Monday, August 31, 2009

Kacang Buncis Goreng Telur


Menu berbuka puasa 3 hari lepas. Dah 2 hari Mal tak masak tau. Semalam Mal dan kawan2 pi berbuka di Masjid Putrajaya. Sehari sebelum tu, kawan2 Mal ajak berbuka di rumah depa. Alhamdulillah.. Jom tengok bahan2 untuk masak kacang ni. Mudah ja pun..

Bahan2 :
  • Kacang buncis dipotong serong2
  • Lobak merah dipotong panjang2
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Telur
Cara2 :
  1. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah. Diikuti kacang buncis.
  3. Masukkan sos tiram.
  4. Akhir sekali masukkan telur yang telah dikacau.
  5. Goreng sebentar sahaja.
  6. Siap.

Selamat mencuba.

No comments: