Monday, January 31, 2011

Pisang Goreng

:p Resepi cucuq pisang. Ni pun belajaq daripada Encik Hubby ok. Mal ni mana laaa pernah buat cucuq pisang ni. Beli kat gerai ada la. Tak pun dulu2 Mama Mal yang gorengkan. Bertuah sungguh! :D


Apa ke namanya pisang ni pun Mal dah tak hengat. Abang yang belikan lagipun.. Mal tak kenal pun jenis2 pisang. Huhu.. Ada pisang yang sesuai untuk digoreng, ada yang sesuai untuk dimakan begitu saja, ada yang sesuai untuk dibuat serawa atau sira. Macam2 lah.. Nama2 pisang Mal tau, cuma kegunaannya secara spesifik tu yang den lomah sikit. Ada pisang tanduk, pisang nangka, pisang emas, pisang tanduk, pisang kaki, etc. Tau setakat nama ja laaa kan. One day Mal kena sit down and buat research pasal pisang2 ni. Bagus untuk masa depan jugak, kot2 nanti anak tanya.

Mula tu, Mal nak beli tepung pisang goreng Adabi, tapi Encik Hubby tak bagi. Suruh belajaq daripada beliau jugak2 :p Hehe.. So macam mana caranya? Mula2, campurkan tepung beras + baking powder (amik sikiiiiiit ja) + air. Kacau2, then masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak warna sikit, letak la serbuk kunyit. Then masukkan la pisang yang dah dipotong panjang2 dan goreng.

Macam tu ja? Yup. Macam ni ja la yang Encik Hubby ajaq. Mal pi memandai2 tambah kacang tanah tumbuk tu. Mal suka, tapi Abang tak suka pulak. Rasa pelik katanya. Huhu.. Mal rasa lemak2 ja. Kalau letak bijan pun best jugak.

*Kruk2 tau keropok yang terhasil keliling pisang ni. Cuma agaknya Mal terrrrlebih sikit baking powder. Ada keropok tu macam nak patah la jugak gigi bila tokak (gigit) :p

2 comments:

Adzriel AB said...

makan dgn kopi o panas....sedapnya.

Amalina said...

kita tak minum kopi. agak2nya mcm mn la feel makan goreng pisang dengan kopi tu :)