Saturday, September 5, 2009

Daging Lada Hitam & Asparagus


First time tengok di dapur Kak Hana, Mal terus jatuh hati. Terliuuuuuuaq ja rasa. Rasa menitik2 jatuh ke meja. Tup tap, tup tap. Haish! Bukannya Mal tak biasa tengok daging blackpepper ni. Sebelum ni pun dah tengok resipi asal di MyR. Tapi semangat nak masak daging ni belum ada. Semangat tak terbit lagi, kata orang kampung chek. =P Tapi bila Kak Hana combine dengan asparagus, pulak tu bagi tips nak bagi kruk krak kruk krak bila makan, eiiii.. Gua tak leh tahan.. Lantas menghitung hari, bilakah masa yang seswaaaai nak masak daging blackpepper ni. 4 hari lepas, Mal singgah Tesco tetiba ternampak si asparagus ni. Terus hamek. Pulak tu dalam peti ais ada daging lagi. Hmmmm.. Terus balik buat! Hihi.. Hidangan berbuka puasa untuk 2 hari lepas.. Hehe. Lambat post. Akak, saya mohon ijin kopipes ya..

Bahan-bahan:
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air- x buh sbb wat kering
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara:
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

No comments: