Thursday, October 1, 2009

Moist Chocolate Cake

*Just kopipesss dari entri personal blog Mal.. Hehe..

Walaupun Mal dan Mama Mal memang buat business kek ni, Mal tak berhajat langsung nak rahsiakan cara pembuatannya. Sharing is caring. Apa salahnya kita berkongsi ilmu. Kan? (”,)

Bahan-bahan kek :
~ 250 g mentega (1 buku)
~ 400 g gula
~ 2 1/2 cawan tepung
~ 1 cawan serbuk koko
~ 4 biji telur
~ Setengah tin air
~ Setengah tin susu cair
~ 1 sudu soda bikarbonat
~ 1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan topping :
~ 1 buku coklat masakan
~ Sedikit mentega
~ Setengah tin susu cair

Tips sebelum membuat kek :
* Mentega hendaklah dilembutkan
* Gula dikisar halus atau gunakan saja gula ising
* Tepung + serbuk koko + soda bikarbonat diayak bersama
* Telur kuning dan putih diasingkan
* Pukul telur putih hingga kembang di dalam 1 bekas berasingan
* Air dan susu cair disatukan

Cara penyediaan kek :
Mudah saja (^_^)v
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu demi satu.
3. Masukkan telur putih yang dipukul kembang sebelum ini.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit.
6. Selang-selikan dengan (air + susu cair)
7. Bakar

Cara penyediaan topping :
Mudah juga (^_^)v
* Gunakan teknik double-boiling
* Masukkan semua bahan topping

Perhatian :
* Kelembapan, kelembutan dan kelazatan kek bergantung kepada teknik dan kemahiran tuan/puan/cik pembuatnya.
* Every single thing you do –> COUNTED!
* Ramuan rahsia terpenting : Keikhlasan & kasih sayang

Selamat Mencuba!
(^_^)

3 comments:

Anonymous said...

sodappppp...!!!! :)

regards,
nique

Amalina said...

gen-nique??? hihi.. thanks! :)

Bidadari Besi said...

akak, bru nak try resepi akak ni..
akak guna mentega apa? susu cair n coklat jenama apa? lg satu gula tu, gula biasa ye? hehe

smlm try dgn kwn2 buat oreo cheese cake..jadi la tp agak manis. hehe
klu akak dkt, blh mtk tlg rasa n komen :)