Sunday, February 27, 2011

Felt Crafting

Assalamualaikum. (^_^) Long time no see right?

Laptop belum pi format.
Tak semangat sangat nak update blog.
Lagipun waterwark ada dalam laptop tu.
Guna laptop Mr. Hubby ni susah nak edit gambar.
Baru perasan, dalam laptop ni tak dak friendly-user image editor.
Huhu.. No wonder la Mr. Hubby selalu guna laptop Mal bila nak edit gambaq.

Entri kali ni Mal nak cerita pasal hobi Mal selain masak2.
Layankan ja gambaq2 di bawah ni nooo.. :D







| Ready-Made Craft~ |
| 100% jahitan tangan |

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi Mal ok. :)
Sama ada melalui FB inbox (for those yang ada FB account Mal)
atau melalui email kraf.malinja@gmail.com

Keychain: SMILEY
Hp strap: FLOWER and STAR
SMILEY: RM2.90 setiap satu. Saiz: 4.5cm x 4.5cm
FLOWER : RM2.90 setiap satu. Saiz: 4.5cm x 4.5cm
STAR: RM2.90 setiap satu. Saiz: 5.5cm x 5.5cm

Keychain: LOVE, TSHIRT, OWL, LADYBIRD
LOVE: RM2.90 setiap satu. Saiz: 4cm x 4cm
TSHIRT: RM2.90 setiap satu. Saiz: 5cm x 5.5cm
OWL : RM2.90 setiap satu. Saiz: 4.5cm x 5cm
LADYBIRD: RM2.90 setiap satu. Saiz: 4cm x 4cm

Keychain: CUPCAKE and LOLLIPOP
CUPCAKE: RM4.50 setiap satu. Saiz: 6cm x 6.5cm
LOLLIPOP: RM4.50 setiap satu. Saiz: 8cm x 5cm

Semua ni HARGA PROMOSI hingga 28 April 2011 sahaja.

..
..
..
*Hasil jualan ni InsyaAllah akan masuk ke
tabung cloth diapers untuk baby Mal nanti (^_^) Go green!*

Saturday, February 19, 2011

Laptop Chek Demam!

:'( Dah 4 5 hari laptop Mal tak dapat berfungsi dengan baik.

Boleh on tapi ada few functions tak dapat beroperasi.
Nak copy paste tak boleh.
Nak bukak word ada problem.
Nak adjust volume tak boleh.
Nak cucuk pendrive tak boleh.
Nak cucuk broadband ni puuuuuuuuuuun tak boleh.

Macam2 ada dalam laptop tu.
Latest progress untuk projek masterji pun tak sempat nak buat back up.
Hua hua huaaaaaaaaa...
Tapi syukur la simpan dalam D semua2 files tu.
Problemnya kat C saja kot..

InsyaAllah esok nak pi troubleshoot.
Hantaq kedai semestinya!
Melayaaaaang pulak duit yang dah menipis ni. (-____-)

Tuesday, February 15, 2011

Sotong Celup Tepung

Sotong goreng tepung atau sotong celup tepung. Mana2 pun boleh. Last 2 weeks masa Mal pi Kuantan tak dapat makan sotong tepung walau seekoq pun. Maka this week, kami pi beli sotong besaq2, then Mal goreng sendiri. Pueh ati den! :D Selalunya Mal guna tepung goreng segera sebab tak tau nak mix apa. This time, Mal cuba campur sendiri. Alhamdulillah menjadi jugak.


Campuran tepung yang Mal guna:
Tepung gandum (Hubby cakap, patutnya guna tepung beras) + serbuk kunyit + rempah kari ikan + serbuk lada hitam + garam + breadcrumbs. Gaulkan semuanya TANPA letak air.

Mula2 potong sotong tu. Tak kisah la suka bulat2 atau potong panjang2. Lepas tu, Mal lap sotong dengan tisu dapur. :p Tujuannya nak serap air. Lepas tu celup la dalam telur dan golek2kan atas campuran tepung tadi. Akhir sekali, gorengkan. Api guna sederhana ya supaya tepung di luar rangup dan sotong di dalam tak liat.

Kali ni buat, krup krap krup krap tepungnya lepas digoreng. Lain kali nak cuba guna tepung beras pulak mengikut saranan Hubby. Nak tengok apa jadi. Ok, selamat mencuba! :)

Monday, February 14, 2011

Char Kuey Teow

Breakfast yang Mal masak semalam. Sepanjang 8 bulan nikah ni, belum pernah masak koeyteow :D Eh cup, patutnya char kuey teow ada taugeh kan? Tapi Mal tak letak sebab tak dak stok. Char kuey tiau atau kuey tiau goreng memang sedap dimakan dengan air perahan limau kasturi.

