Monday, December 27, 2010

Kerabu Taugeh

Menu 2 hari lepas. Nak habiskan stok taugeh dalam peti tu sebenarnya. Mal cuba2 la buat kerabu sebab kebetulan ada kelapa parut dalam fridge. Kewujudan kelapa parut dalam peti ais Mal hanyalah sekali sekala ya. Hihi.. Mak dara zaman moden, mana lah mau perah2 santan ni. Beli santan segar yang dah siap perah tu laaagi mudah! :p

Cakap pasal kerabu, Mal tau buat kerabu pelam ja. Kerabu lain2 Mal tak besa cuba lagi. Maka Mal pun bukak lah buku yang Mal beli few months ago, belek2 cari resepi kerabu taugeh. Memang bagus la buku 1 hari 1 resepi oleh Chef Hanieliza ni. Siapa yang belum beli, sila dapatkan segera. Hee.. :)

Memang berbaloi2 membelinya. :D


Ok mari kita tengok bahan2 dan cara membuat kerabu ni. Mal ambil daripada buku Chef Hanieliza ni tau. Mintak izin kongsi no Chef~ :) TQ. Emmm.. Tapi Mal edit sikit la mengikut apa yang Mal buat. So tak lah 100% sama macam dalam buku. Silalah beli buku tersebut untuk mengetahui resepi asal Chef ya.

Bahan A (untuk sayur)
  • 2 genggam taugeh (buang akar, basuh dan toskan)
  • 1/2 cawan kelapa goreng (ditumbuk)
  • Kerang (ikut lah nak banyak mana :p direbus dan diambil isinya)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • 1/2 biji limau nipis (diperah jusnya)
  • Gula dan garam secukup rasa
Bahan B (untuk sambal - dikisar semuanya)
  • 2 biji cabai hidup (cili merah)
  • 5 biji cili kampung
  • 1/2 inci belacan
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar asam jawa
Cara2:
Gaulkan kesemua bahan A dan bahan B. Siap! :D Hihi..

Dalam resepi Chef ada letak lobak merah dihiris2, Mal tak letak pun. Chef tak letak kerang tapi Mal letak sebab ada kerang lebih dalam peti ais. Disebabkan Mal letak sikit cili kampung (Encik Suami suka cili ni), maka bila makan kerabu ni, memang berayaq la hidung Mal :p Tarak tahaaannn.. Pedas la jugak. Huhu.. Sabaq ja la.

No comments: