Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

Nasi Mandhi vs Kambing Lada Hitam

Semalam Mal cuba sekali lagi masak nasi "berperisa". :p Dulu buat nasi minyak tak berapa nak menjadi kan. Hee.. Guna beras biasa pulak tu. So semalam Mal guna beras basmathi, buat Nasi Mandhi. Encik Suami yang requested ok, sebabnya Mal ada perap kambing nak buat masak lada hitam.

Kat rumah tak dak stok ayam, tu yang makan dengan kambing tu. Huhu.. Kiranya sos tomato dia pun Mal tak buat la dah sebab ayam bakarnya tak dak. Next time la buat, insyaAllah. Yang penting kali ni Mal cuba buat nasi ni bagi jadi dan sedap dulu.

Hehe.. Ok tak? Alhamdulillah puas hati kali ni. Nasi elok ja rupa. :D

Resepi asal yang Mal dok belek2 adalah dari Kak Raidah. Boleh la pi tengok jenguk2 di dapur beliau. Jauh lagi best daripada Mal buat ni. Kui2.. :p Dan yang penting, lengkap ada ayam bakar, sos tomato & ulam-ulamannya. Kak, mintak izin copy and paste resepi kat sini ya. Next time nak cuba lengkap macam akak buat. Thanksss~ :)

Bahan2 penyediaan nasi:

  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan (Mal guna 1 1/2 pot sebab makan dengan Encik Hubby ja. Then bahan2 bawah ni adjust amount dia sikit2.)
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
No 3 dan 4 tu Mal tak buat la.. :D

Kambing masak lada hitam tu pulak, Mal buat simple macam resepi asal yang Mal pernah tulis dulu. Boleh tengok kat sana eh. :) Dulu guna daging lembu, ni Mal guna daging kambing dan lebih berkuah. Tu ja bezanya.

Sunday, December 12, 2010

Gulai Tulang

Mal masak gulai tulang ni senang ja. Bahan2 rempah tu kira lebih kurang ja dengan bahan2 nak buat sup. :D Bezanya, sup tu kita rebuih. Gulai ni kita tumis. Mal ada stok tulang 5 ketui ni ja dalam freezer, isi daging2 langsung tak dak. Hantam sajalah..


Bahan2:
  • Tulang lembu (atau daging)
  • Kentang dipotong 6
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Halia dihiris
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Daun kari
  • Rempah kari daging
  • Asam keping
  • Santan (sebiji kelapa)
  • Air masak
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara2:
  1. Tumiskan bawang + halia + rempah2 + daun kari tu hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari yang dah diluted dengan sedikit air. Tumis seketika.
  3. Masukkan sekeping asam keping + kentang + tulang. Masak selama 15 minit. Tambah sedikit air supaya tak hangit.
  4. Masukkan santan. Tambah air mengikut kesukaan. Nak pekat, kurangkan air. Nak ceroi2 :p (cair), tambah banyak air.
  5. Biarkan hingga pecah minyak, kemudian baru masukkan garam.
  6. Didihkan lagi seketika, dan siap! :)

Senang kan? :D

Breakfast 12122010

Hari Ahad yang ceria! Alhamdulillah genap 6 bulan usia pernikahan kami. Moga Allah memberkati rumahtangga ini hingga ke syurga. Ameeen~ :)

Pagi tadi Mal buat roti jala. Kepingiiiiiiiiiiiiiiin bangat.. Adunan roti jala ni senang ja nak buat (resipi sama macam dulu) cuma time nak menjala tu. Wakaka, mencabar jiwa sungguh bila lubang alat menjala tu semacam ja besaqnya. Nak buat roti jala cantik2 macam Kak Hazila tu, chek tak berupaya lah kan.. Warna hijau lagi youuuu! Makanya asalkan nampak rupa macam roti jala dan ada rasa, ok lah.


Agak2 roti jala ni tak cukup, Mal goreng la frozen roti canai jugak. Dan demi nak makan roti jala, pagi2 lagi dah buat gulai tulang tau. Ada tulang 5 ketui ja, isinya tak dak pun. Huhuuu.. Sangatlah sikit. Hajat nak pi hantaq sikit ke rumah bonda mertua pun terpaksa dibatalkan. Tak kan nak bagi gulai dengan kentang tergolek2 ja kan. Lain kali pulaklah nampaknya..

Kawan2 Nasi Minyak

Entri tertunggak :p

Depa dua ni gu nasi minyak tempoh hari. Ada daging masak kicap + ayam goreng rempah + coral salad + tomato.


Daging & kentang, nice. All time favourite.

Ayam tu.. Haha.. Kelihatan aneh di situ. The day before, ayam tu dibakaq. Pastu ada lebih, simpan dulu dalam peti ais. Esoknya Mal alter perap2 ngan halia & bawang putih then pi goreng pulak. Haruslah agak rentung! :p Siapa2 yang pakai gigi palsu tapi tak dilekat dengan Pollident, mesti tak boleh makan ayam ni. Isi keras. Kui2.. Apooooo lah Mal ni! Hagak2 laaa nak alter lauk pun.

Abang, sorry~ :p

Sunday, December 5, 2010

Sup Tulang Daging

Menu untuk lunch hari ni. Encik Hubby tercinta yang requested, nak sup tulang katanya. :) Anything for you, dear honey~ Stok tulang lembu ni diimport khas dari Langgaq. Masa Hari Raya AidilAdha hari tu, Encik Hubby & mak saudara Mal ada buat qurban sikit. So ni daging qurban lah ni, insyaAllah daging yang ada barokah :)


At first nak try letak rempah bunjut Adabi tu, tapi tengok2 dah expired :p Tarikh luput Julai yang lepas. Hehe.. Rempah bunjut tu Encik Hubby yang belikan untuk Mal sebelum kami nikah lagi. Kih kih.. Tahun lepas punyaaa~ Tapi Mal tak guna2 pun sebab tak pernah berminat nak guna. Prefer himpun rempah2 sup sendiri. So bila belek2 kat plastik rempah bunjut tu, baru Mal tau bahawa dalam bungkusan bunjut tu, rupanya dia dah letak bahan2 rempah yang selama ni memang Mal guna untuk masak sup. Hayooooooohhhhhhh.. Chek baru tau!!! :p

So here adalah resepi sup yang Mal masak hari ni:

Bahan2:
  • Tulang lembu + ada daging sikit2
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Lada hitam
  • Jintan manis
  • Ketumbar
  • Kentang dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup
  • Bawang goreng
Cara2:
  1. Dalam periuk, masukkan tulang + daging sikit2, air dan rempah2.
  2. Masukkan juga kentang.
  3. Masukkan akar dan bahagian bawah batang daun sup yang dibasuh bersih.
  4. Rebuskan hingga daging empuk.
  5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
  6. Hias dengan bawang goreng dan daun sup yang dihiris2.
  7. Senang takkkkk? :D

Untuk tambahan, buatlah sambal kicap. Mesti terangkat punya! :D


Encik Hubby makan berpinggan2 :p Heee.. Hatiku gembiraaaaa, seperti biasa! Alhamdulillah~ Siap cakap, nanti mesti anak2 kita suka masakan Mamanya. Duhhhh.. Tambah berbunga2 hati den. Thanks Abang ya, I loooooooooooove you~

Saturday, October 3, 2009

Kambing Masak Lada Hitam

Hehehe.. Malu nak tulis, "lamb chop".. =P Ala, letak kambing masak lada hitam lagi tepat kot. 2 hari lepas pi la membeli bahan2 mentah. Maklumlah baru balik cuti raya 1 minggu. So dalam peti ais tu tak dak stok langsung untuk diri sendiri. Sambil2 mengusha ayam & ikan, tetiba Mal ternampak depa jual daging kambing ni.. Depa jual slice demi slice.. Demi ternampak akan kambing tersebut, Mal dah terbayang blackpepper gravy.. Uuuu~ So, terus Mal beli! (Hee.. Padahal tatau pun lagu mana nak kerjakan kambing ni..)

