Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

Lontong

Ada kuah lodeh, maka ada la lontongnya. (^_^) Kalau di kampung, kami makan dengan sambal daging. Ataupun masa dulu2 sebelum tau pasal kadmium, kami makan dengan sambal sotong kering. Tapi semalam Mal & Hubby makan dengan kuah kacang. Nice!

Mal mula makan dengan kuah kacang ni kat rumah mak mertua. :) Thanks Ummi, Mal baru tau sedap rupanya makan lontong letak kuah kacang. Lontong yang 1st time Mal buat ni, Mal pi hantaq kat Ummi sebekas. Sebab bajet menjadi tu yang pi hantaq. Kalau tak, sendiri perabih la. :p


Sedikit info Mal nak kongsi pasal sotong kering ni. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ada mendedahkan bahawa sotong kering yang lazat tu kaya dengan kadmium, sejenis logam toksik. Kadmium ni digunakan untuk buat bateri, baja fosfat & plastik. Huuuuuuuuu.. Boleh bayangkan tak betapa bahayanya sotong kering tu?

Apa pulak kesan kadmium terhadap kita? Boleh meninggikan risiko breast cancer, kanser prostat dan penyakit buah pinggang. Na'uzubillahi min zaalik.. Dan dalam artikel yang Mal pernah baca tu jugak dia cakap, dalam ikan bilis & udang kering pun ada ja kadmium ni tapi dalam kadar yang lebih rendah dan tidak membahayakan.

Wednesday, January 19, 2011

Kena Mula Makan Oat!

Satu perkara yang tak best berlaku pada Mal. 2 hari lepas, Mal dapat label sebagai pesakit GDM. Semua ni berlaku lepas Mal kena ambil MGTT test pada minggu lepas. Mula2 tu Mal macam ketegaq la jugak takmo buat test tu cuma bila pikiaq2 balik, ini adalah untuk kebaikan baby dan Mal jugak, so Mal went through that test.

Seram sejuk jugak bila dapat call daripada nurse. Nurse suruh pi klinik kesihatan, depa nak ambil darah 4 kali. Alhamdulillah Mal dah pi pun semalam. 4 kali; 8 pagi, 11 pagi, 5 petang dan 9 malam. Sesi malam tu Encik Hubby tersayang temankan. (Thank you Abang~ Sayang tau kalau boleh lagi 3 sesi tu pun Abang nak temankan. Tapi tak pa pun, cuma ambil darah ja. Baby ada ni :) Baby teman Mama..)

Memandangkan semalam pi ambil darah, Mal pun cuba la control makan. Ummi Mal siap bagi oat lagi suruh makan. Thanks Ummi. "SEDAP" rupanya oat ni.. Wuuuu...


Bertuah sungguh makan depan laptop! Nama pun student la katakan.. :p Mal letak la 5 sudu besar oat (macam kat plastik oat tu tulis), campur sikit susu dan air panas. Baunya aduuuuuuuuhhh cukup menyelerakan. Tapi bila dah mula makan, agak berkeriut2 lah jugak dahi ni. Masa tu mula la terpikiaq, macam mana laaaa nak habiskan semangkuk oat ni. Uwaaaaaaaaa~~~ Macam ni rupanya rasa oat kosong! :'( "BEST" amat!

Ok, yang dalam gambaq tu, baki yang Mal tak dapat habiskan. Haha! Ya, Mal tak dapat nak makan sampai habis. Cuma dapat makan dalam 7 8 sudu ja kot. Tu pun Alhamdulillah la cukup untuk menghilangkan kelaparan Mal selama 5 jam. Huhuu..

Oat ni bagus.. Banyak kebaikannya. Kalau tak percaya cuba la baca info2 kat website Quacker Oat. Depa bukan tulis fakta bagai sebab nak bagi laris produk depa, tapi hasil kajian memang dah membuktikan oat ni bagus. Bukan saja untuk pesakit jantung, tapi oat ni bagus untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Cuba lah sendiri! :D

Friday, July 30, 2010

Pemakanan Pesakit Gout

Tadi Mal cari info berkaitan asid urik. Memang dah lama sangat nak cari tapi asek lupa ja. Dulu rasanya macam pernah belajar tapi dah tak ingat pasal asid urik ni. Ada ahli keluarga Mal yang tak boleh makan benda2 yang meningkatkan asid urik ni. So Mal kena lah cari info pasal ni supaya Mal tak hidangkan makanan yang "salah" untuk insan yang Mal sayang..

Sayang dalam konteks pemakanan ni, bukannya hidangkan apa saja yang insan tersayang tu nak, tapi sayang dengan cara mengawal dan menghidangkan makanan berkhasiat mengikut tahap kesihatan insan yang kita sayang. Kebanyakan penyakit ni, bermula daripada perut. Maksudnya, berpunca daripada apa yang kita makan lah.

Berdasarkan apa yang Mal baca dan Mal faham setakat ni, high uric acid level, or hyperuricemia ni adalah kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah. Ia boleh menyebabkan penyakit gout bagi sesetengah orang. Gout ni macam mana? Gout ni sejenis penyakit Arthritis, atau nak senang faham lagi, sakit pada sendi2 tulang. Kesannya, pesakit tak dapat nak bengkokkan sendi. Contoh, sendi pada jari. Bila jari tak boleh dibengkokkan, apa jadi??? Boleh fikir sendiri macam mana kan.. Nak makan tak boleh, nak pulas tombol pintu tak boleh, nak driving tak boleh, nak menaip tak boleh. Macam2 yang tak bolehnya.

Mal cari lah info2 mudah dan ringkas tentang panduan pemakanan bagi pesakit gout ni. Bukan apa, untuk pesakit gout, mereka tak boleh makan makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi. Di bawah ni ada pamplet yang Mal dapat daripada Az-Zahrah BBB. Very useful for me myself..


Makanan laut dan daging merah mengandungi kandungan purin yang lebih berbanding makanan lain.. So ini yang Mal kena kurangkan.. InsyaAllah..