Hehehe.. Malu nak tulis, "lamb chop".. =P Ala, letak kambing masak lada hitam lagi tepat kot. 2 hari lepas pi la membeli bahan2 mentah. Maklumlah baru balik cuti raya 1 minggu. So dalam peti ais tu tak dak stok langsung untuk diri sendiri. Sambil2 mengusha ayam & ikan, tetiba Mal ternampak depa jual daging kambing ni.. Depa jual slice demi slice.. Demi ternampak akan kambing tersebut, Mal dah terbayang blackpepper gravy.. Uuuu~ So, terus Mal beli! (Hee.. Padahal tatau pun lagu mana nak kerjakan kambing ni..)
Mal tulis bahan dengan cara memasak sekaligus la eh.. :)
- Mula2, perap daging kambing tu dengan bawang putih yang ditumbuk + sos tiram + kicap manis + sos lada hitam/lada hitam yang ditumbuk.
- Mal taburkan juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. (Haha.. Yang ni Mal tak tau la kenapa Mal letak dan apa fungsinya.. Hihi.. Suka suki ja Mal ni.. Hajat di hati Mal, nak bagi dia ada rasa herbs and spicy gitu..)
- Mal perap lama jugak. 4 jam. Nak bagi chance bahan2 tu meresap betui2 kat daging.
- Langkah seterusnya, goreng daging tersebut. Jangan terlalu kering, takut nanti keras.
- Balik2kan daging sampai masak, then alihkan ke pinggan.
- Untuk buat gravy, tumis bawang putih + cabai merah + capsicum + serbuk lada hitam.
- Masukkan sos tiram + kicap manis.
- Tambahkan juga air jika perlu.. Terpulang la nak banyak mana kuah.
- Bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Jangan letak banyak, nanti pekat sangat macam Mal buat.. Huhuhu..
- Bila dah masak, tuangkan di atas kepingan daging yang dah dimasak di atas pinggan tadi.
- Hidangkan dengan salad. Siap! :)
2 comments:
mal..terliuq ok....huu
hee.. sila la buat.. senang jer kerry =P ceh, tapi org pun x pro.. baru chobaan kali ke-1
Post a Comment