Tuesday, August 25, 2009

Sup Cendawan Mama & Along


Ini lauk hari ketiga kami anak-beranak di rumah. Mal sedey woo time tu.. Dah nak kena balik Bangi pada malamnya.. Sob sob sob.. :-( Sedey tetap sedey, tapi perut harus diisi jua. Hehehe.. Kenapa namanya Sup Cendawan Mama & Along? Sebab Mal yang prepare bahan2 nak masak ni, then Mama Mal yang masakkan. Sengaja malas nak masak sebab rindu nak makan masakan Mama. Lagipun adik2 Mal tak ada kat rumah. Hehe.. So Mal jadi la anak manja sat =P Jom tengok bahan2nya.

Bahan2:
  • Cendawan dihiris2
  • Kentang dipotong dadu
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Daging dipotong halus2
  • Daun sup
  • Daun bawang
Cara2:
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang didadu.
  2. Kemudian masukkan daging.
  3. Selepas daging agak masak, tuangkan air dan masukkan kentang.
  4. Biarkan hingga mendidih dan kentang menjadi lembut.
  5. Akhir sekali masukkan cendawan.
  6. Siap! (^^,)
  7. Taburkan daun sup dan daun bawang yang dhiris2 sebagai hiasan
Walaupun simple, Mal sangat suka sup cendawan ni. Hee.. Sekian, selamat mencuba..

No comments: