Tuesday, April 19, 2011

Restoran Arab Al-Abraj

Last week, Mal, Encik Hubby dan PIL jalan2 cari makan ke restoran Arab sekitar rumah kami. Restoran Arab pertama yang kami tuju tu kehabisan ayam. Tinggal daging kambing semata2. Maka Hubby cadangkan kami ke Restoran Arab Al-Abraj Seksyen 9 BBB yang terletak tak jauh dari restoran tadi. Restoran Al-Abraj masih baru, dibuka pertengahan tahun lepas kalau Mal tak silap. Hidangan yang disajikan berasaskan makanan Arab dan Yemen.


Mal, Hubby dan FIL pesan Chicken Mandhi. MIL pulak pesan Chicken Haneez. Ok la rasa makanannya dan harga pun tak semahal restoran Arab yang lain. Manju bil-laban, Hubby pesan. Sangatlah best! Buah mangga campur susu. Tapi Mal minum sikit ja sebab masih kawal manis2 ni kan :p Mal pesan air suam ja. Hihi.. Baguih dak.

Ada lagi 2 set makanan kami pesan tapi tak ingat nama. Oh ya, satu tu fruit dessert. Rasanya biasa2 ja. Tapi buah2nya alahaiiiii keciklah sangat. Susah nak detect apa jenis buah yang ada dalam cawan tu. Lagi satu.. Hmm.. Roti dengan.. Mal tak ingat sangat, tapi ada campuran ayam, daging lembu & kambing yang dibakar. Ayam tu memang nice, daging lembu ok, tapi kambing agak tak kena dengan tekak Mal.

Next time InsyaAllah boleh pi lagi. Sangat dekat dengan rumah & murah. :)

1 comment:

Anonymous said...

sepinggan brapa weyh? jom blnja ak mkn c2.. haha.. =p