Friday, February 12, 2010

Spaghetti Bolognaise


Assalamualaikum semua!
Gong Xi Fa Cai! Hong bao na lai. (^_^) Hihihi..

Kali ini Mal bersiaran secara langsung dari Negeri Jelapang Padi. Wehuuuu!!! Ada kat kampung ni haa. Balik choti2 Malaysia for a week! \(^_^)/ Seronoknya bukan main lagi. Mal sampai kat Alor Setar ni malam Khamis lepas, naik belon. Wakaka. Eksen!

Yang sebenarnya Mal ni "segan" (baca: malas) sikit nak masak bila dah balik kampung ni. Maklumlah, Mal riiiiiiiiiiinnnnduuuuuuuuuuuuu nak makan masakan Mama. Tapi, Mama pun riiiiiiiiiiiiinnnnduuuuuu nak makan masakan Along. Huhuhu. So nak tak nak, Mal kena masak la jugak. Hee.. Semalam Mama cakap nak makan spaghetti. So kami berdua berasak2 la pi Alor Setar Mall kat Tandop. Huih.. Mal macam nak pengsan rasa. Ramainya orang!!! Mostly chinese la pasal depa nak raya kan. Tapi Mama relax ja, pilih2 barang pastu beratur panjang tunggu turn nak bayaq. Huwu..

So inilah dia, menu kami untuk lunch merangkap dinner. Hee.. Makan besaq! Jom tengok bahan2nya. Lebih kurang yang Mal buat dulu. Cuma ada tambahan bahan.

Bahan2:
  • Spaghetti
  • Spaghetti sauce (Kimball sedap. Hehe)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Minced beef
  • Sosej
  • Baked bean
  • Button mushroom
  • Lobak merah
  • Daun saderi

Cara2:
  1. Macam biasa, rebuskan spaghetti. Tuang sedikit minyak supaya tak melekat. Bila dah kembang elok, toskan.
  2. Untuk kuahnya, mula2 parutkan lobak merah dan daun saderi. Terpulang nak banyak mana. Mal guna sebatang lobak dan 2 batang saderi. Malas nak parut. Hehe.
  3. Kemudian, tumiskan bawang yang didadu.
  4. Masukkan daging cincang. Masak hingga air agak kering.
  5. Masukkan juga sosej yang dipotong sederhana nipis. Masak seketika.
  6. Masukkan sos spaghetti.
  7. Diikuti dengan cendawan dan baked bean.
  8. Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun saderi yang diparut awal tadi.
  9. Masak dalam 10 minit. Siap!

Selamat mencuba :) Dalam gambar tu Mal taburkan Parmesan cheese jugak. Sedap! Banyak tau Mal masak. Petang ni nak ajak mak saudara sekeluarga mai makan sama.

Oh ya, hehehe.. Cuba teka kali ni Mama Mal komen apa?
..
..
..

Mama tak cakap apa2. Tapi Mama tambah 2x. Kih kih..
Sedap la tuuuu kan Ma kannnnn.. =P

No comments: