Wednesday, June 16, 2010

Special Pendaflour Light Dinner


Tarikh: 16 Jun 2010
Lokasi: Istana Cinta Kami :D

Lauk-pauk pertama yang Mal masak untuk hubby! :D Kaya dengan kolestrol.. Haha.. Nak buat lagu mana kan, ni lah makanan rakyat Malaysia. :p

Abang suuuuuuka sangat makan sotong. So Abang requested lauk sotong masak kicap tu. Then lagi 2 lauk, buncis & carrot goreng telur dan temenung goreng, Mal yang cadangkan. Asalnya Mal nak masakkan udang masak lemak cili padi. Tapi rumah kami belum ada batu lesung. (Hoho.. Ada tak sesiapa nak hadiahkan batu lesung kat kami????? Nak nak nak!!!) Blender pulak, ada kat rumah mertua. So Abang cakap masak yang simple2 sudah. Lagi pulak, pukul 630pm baru menapak ke pasar malam beli bahan mentah. Balik tu, macam lipas kudung la Mal masak.

Alhamdulillah lepas Maghrib, dah boleh makan sama2.. :) Suka suka suka!!

Abang puji cakap sedap.. Siap tambah lagi. Then bila dah habis makan, Abang sempat bagi satu nasihat: "Sayang.. Next time kurangkan minyak dalam kicap ni eh.." Hehehe... Baik!!! Ni lah kekurangan isteri Abang ni.. Kih kih. Tak tau bajet minyak~ Tapa2. InsyaAllah Bang.. Sayang cuba. Hee..
:D



2 comments:

Anonymous said...

salam kak amal..
kalo x keberatan akk post la bhn2 dan cara2 nk bt kuah roti jala dan cucur bilis kentang tu..
sy teringin nk cuba resepi Istana CInta akk tu..plizzz..hope!

Amalina said...

salam dik.. thanks for visiting. boleh tengok kat url bawah ni.

http://dapursayang.blogspot.com/2010/01/gulai-ayam-mamak-style.html

http://dapursayang.blogspot.com/2010/06/cucur-kentang.html

kalo nak tengok resepi lain, boleh cari mengikut label tu ya :) tak banyak pun lagi resipi yang akak letak kat sini. ada yang biasa2 ja.