Wednesday, April 20, 2011

Nasi Lemak

Ok2, I was so IMPRESSED at that time. Sebab apa tau? Sebab dapat masak nasi lemak ni dengan jayanya setelah usia hampir mencecah 26 tahun! :p At last! Rasa malu ja bila tak reti2 masak nasi lemak. MAKAN nasi lemak, oh itu pandai amat! Siap boleh judge lagi, yang tu cukup bahan, yang ni tak cukup bahan bagai..

Dan yang best lagi, nasi lemak ni Mal buat bukan untuk breakfast BUT for our dinner! :D Hee.. Siapa punya idea? Hubby's la as usual.. :p Mal memang dah keluarkan udang dan santan. Plan nak masak udang masak lomak cili api. Alih2, Hubby bagi that great idea! Petang tu siap keluar lagi carikan daun pandan, kacang tanah & timun lagi. Sweet kan? :) That's why I always loooove him. Thank you Allah! :)

Enough with the ramblings.. Kita tengok resipi yang senang ni pulak.

Bahan2 untuk nasi lemak:
  • Beras 2 pot
  • Santan RM1
  • Sedikit halba
  • 1 1/2 inci halia
  • 2 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Basuh beras hingga bersih. Jangan lupa selawat 3x macam biasa.
  2. Masukkan santan dengan sukatan seperti masak nasi biasa. Tambahkan air jika tak mencukupi.
  3. Masukkan juga halba, halia yang dihiris dan daun pandan yang diikat.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa.

Senang! Tapi Mal tak tau awat la sebelum2 ni nasi jadi mentah la, nasi tak cukup lemak la.. :p Pendek kata memang tak menjadi. Alhamdulillah lepas 10 bulan nikah ni, baru nak menjadi nasi lemaknya. Orait, nasi lemak ni nak makan dengan sambal apa, itu terpulang kepada citarasa masing2. This time Hubby nak sambal udang sebab kami tak jumpa2 nasi lemak sambal udang kat BBB ni.. Kalau jumpa pun, kat rumah MIL la seharusnya. Hee..

Tuesday, April 19, 2011

Restoran Arab Al-Abraj

Last week, Mal, Encik Hubby dan PIL jalan2 cari makan ke restoran Arab sekitar rumah kami. Restoran Arab pertama yang kami tuju tu kehabisan ayam. Tinggal daging kambing semata2. Maka Hubby cadangkan kami ke Restoran Arab Al-Abraj Seksyen 9 BBB yang terletak tak jauh dari restoran tadi. Restoran Al-Abraj masih baru, dibuka pertengahan tahun lepas kalau Mal tak silap. Hidangan yang disajikan berasaskan makanan Arab dan Yemen.


Mal, Hubby dan FIL pesan Chicken Mandhi. MIL pulak pesan Chicken Haneez. Ok la rasa makanannya dan harga pun tak semahal restoran Arab yang lain. Manju bil-laban, Hubby pesan. Sangatlah best! Buah mangga campur susu. Tapi Mal minum sikit ja sebab masih kawal manis2 ni kan :p Mal pesan air suam ja. Hihi.. Baguih dak.

Ada lagi 2 set makanan kami pesan tapi tak ingat nama. Oh ya, satu tu fruit dessert. Rasanya biasa2 ja. Tapi buah2nya alahaiiiii keciklah sangat. Susah nak detect apa jenis buah yang ada dalam cawan tu. Lagi satu.. Hmm.. Roti dengan.. Mal tak ingat sangat, tapi ada campuran ayam, daging lembu & kambing yang dibakar. Ayam tu memang nice, daging lembu ok, tapi kambing agak tak kena dengan tekak Mal.

Next time InsyaAllah boleh pi lagi. Sangat dekat dengan rumah & murah. :)

Asam Pedas Ikan Pari

Mal ada dengar, preggy mommy tak boleh makan ikan pari.. Reason? Tak ingat lah pulak. Huhu.. Betui ka eh? Tapi ni Mal masak la jugak, dah Encik Hubby nak. Mal pun makan, tapi sikit2 ja. Mal ni kalau orang pesan bab2 berkaitan makan minum, Mal ambil kisah la jugak walaupun kadang2 jauh di dalam hati tu kurang percaya.


Lauk ni Mal masak semalam. Hari ni ada lebih2, so kami makan untuk dinner tadi. Terus licin sebab rasa makin sedap pulak bila lauk ni dah masuk hari kedua. Masam dia tu lebih umppphhh.. :p

Bahan2:
  • 2 ketul ikan pari
  • 2 keping asam keping
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai dititik
  • 5 sudu besar cili kering yang dikisar dengan bawang besar
  • 3 biji bendi
  • Setengah inci belacan
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Tumis cili kering, belacan, asam keping, serai dan bunga kantan hingga naik bau.
  2. Masukkan air dan bila agak menggelegak, masukkan ikan.
  3. Biarkan hingga ikan masak kemudian masukkan bendi dan garam secukup rasa.
  4. Selepas 5 minit, padamkan api.

Sunday, April 17, 2011

Easy Shepherd's Pie





Assalamualaikum (^_^)
Shepherd pie ni Mal buat semalam. InsyaAllah later will share the recipe. Senang ja kot. Semua orang pun dah tau. :p Tapi I'll share my version. Harus nap sat. Feninnn.. (=_=)

********************
19 April 2011

Okeh.. Sambung tulis resepi setelah berbelas2 jam tertangguh :p Heee... Resepinya merata ceruk Mal rujuk. But at last, Mal sesuaikan mana2 bahan yang ada dan mana2 yang dirasakan sesuai dengan tekak.

Mash Potatoes:
  1. 5 biji kentang saiz sederhana dibuang kulit, dibelah 4 kemudian direbus hingga empuk.
  2. Semasa masih panas2, lenyek hingga halus.
  3. Tambahkan 2 sudu besar butter and about 150 ml milk ke dalam kentang tadi, kacau hingga sebati.
  4. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul rata.

Inti:
  1. Tumis 1 ulas bawang besar & 2 ulas bawang putih yang telah didadu hingga wangi.
  2. Masukkan minced beef dan carrot yang didadu. Kacau hingga daging masak dan airnya agak kering.
  3. Masukkan 2 packet mushroom soup (Mal guna Campbell). Kacau lagi hingga pekat.
  4. Kemudian masukkan brokoli, tomato yang didadu dan mushroom.
  5. Masukkan serbuk lada hitam secukup rasa. Tambahkan garam jika perlu. (Mushroom soup tadi dah masin, tak perlu tambah garam pun tak pa). Gaul hingga sebati dan kemudian boleh tutup api.

Shepherd's Pie:
  1. Sudukan inti tadi (agak2 3/4 penuh) ke dalam ovenproof container. Mal guna bekas aluminum untuk pie tu ja. (Optional: Sudukan sedikit mash potatoes untuk first layer, kemudian baru diikuti inti).
  2. Kemudian tutup inti tadi dengan mash potatoes dan ratakan. Taburkan Parmesan cheese jika ada.
  3. Bakar pada suhu 200C selama 25-35 minit atau hingga bahagian atasnya bertukar perang keemasan.