Bahan2:
  • Sebungkus kuey teow
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Udang
  • Sotong
  • Kobis
  • Taugeh
  • Daun kuchai
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap masin
  • 2 biji telur
  • Garam dan gula jika perlu.
Cara2:
  1. Tumiskan bawang hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan sotong, goreng sebentar.
  3. Masukkan sos & kicap. Tambah sedikit air jika perlu. Didihkan.
  4. Masukkan telur. Kacau bersama sos & kicap.
  5. Masukkan koey tiau apa bila telur mula masak. Gaulkan koey tiau hingga mesra dengan semua bahan2 tadi.
  6. Masukkan kobis. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali apabila telah masak, 1 minit sebelum tutup api, masukkan taugeh dan daun kuchai.

Sunday, February 13, 2011

Lontong

Ada kuah lodeh, maka ada la lontongnya. (^_^) Kalau di kampung, kami makan dengan sambal daging. Ataupun masa dulu2 sebelum tau pasal kadmium, kami makan dengan sambal sotong kering. Tapi semalam Mal & Hubby makan dengan kuah kacang. Nice!

Mal mula makan dengan kuah kacang ni kat rumah mak mertua. :) Thanks Ummi, Mal baru tau sedap rupanya makan lontong letak kuah kacang. Lontong yang 1st time Mal buat ni, Mal pi hantaq kat Ummi sebekas. Sebab bajet menjadi tu yang pi hantaq. Kalau tak, sendiri perabih la. :p


Sedikit info Mal nak kongsi pasal sotong kering ni. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ada mendedahkan bahawa sotong kering yang lazat tu kaya dengan kadmium, sejenis logam toksik. Kadmium ni digunakan untuk buat bateri, baja fosfat & plastik. Huuuuuuuuu.. Boleh bayangkan tak betapa bahayanya sotong kering tu?

Apa pulak kesan kadmium terhadap kita? Boleh meninggikan risiko breast cancer, kanser prostat dan penyakit buah pinggang. Na'uzubillahi min zaalik.. Dan dalam artikel yang Mal pernah baca tu jugak dia cakap, dalam ikan bilis & udang kering pun ada ja kadmium ni tapi dalam kadar yang lebih rendah dan tidak membahayakan.

Kuah Lodeh

2 hari lepas, daripada siang hari tau Mal dah mula teringin nak makan lontong. Mal tau kedai yang jual lontong di BBB ni. Pernah rasa tapi menepati citarasa (seperti selalu lah..). Nak masak sendiri, tak tau pulak macam mana nak masak kuah lodehnya. Huuu.. So apa lagi, guna talian hayat lah. Call kampung! :D Tanya Mama Mal macam mana nak buat..

At first Mama suruh call Mak Su, tanya resepi. Sebab Mama mana pernah buat lontong ni. Hee.. Soto tu ada la jugak. Tapi after few discussion, kami mencapai satu resolusi. Senang ja nak masak kuah lodeh, ala2 kuah lemak tapi kena alter sana sini. Maka Mal pun masak la kuah lodeh ni mengikut resolusi yang telah tercapai antara kami berdua. Sukatannya, pakai agak2 ikut firasat. Hihi..


Bahan2:
  • *2 ulas bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *Segenggam udang kering
  • *Setengah inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *2 biji cili kampung merah (Tak nak letak pun bole. Mal suka pedas2 sikit)
*Semua bahan diatas ditumbuk ok.
  • 2 tangkai serai dititik
  • Santan pekat (Berapa liter? Sesuaikan ikut jumlah sayur yang digunakan. Nanti campur air untuk dilute kan dia.)
  • Lobak merah dipotong mancis
  • Sengkuang dipotong mancis (Mal tak letak sebab tak dak stok time tu)
  • Kacang buncis dipotong serong (Guna kacang panjang pun bole)
  • Kobis dipotong 4 segi
  • Tauhu dipotong 4 segi
  • Tempe dipotong 4 segi (Pun tak letak, tak dak stok)
  • Fucuk dan suun direndam hingga lembut dan ditos
  • Garam & gula secukup rasa
Cara2:
  1. Tumis bahan2 yang ditumbuk awal tadi beserta serai. (Ok, Mal blend ja. Haha.. Tak kuasa nak duduk atas lantai menumbuk guna batu lesung. Satgi nak mangkit payah pulak. Huu..)
  2. Masukkan santan dan air. Agak2 la nak pekat ka nak cair ka. Kuah banyak tak pa, sebab nanti bila dah masak, sat ja dia akan mengering. Huhu.
  3. Masukkan sayur yang keras2 dulu. Later on baru masukkan sayur yang lembut2.
  4. Masukkan fucuk dan suun yang dah direndam sebelum ni.
  5. Tambahkan garam secukup rasa. Kalau nak manis2 sikit, letak la 2 3 cubit gula.
  6. Sentiasa kacau supaya kuah tak naik lemak.
  7. Siap! (^_^)
Lega yang AMAT!!! Alhamdulillah~ Kuah lodeh Mal menjadi.. Tak sangka. Huhuuu.. *Terharu* So lepas ni boleh la buat lagi. Masukkan sebagai menu untuk breakfast di kala rajin. :D

Lepas puas bersilat kat dapur, memang tunggang terbalik la keadaannya kat situ. Tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH sebab SEMUA perkakas masak yang Mal guna, Hubby Mal TOLONG BASUH & KEMAS. Mal diarahkan berehat serta merta selepas makan.

