Friday, October 9, 2009

Bayam Masak Lemak

Hari ni balik rumah awai sikit. Kui 12.35 macam tu time2 orang sibuk keluaq nak pi solat Jumaat. Depa sibuk, Mal pun menyebok aih.. Hihihi.. Awai "sikit" ka?? Ini lebey sudey.. Plan asalnya, lepas asar nak pi kampus semula. Lepak2 di library sampai kui 10 malam, study macam yang Mal buat semalam. Tengah2 dok lunch, muncul iklan Nur Kasih.. Aihhh.. Lupa pulak. Tak leh jadik nih. Malam ni episod best! =P So tak jadik la nak pi lebri petang ni.. Kih kih.. End up dengan terbongkang.. Kekenyangan.. Alhamdulillah.. Nikmat Allah. Hee..

Ini dia lauk hari ni. Simple ja. Nak masak pun mudah.



Bahan2:
  • Sayur bayam
  • Santan
  • Bawang besar (dihiris bulat)
  • Bawang putih
  • Cabai hidup (cili merah)
  • Ikan bilis

Cara2:
  1. Dalam periuk, masukkan santan.
  2. Diikuti dengan bawang + cabai hidup + ikan bilis.
  3. Letak atas api, masak macam biasa.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan bayam.
  6. Agak2 3 4 minit, tutup lah api. Jangan masak sayur sampai layu. Hilang vitamin.
  7. Siap! :)

Mudah sungguh kan :)

No comments: