami pagi tu. Sebelah malamnya, terus ja kami "rasmikan" hadiah depa ni. Hihi.. Thanks ya! :)

Wednesday, June 16, 2010

Special Pendaflour Light Dinner


Tarikh: 16 Jun 2010
Lokasi: Istana Cinta Kami :D

Lauk-pauk pertama yang Mal masak untuk hubby! :D Kaya dengan kolestrol.. Haha.. Nak buat lagu mana kan, ni lah makanan rakyat Malaysia. :p

Abang suuuuuuka sangat makan sotong. So Abang requested lauk sotong masak kicap tu. Then lagi 2 lauk, buncis & carrot goreng telur dan temenung goreng, Mal yang cadangkan. Asalnya Mal nak masakkan udang masak lemak cili padi. Tapi rumah kami belum ada batu lesung. (Hoho.. Ada tak sesiapa nak hadiahkan batu lesung kat kami????? Nak nak nak!!!) Blender pulak, ada kat rumah mertua. So Abang cakap masak yang simple2 sudah. Lagi pulak, pukul 630pm baru menapak ke pasar malam beli bahan mentah. Balik tu, macam lipas kudung la Mal masak.

Alhamdulillah lepas Maghrib, dah boleh makan sama2.. :) Suka suka suka!!

Abang puji cakap sedap.. Siap tambah lagi. Then bila dah habis makan, Abang sempat bagi satu nasihat: "Sayang.. Next time kurangkan minyak dalam kicap ni eh.." Hehehe... Baik!!! Ni lah kekurangan isteri Abang ni.. Kih kih. Tak tau bajet minyak~ Tapa2. InsyaAllah Bang.. Sayang cuba. Hee..
:D



Friday, April 2, 2010

Welcome April! :)

Assalamualaikum! (^_^) Wohohohohooooo~ Lamanya tak update. Dah sebulan lebih. Ish ish ish.. Tak pa2, InsyaAllah masuk ja bulan 6 nanti, saya akan cuba resipi2 baru. Geram ja tengok kakak2 lain masak sedap. Depa tak pa la, ada hubby, ada anak2. So mesti bersemangat punya lah nak masak best2. Saya ni lain. Hihi.. No worry, insyaAllah dah tak lama dah, I'll join the club. Weeee~ \(^_^)/

Ini menu for our lunch today. Saya masak simple ja. Tu pun, sotong goreng tepung tu tak jadi. Malas nak celup sotong dengan putih telur punya pasal. Saya cuma letak kunyit dan tepung goreng Seri Aji tu ja. Then goreng =P Hasilnya, haha.. Tu lah.. Sotong liat, tepung tak rangup. Serba salah dibuatnya. Sotong kalau digoreng lama, jadi liat. Tepung kalau digoreng sekejap, lembik2 macam tak masak pulak. Haih la.. Belasah ja. Asal boleh ditelan. Muahaha...


Housemates tak cakap apa pun, semua pun redho ja dengan sotong tepung tu. Pasal depa lain pun tak pandai nak masak sotong lagu ni. Wakaka.. Pasrah ja. Ish.. Anak daraaa....!!! =P

Sunday, February 14, 2010

Buah Munggai Masak Lemak


Lama sungguh haih tak makan buah munggai ni. Last saya makan masa di rumah bestfriend saya di Klang, tahun lepas. Mak dia masakkan lauk macam ni jugak. Mak Cik Mala, emaknya bestfriend saya ni cuba tanya, either Mal kenai ka dak dengan buah ni. Hee.. Mak Cik ingat generasi muda2 belia macam chek ni tak kenai ka.. Ofkossssss chek kenai sebab dulu masa arwah Tok Mal ada, selalu jugak Tok masak lauk ni :)

Oh hehe, lauk ni Mama Mal masak. Bukan Mal ok. Mal cuma tengok sambil ingat2 ja resipi Mama buat ni. Senang ja.

