Friday, January 21, 2011

Terung Goreng Bersos Tiram

Lauk ni selalu la jugak masuk dalam menu lauk mingguan. Sebab senang nak masak. Huhu.. Sebelum nikah, tak pernah pun masak lauk ni. Lauk ni Encik Hubby yang kenalkan. Tapi Encik Hubby tak masakkan pun la, cuma cerita macam mana Ummi masak, then Mal imagine dan try sendiri. :D

Ok, cara masak. Senang ja.. Mula2 goreng la terung tu. Then ketepikan. Kemudian tumis bawang merah (atau bawang besar pun boleh) + cili padi dipotong + ikan bilis. Ummi tumbuk ketiga2 bahan tu tapi menantu Ummi yang rajin ni potong2 ja. :p At the end memang rasa tak sama ok. Tapi Mal pernah cuba dua2 cara, dua2 pun Alhamdulillah sedap ja.

Lepas dah wangi dan ikan bilis tu macam nak garing, pecahkan sebiji telur dan masukkan sos tiram, kacau2 sikit. Dah sudah tu, terus masukkan terung yang kita goreng awal tadi. Kacau hingga sebati la semua tu. Mal selalunya tak tambah garam sebab sos tiram dah cukup masin dan manisnya. Senang kan? :) Selamat mencuba.

6 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

nampak senang dah sedap. Okie mahu try makan tengahari esok..:) thanks for sharing kak amal:)

Amalina said...

welcome! :)

Anonymous said...

senang..dan kite pun suka terung..tp hubby tak suka trung..huhuh - fatin kmpk

Amalina said...

eh fatin!!! :D ahlan wa sahlan~

hee.. kalo kami, kami akan masak sayur yg hubby tak suka tapi kami suka time beliau outstation.. masing2 ada kegemaran masing2 kan. :)

Adzriel AB said...

eee..sedapnya. kak liza suka!
biasa le kita ni memasak yg hubby suka sampai terlupa utk diri sendiri. tapi kak liza jenis tak kisah, makan apa aje. cuma suami kurang sikit bab sayur ni. boleh cuba yg ni. mana tau entah dia suka pulak.
betul..amalina, kak liza pun masak our favorite bila dia tak de je. semlm jumpa sorang teman blogger di pkns seksyen 8. bila dgn amalina pulak.

Amalina said...

oo ye ke, kak liza. da dekat sgt la dgn umah saya. rumah saya kat area masjid hijau BBB tu je. :)