Ya Allah, rasa sangat ....................... *speechless!*

Ya Allah.. Berkatilah setiap urusan suamiku ini..
Tempatkan suamiku di kalangan orang2 yang soleh di dalam syurgaMu..

I LOVE YOU, HONEY~

*Hee.. Sorry.. Iklan jiwang. Keterharuan yang tak dapat dibendung*

Saturday, February 12, 2011

Ikan Bakar Parameswara

Orang Melaka tau kot tempat ni. Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu-Umbai. Mal & Hubby diizinkan Allah ke sana few days ago. Baca testimoni orang ramai, tempat ni memang terkenal dan makanan lautnya memang umphhh! So kami pi cuba sendiri~ :D 1 jam memandu dari Ayer Keroh.

Kami pi dah lewat petang. Tak ramai orang lagi. Tempat parking banyak. Restoran pun luas. Ada few restaurants kat sini tapi yang Mal baca2 (dan adik Mal pun pernah makan sini), restoran yang namanya Parameswara ni yang paling best.

Kami ordered nasi putih, kerang bakar dan ikan siakap. Buah tu tetiba dia mai sua (hulur) kat meja. Hubby tanya free ke? Tak perasan pulak apa jawapannya. Ingatkan free, tapi bila pi bayaq baru tau, masuk dalam bil. Huu.. RM4 sepinggan. Ada epal, betik & tembikai. Ok laaa.. Buat hilang rasa hanyiaq seafood. Depa akan bagi sambal kicap & air asam sebagai pencicah. Sambal kicap ok, air asamnya tak ok. Mal buat jauh lebih sedap kot.

Ikan siakap ni besaq. Hee.. Shekali shekala.. 700g tau. Separuh kami mintak dia bakaq. Mal tak pernah bakaq ikan siakap. Kat kampung selalunya buat masak stim atau sweet sour. Sedap rupanya siakap bakaq ni. Ikan fresh pulak tu dapatnya. Manissss!! Memang cuci calat la ikan ni kami berdua kerjakan.

Separuh lagi kami mintak dia buat masak stim. Tak hanyir. So nice, Alhamdulillah. Ada la jugak kuah2nya.. Kalau tak, memang kering la nasi kami. Gambaq ni blur sebab Hubby snap guna tangan kiri. Hihi.. Tangan kanan dah ada sisa2 kerang. :D

Dah malam pun masa kami selesai makan. Customer makin ramai. Mal tengok ramai jugak Chinese yang pi makan2 di situ. Kaunter ikan tu adalah tempat di mana kita pilih bahan2 mentah segar. Lepas tu terus order la, nak buat masak apa.

Alhamdulillah, dinner yang sangat best dan romantik! :p
Thanks Abang~ Next time boleh pi lagi. Hihi..

Friday, February 11, 2011

1 1 0 2 2 0 1 1

:D Awal Februari, dapuq Mal tak berasap sangat. Cuti2 Malaysia & ikut Hubby outstation. Tempatnya dekat2 ja. Area Kuantan & Ayer Keroh. Reason mengekor mengikut Hubby: nanti kalau kena leg cramp siapa nak tolong luruskan kaki, di samping siapa nak tolong urut badan yang makin sengal2 ni tiap2 malam. :D Lagipun bahaya tinggal kat rumah sorang2 di saat2 makin sarat ni.

So semalam baru kami betul2 ada di rumah. Alhamdulillah. Sampai ja di BBB, terus Hubby ajak ke pasar tani beli bahan2 mentah. Malam tu Mal kena masak. Hubby dah rindu sangat nak makan masakan isterinya ni. (^_^) Masak simple2 ja. Sup sayur dan ikan temenung goreng. Lepas tu ada gulai ikan sumbangan Ummi. Alhamdulillah.

Bawah ni Mal kongsikan few places yang Mal pi makan2 masa cuti2 & outstation. Tak banyak pun. Sebab malu nak snap gambar kat kedai makan. :D

Everytime kami keluar jalan2, Hubby mesti nak Mal masakkan untuk breakfast & lunch. 1) Lebih bersih. 2) Jimat. Gambar atas ni time "brunch". Berhenti kat RnR Kuantan. Mal masakkan bihun dan buatkan sardin untuk makan dengan roti.

Dari Kuantan, kami ke Kemaman. Mal baru tau, Kemaman tu kat sempadan antara Terengganu dan Pahang rupanya. Kat Kemaman ada banyak kedai yang jual sata dan otak2. Keropok lekor pun banyak. Sedap! Tak macam yang dijual kat BBB ni.. Mal ambil gambaq ikan celup tepung ja. Masa sata tu sampai, dah tak dak mood nak snap. Sebab lambat benor menunggunya ha.

Lepas balik dari Kuantan, singgah di Taman Melawati. Tempat Mal tinggal masa kecik2 dulu. Hee.. Dulu2 Mal jadi orang KL tau. Nasi ayam kat medan selera ni memang mendapat sambutan hangat. Senang ja nak cari. Cari yang ada kerusi hijau banyak2. Service bagus. Makanan sedap. Thumbs up!