Bahan2:
  • Buah munggai, dipotong 4 inci. Dibuang kulit luar yang hijau.
  • Cili kering yang dikisar
  • Santan
  • Telur
  • Kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Masak cili kering yang dah dikisar dalam santan.
  2. Masukkan juga kunyit dan garam secukup rasa.
  3. Agak2 dah mendidih, masukkan buah munggai.
  4. Bila buah ni dah lembut, masukkan telur.
  5. Bagi didih sekejap.. Tu ja :D

Selamat menchoba!

Baby Kailan Dengan Sos Tiram


Campak2 ja nak masak sayur ni. One of my favourite vege. Baby kailan! :)

Bahan2:
  • Baby kailan
  • Sotong
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cabai hidup
  • Sos tiram

Cara2:
Tumis bawang yang didadu dan cabai hidup yang dihiris nipis2. Diikuti dengan sotong. Lepas tu masukkan sayur baby kailan yang dah dipotong2 dan dibersihkan. Masukkan sos tiram. Goreng sekejap, tutup api. Siap! :)

Kan dah cakap.. Main campak2 ja =P

Lunch Menu: 14 Februari 2010


Tengahari tadi, Mal, Mama dan Adik pi makan kenduri di Jitra. Kenduri anak kawan pejabat Mama. Hari ni ada 2 kenduri. Disebabkan Jitra ni destinasi pertama kami, so Mal pun makan la sikit ja. Konon2 simpan perut, satgi nak pi kenduri kedua pulak.

Balik dari Jitra, singgah ke Pekan Rabu sat. Mal nak pi tengok kedai baju pengantin dan book date untuk facial. Bukan setakat facial, tapi ambil pakej lengkap head to toe. Hamekkk ko! Siap la esok. Mandi bunga, susu, rempah.. Mal macam jadi lauk gulai la pulak. Huhu.. Tapi lepas ja balik dari pekan, kami pun dah malas2 nak pi kenduri yang satu lagi. Haih.. Perut ni dok lapaq balik pulak dah. Sebelum balik tu Mama Mal nak singgah beli nasi ayam. Mal tak bagi. Sebab Mal tak lalu makan nasi kedai dah. So Mal offer nak masak. Ini lah lauk2nya :) Menu kami untuk secound round lunch. Hee..



Friday, December 25, 2009

Sup 1 Malaysia =P


Assalamualaikum :) Bertemu kembali. Kali ni masakan simple lagi sihat. Ini belajar dari kakak hosmet Mal, Kak Aida. Dah banyak kali dah buat (Ekceli selalu buat sebab nak jimat duit. Huhu). Cuma baru terasa rajin terlebih nak post kat sini. So jom tengok bahan2nya.

Bahan2:
  • Bawang putih dihiris nipis dan panjang
  • Crab stick
  • Kentang didadu
  • Lobak merah didadu
  • Daun saderi
  • Bunga kobis
  • Lada putih
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Air

Cara2:
  1. Tumis bawang putih tanpa minyak.
  2. Bila dah wangi, masukkan air.
  3. Masukkan garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa.
  4. Masukkan kentang dan lobak merah terlebih dahulu. Biar empuk sikit.
  5. Kemudian baru masukkan daun saderi dan bunga kobis.
  6. Akhir sekali masukkan crab stick.
  7. Siap! :)

Friday, October 16, 2009

Sambal Terung + Bilis

Demi nak menghabiskan stok cabai hidup + bawang yang dikisar dalam tupperware dalam peti ais tu, Mal gorengkan lah ia dengan terung ni. Ikan bilis tu buat peneman terung. Hihi.. Tak lah, tergolek2 terung tu keseorangan dalam pinggan. Lauk ni Mal masak semalam yang konon untuk dijamah masa berbuka puasa.. Tup tup lagi 2 jam nak Maghrib, tiba2 ting tong.. ABC.. Huu. Sabo ja lah.. *Tikah, ana guna istilah enti ni. Hee.. (Allah Bagi Cuti)



Tak payah la resipi no.. Ini mudah ja. Mula2 goreng terung, angkat boh dalam mangkuk. Lepas tu goreng pulak bilis, pun angkat boh dalam mangkuk. Then tumis la cabai hidup + bawang besar yang dikisar tu sampai pecah minyak. Garam, just secukup rasa. Last, gaulkan la bilis + terung tu. Ciap! :)

Thursday, October 15, 2009

Bendi Goreng + Udang

Semalam.. Mal bangun dalam kui 4.55 pagi camtu, masak lauk ni.. (Sompek laie hamek gamba ni ha.. Haha) Semangat nak puasa. Masih terindu2 akan Ramadhan. So Alhamdulillah ringan ja hati ni nak puasa. Lagipun, habiskan puasa ganti siap2 kan senang.. Mana tau sok lusa Allah dah tarik nyawa.. Kalau nak layan open house tu, memang tak habis2 sebulan ni. Dah pelik la budaya sekarang. Puasa sebulan, maka raya pun nak sebulan. Satu lagi, bila habis puasa 6 di bulan Syawal, wujud pulak istilah Raya Enam.. Meng"ada"2kan..Aduh.. Hm.. Muhasabah meta deh.

Cup eh, Mal nak kongsi lagi sikit. :) Memenuhi undangan saudara/sahabat ke majlis (contoh: kenduri/open house) memang WAJIB jika tak ada hal yang menghalang. Tapi makan tak wajib eh.. So, tak ada masalah pun kalau sedang berpuasa, tapi pi open house okeh! :) Tujuan asal kita ziarah ni, nak mengeratkan ukhwah, bukan ka.. Tapi jangan la pulak dok pi menghidu bau makanan kalau dah pi tu.. Siap telan ayaq liuq gedeguk gedeguk.. Jatuh hukum makruh pulak nanti tu. Haish.. Pandai2 la bawak diri. :)



Hee.. Jom layan resipi bendi ni pulak. =P Senang ja. Tumiskan bawang merah + bawang putih. Masukkan cabai hidup. Bila dah wangi, masukkan sos tiram. Tambahkan sikit air jika kering. Last sekali, masukkan bendi yang dipotong2 serong. Siap.. :) Selalunya Mal tambah sikit kunyit, nak bagi naik seri warna hijau bendi tu.

Wednesday, October 14, 2009

Pucuk Paku Goreng Belacan

Bila tengok2 balik kan, nama2 makanan ni semua.. Memang macam tak betui. Salah langsung susunan tatabahasanya. Haish.. Pucuk paku, goreng belacan??? Wuuuu.. Apa2 aja lah~ Asal faham kannnnn.. :) Tengok gambaq tu.. Ada kabus2 lagik. Hihi.. Hamek gambaq panas2, baruuuu ja lepas masak tuh.


Ini pun masak semalam, di"couple"kan dengan sotong masak kicap. Beli pucuk paku Sabtu lepas, semalam baru nak masak.. Hm.. Memang sikit la daunnya yang boleh dimasak. Banyak yang dah hitam2. Buang camtu ja. Sayang nengok... Tapi dah tak bole buat apa lah.. Heee.. =P Salah sendiri.

Bahan2:
  • Pucuk paku
  • Bawang putih
  • Cabai hidup
  • Udang kering
  • Belacan
  • Sos tiram
  • Air batu lesung. Kih kih.. Just kidding! =P

Cara2:
  1. Tumbuk bawang putih + cabai hidup + udang kering + belacan.
  2. Tumiskan bahan2 tumbuk tadi.
  3. Bila dah wangi, masukkan sos tiram.
  4. Masukkan air jika agak kering. Kalau nak berkuah, letak air lebih sikit.
  5. Akhir sekali bila dah menggelegak, masukkan sayur.
  6. Masak dalam 2 3 minit, angkat. Siap! :)

Huih.. Berbau satu rumah den dengan belasyan neh..