Monday, April 11, 2011

Singgang Ikan

Assalamualaikum :) Alhamdulillah sedar tak sedar, dah nak masuk pertengahan bulan April pun. Nervous! :) Due date Mal dah dekat. Minggu ni insyaAllah genap lah full-term. Syukur ya Allah..

Mal "berpantang" makan manis secara istiqamah, Alhamdulillah. Boleh la tahan.. Kadang2 tu terbabas la jugak. Teringin benor.. Tapi cepat2 cover dengan air putih semula. Baby Mal Alhamdulillah membesar seperti yang sepatutnya. Cumanya dalam hati ni, Mal berharap Baby akan keluar sebelum tarikh due date. Doktor cakap nak induce kalau belum rasa sakit on that particular date. Huhu.. Memang ni prosedur hospital untuk GDM patients.

Ok, lauk kali ni sesuai amat kot dengan Mal. Senang pun senang. Hihi.. Yang penting, memang kena dengan tekak ni. Hohooo sedap rupanya masakan yang bernama singgang ni. Mal orang utara, mana nak jumpa singgang2 ni kan. First time makan, mestilah kat rumah MIL :) Best! Resepi ni pun, ambil daripada Ummi.


Senang ja, leburkan semuanya. Huhu.. Bawang putih, kunyit, lengkuas, asam keping, belacan, cili api dan ikan. Hiris mana yang patut, campak ja mana yang patut kemudian rebus guna api sederhana. Garam secukup rasa. Siap! :D Hee.. Encik Hubby cakap lulus! Sesuai jugak kot dijadikan menu untuk berpantang nanti.

2 comments:

AshAnas said...

Mal berpantang kt mana nnti?

akk pun klu tatau nak masak ape, masak singgang je... senang...

kdg2 tatau nak masak ape utk anas, menu org berpantang la jawabnye utk anas... hehe...

Amalina said...

insyaAllah mula2 kat umah MIL, then baru balik Aloq Setaq.

amal nak kena start cari resepi2 berpantang nih. hehe.. kalau akak ada, share2 lah eh :) menu berpantang mostly byk khasiat apa. ok je kot utk anas. hihi..