Mula tu Mal tak tau nak ikut resipi siapa.. Jenuh pi selongkaq online kitchen kakak2 dan makcik2 kat internet nu. Huuhuuuu.. Akhir sekali, buat sesuka hati ja lah.. =P Macam biasa lah.. Hee.. Jom tengok macam mana anak dara sorang ni merepek di dapuq.


Mal tulis bahan dengan cara memasak sekaligus la eh.. :)

  • Mula2, perap daging kambing tu dengan bawang putih yang ditumbuk + sos tiram + kicap manis + sos lada hitam/lada hitam yang ditumbuk.
  • Mal taburkan juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. (Haha.. Yang ni Mal tak tau la kenapa Mal letak dan apa fungsinya.. Hihi.. Suka suki ja Mal ni.. Hajat di hati Mal, nak bagi dia ada rasa herbs and spicy gitu..)
  • Mal perap lama jugak. 4 jam. Nak bagi chance bahan2 tu meresap betui2 kat daging.

  • Langkah seterusnya, goreng daging tersebut. Jangan terlalu kering, takut nanti keras.
  • Balik2kan daging sampai masak, then alihkan ke pinggan.

  • Untuk buat gravy, tumis bawang putih + cabai merah + capsicum + serbuk lada hitam.
  • Masukkan sos tiram + kicap manis.
  • Tambahkan juga air jika perlu.. Terpulang la nak banyak mana kuah.
  • Bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Jangan letak banyak, nanti pekat sangat macam Mal buat.. Huhuhu..
  • Bila dah masak, tuangkan di atas kepingan daging yang dah dimasak di atas pinggan tadi.
  • Hidangkan dengan salad. Siap! :)
InsyaAllah lepas ni Mal nak wat yang lebih baik!


Saturday, September 5, 2009

Daging Lada Hitam & Asparagus


First time tengok di dapur Kak Hana, Mal terus jatuh hati. Terliuuuuuuaq ja rasa. Rasa menitik2 jatuh ke meja. Tup tap, tup tap. Haish! Bukannya Mal tak biasa tengok daging blackpepper ni. Sebelum ni pun dah tengok resipi asal di MyR. Tapi semangat nak masak daging ni belum ada. Semangat tak terbit lagi, kata orang kampung chek. =P Tapi bila Kak Hana combine dengan asparagus, pulak tu bagi tips nak bagi kruk krak kruk krak bila makan, eiiii.. Gua tak leh tahan.. Lantas menghitung hari, bilakah masa yang seswaaaai nak masak daging blackpepper ni. 4 hari lepas, Mal singgah Tesco tetiba ternampak si asparagus ni. Terus hamek. Pulak tu dalam peti ais ada daging lagi. Hmmmm.. Terus balik buat! Hihi.. Hidangan berbuka puasa untuk 2 hari lepas.. Hehe. Lambat post. Akak, saya mohon ijin kopipes ya..

Bahan-bahan:
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air- x buh sbb wat kering
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara:
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Tuesday, August 25, 2009

Daging Masak Cabai


Yeah! Ini lah my most favourite lauk.. Daging masak cabai. Dengar nama pun dah kecuq ayaq liuq chek ni haih.. Ish.. =P Simple but yummy! Pulak tu masa time berbuka, ada roti jala yang Mak Su Mal bagi. Ada murtabak yang Mama Mal beli. Dua2 pun Mal cicah dengan daging masak cabai ni. Hee..

Bahan2:
  • Daging dihiris nipis2.
  • Cabai hidup & bawang merah yang diblended.
Cara2:
  1. Lumurkan garam dan kunyit pada daging, kemudian goreng hingga masak.
  2. Keluarkan sebentar daging ni daripada kuali.
  3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan cabai kisar ni hingga pecah minyak.
  4. Bila dah pecah minyak, akhir sekali baru masukkan daging.
  5. Siap! (^^,)
Hee.. Mintak mahap la sebab dengan sudu2 Mal hamek gambar. Dah makan baru teringat nak snap. Tu pun Mama dan Babah Mal dah geleng2 kepala tengok anak dara sorang ni punya perangai.. "Tak abeh2 nak amek gambaq", kata Mama chek.. Huhu.. =P