Monday, March 21, 2011

Kiwi Muffin (Instant Mix)

Assalamualaikum. Selamat pagi! :) Alhamdulillah nyamannyaaaaaaa pagi ni. Sejuk2.. Hujan renyai2.. Suka amat! Semalam Mal tak larat nak update pasal projek muffins ni semua. Rasa mengah semacam. Banyak sangat aktiviti yang dibuat sampai ke petang. Huu.. Alhamdulillah pagi ni dah segar balik, so teruja nak kongsikan resepi2 muffin yang Mal bakar pagi semalam.

Mal mulakan dengan Kiwi Muffins ni. Guna instant mix saja ok :p Mudah dan cepat. Kawan2 adik Mal di MICET, Melaka sana yang nak. Dah lama budak2 tu mintak adik Mal bawak. 2 bulan lepas masa adik Mal mai rumah, tak dapat nak buat sebab kedai jual instant mix ni tutup. So this time alang2 Hubby Mal nak outstation ke Melaka, Mal mintak tolong singgah bagi muffins ni kat adik Mal. Thanks Abang! :)



Disebabkan namanya instant mix, so apa yang perlu dibuat hanyalah menambah sedikit bahan2 mengikut arahan di plastik bungkusannya:
  1. Tambahkan 113 ml air + 175 ml telur (telur 3 biji ni)
  2. Tambahkan 140 ml minyak jagung
Kacau2 semua tu dan terus bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Senang kan. Adik Mal buat muffin dulu, naik elok ja. Mal buat? Huhu.. Tak membulat pun.. Huk huk.. Agak kecewa. Tapi rasanya sama kot :D Ni baru boleh nak rasa kiwi muffin ni. Dulu tak boleh sebab loya hidu bau dia.. Nice jugak lah perisa kiwi ni. :)

2 comments:

ct_cucubi said...

mal, mana nak dpt instant mix tu?

Amalina said...

beli kat kedai jual bahan2 kek kak.. selalunya mmg ada.