Saturday, October 3, 2009

Kangkung Masak Kicap

Ini Mal gerenti, pejam mata pun leh siap masak ni.. Huhuhu.. Stok belacan dah abes.. So kangkung ni buat lebur2 macam tu ja lah.. Lagipun cepat nak masak macam ni.



Bahan2:
  • Kangkung
  • Kicap manis
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Air
Cara2:
  1. Tumiskan bawang. Masukkan hirisan cili pun ok.
  2. Bila bawang dah naik bau, masukkan ikan bilis.
  3. Masukkan air dan garam.
  4. Bila dah mendidih, masukkan kangkung.
  5. Jangan masak kangkung terlalu lama. Siap!
Mal makan sayur ni dengan kambing masak lada hitam tu dengan nasi putih, sebagai hidangan berbuka.. Cukuplah kan (^^,) Alhamdulillah dah empat hari puasa..

2 comments:

the hazim said...

kenapa kambing tu taknak masuk upload..dia malu2 eh..hihihi..haha

Amalina said...

kambing tu... tenggelam dek lautan gravy yang sgt pekat.. =P