Monday, March 21, 2011

Orange Chocolate Rice Muffins

Last but not least. Resepi muffin ni Mal jengah2 tengok kat dapur Kak Ummi jugak. Resepi asal daripada Chef Hanieliza. Serius dok geram tengok muffin ni lama dah. Apa jua makanan yang berperisa oren, Mal sangat suka. Hmm, tengok Kak Ummi buat, naik elok.. Tapi Mal buat??? Hayyohhhh.. Heeeeeeee... *Speechless* Tak naik macam badan tuannya pooon.. Dah lama tak buat muffin. Skill dah tumpul kot.

Ok Mal kongsikan resepi yang Mal ikut (tapi patuh 85% ja).
Kak Ummi, mohon izin copy dan paste kat sini ya. Terima kasih! :)


CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFINS (18 - 20 biji)

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sk. baking powder *
  • 1/2 sk soda bikarbonat * (bahan * diayak 2x. Mal ayak sekali je. "RAJIN".)
  • 1 cawan gula perang
  • 2 sb. chocolate rice
  • hiasan - choc chips (jika suka)
Bahan B:
  • 1/2 cawan butter cair (Mal tak cairkan.. :p "RAJIN" jugak la katakan. Sebab tu muffin tak naik cantik kot. Hihi..)
  • 1 cawan jus oren (Mal ikut Kak Ummi, tukar kepada 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren. Mal guna kordial Sunquick.)
  • 1 biji telor (dipukul sikit)
  • 1 sk. oren paste (Tak ada kat rumah. So Mal tak letak.)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
  2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. (jangan kacau lama sgt, setakat bercampur elok dah)
  4. Masukan kertas muffin dalam acuan muffin.
  5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh, hias dengan choc chips.
  6. Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan.
  7. Sejukkan atas redai.
Sesiapa yang suka buat muffin tu, Mal sarankan untuk cuba resepi ni. InsyaAllah best tau. :) Pulak tu, sangatlah senang bahan2nya. Do try ok!

Ketiga2 jenis muffin ni Mal cuma buat 1 adunan ja. Dah lama tak baking, takut pulak nak buat banyak2. Lagipun dah sarat2 ni mana nak daya sangat. Alhamdulillah dah selamat semua muffin ni sampai di tangan adik Mal. Kawan2 dia dah selamat borong dah pun. Alhamdulillah.. :) Sorry la adik2 ya, rupa tak berapa nak indah. