Rentetan kerajinan membuat pemanis mulut. 10 Muharram, Alhamdulillah Mal "ter"rajin lah pulak nak buat cucuq. Tak tau la nak namakan popia inti karipap ka atau samosa berbentuk panjang ka. Pasai intinya Mal buat inti untuk karipap, nak jadikan inti samosa pun boleh. Kulitnya Mal guna kulit popia dan balut pun ikut bentuk popia. Whatever lah kan.. Janji cucuq ni boleh dimakan.
Resepi inti ni turun-temurun. :) Maksud Mal, kalau di kampung lah kan, arwah Tok Mal dulu buat inti macam ni. Mak Su Mal buat inti macam ni. Mama Mal pun buat inti macam ni. So, Mal pun dah terbiasa dan tersuka inti macam ni.
Cara2 nak buat inti ni senang ja.
- Tumis 3 ulas bawang putih + 1 biji bawang besar yang dipotong dadu.
- Bila dah wangi, masukkan daging cincang. Kalau suka banyak daging, letak la banyak2. Kalau suka ayam, tukaq la guna ayam. Mana2 pun boleh.
- Bila air daging dah agak nak kering, masukkan 3 biji kentang (Mal guna saiz sederhana besar) yang dipotong dadu. Kadang2 Mal letak carrot jugak. Masak hingga kentang empuk. Kalau kering, tambah ayaq sikit. Jangan sampai hangit pulak. Api sederhana ja.
- Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
- Akhir sekali bila kentang dah empuk dan sebelum tutup api, masukkan daun sup yang diracik2 halus. Wangi! Mal suka..
Dapat la dalam 20 biji, gumok2. Puas hati sikit bila gigit. :p 3/5 goreng bawak ke rumah bonda mertua, buat makan2 semasa buka puasa sama2. Bakinya untuk makan sendiri dan untuk disejukbeku. Senang, bila2 lapaq boleh keluarkan dari peti ais dan goreng.
Chomel tak rupa saya? :D Inti padat ok. Harganya 5 kupang sebijik kalau nak buat jual. :p Sebab inti kentang ya, bukan keledek. Daging pun banyak. Hihi..
*Eh awat ada garis2 pulak kat ayat bawah gambaq ni? Huhu.. Mal tak tau nak hilangkan garis tu lagu mana.
Kat sini Mal nak kongsi juga tentang puasa sunat 10 Muharram atau hari 'Asyura. Artikel ringkas di bawah ni Mal petik dari blog seorang ustaz. Moga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Bilakah hari ‘Asyura? Apakah dalil disunatkan berpuasa pada hari ‘Asyura’?
Hari ‘Asyura ialah hari sepuluh Muharram. Abi Qatadah r.a. meriwayatkan; Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab; “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim).
Adakah kita juga disunatkan berpuasa pada sembilan Muharram?
Ya. Hari itu dinamakan Tasu’a. Dalil disunatkan berpuasa hari itu ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; “Tahun akan datang -dengan kehendak Allah- kita berpuasa pada hari ke sembilan”. Berkata Ibnu ‘Abbas; belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah diwafatkan (Riwayat Imam Muslim).
Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi s.a.w. telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.
No comments:
Post a Comment