Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum wbt (^^,)

Kepada Muslimin & Muslimat semua, selamat berpuasa! Dan juga selamat berkenalan buat mereka2 yang belum mengenali Mal. Hai! Hihi.. Kat Alor Star ni hujan daripada pagi tau. Nyaman lagi sejuuuuuk ja suasana. Dah petang2 sikit ni, baru lah matahari menunjukkan diri.

Apa pun, syukur Alhamdulillah.. Allah masih izinkan kita untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun ini. Mari kita penuhkannya dengan amal ibadah.

Mal nak cerita sikit pasal blog ni. (^^,) Mal sebenarnya dah lama dah terlibat dalam aktiviti blogging. Dari zaman undergrad student lagi. Dulu (sekarang pun, haha..) tulis pasal benda merepek2 ja. Cerita macam2, termasuklah cerita pasal makanan yang Mal masak. Cuma baru tahun ni terasa nak buat 1 blog khas untuk makan2 a.k.a blog resepi. So mulai hari ni, Mal akan berkongsi resepi dengan kawan2 semua, ok. Mostly masakan simple2 ja lah.. Sebabnya sekarang still belajar. Sibuk dengan research. Menyewa pun kat rumah bujang ja.. Hee.. So masakannya ala2 orang bujang lah.. Cuma kalau balik kampung ja, boleh la masak yang berat2 sikit.

Sempena 1 Ramadhan 1430H, dengan ini Mal merasmikan blog dapursayang.blogspot.com (^^,) Alhamdulillah.. Tercapai jua hasrat Mal.. Kepada sifu2 masakan di luar sana, saya budak baru belajar. Jika salah, sila beri tunjuk ajar. Hait!!

Buat pengunjung2 blog, sudi2kanlah menerima e-card daripada Mal ni, ok! (^^,) Jooooommm pi masak juadah berbukaaa...! Teruja hari ni sebab dapat masak2 dengan Mama.. Hee..

*Hmmm.. Tarikh entri kat blog ni lambat sehari lah.. Waktu dia pun macam lari2.. Haish.. Pasepa tatau.

No comments: