Saturday, February 12, 2011

Ikan Bakar Parameswara

Orang Melaka tau kot tempat ni. Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu-Umbai. Mal & Hubby diizinkan Allah ke sana few days ago. Baca testimoni orang ramai, tempat ni memang terkenal dan makanan lautnya memang umphhh! So kami pi cuba sendiri~ :D 1 jam memandu dari Ayer Keroh.

Kami pi dah lewat petang. Tak ramai orang lagi. Tempat parking banyak. Restoran pun luas. Ada few restaurants kat sini tapi yang Mal baca2 (dan adik Mal pun pernah makan sini), restoran yang namanya Parameswara ni yang paling best.

Kami ordered nasi putih, kerang bakar dan ikan siakap. Buah tu tetiba dia mai sua (hulur) kat meja. Hubby tanya free ke? Tak perasan pulak apa jawapannya. Ingatkan free, tapi bila pi bayaq baru tau, masuk dalam bil. Huu.. RM4 sepinggan. Ada epal, betik & tembikai. Ok laaa.. Buat hilang rasa hanyiaq seafood. Depa akan bagi sambal kicap & air asam sebagai pencicah. Sambal kicap ok, air asamnya tak ok. Mal buat jauh lebih sedap kot.

Ikan siakap ni besaq. Hee.. Shekali shekala.. 700g tau. Separuh kami mintak dia bakaq. Mal tak pernah bakaq ikan siakap. Kat kampung selalunya buat masak stim atau sweet sour. Sedap rupanya siakap bakaq ni. Ikan fresh pulak tu dapatnya. Manissss!! Memang cuci calat la ikan ni kami berdua kerjakan.

Separuh lagi kami mintak dia buat masak stim. Tak hanyir. So nice, Alhamdulillah. Ada la jugak kuah2nya.. Kalau tak, memang kering la nasi kami. Gambaq ni blur sebab Hubby snap guna tangan kiri. Hihi.. Tangan kanan dah ada sisa2 kerang. :D

Dah malam pun masa kami selesai makan. Customer makin ramai. Mal tengok ramai jugak Chinese yang pi makan2 di situ. Kaunter ikan tu adalah tempat di mana kita pilih bahan2 mentah segar. Lepas tu terus order la, nak buat masak apa.

Alhamdulillah, dinner yang sangat best dan romantik! :p
Thanks Abang~ Next time boleh pi lagi. Hihi..

2 comments:

hyatt^^ said...

saya pi cni la hari tu :):)
hrga die ok kan kak?xmahal sgt rasenye..sbb byk sgt oder ritu. time nk bayo da risau hehe...tp seratus lbh skit je.cam xcaye sbb 7 org makan! :)

Amalina said...

ooo eh. lagipun rasanya parameswara ni yg lebih menonjol among the others.

alhamdulillah harga ok la.. tak kapak leher :p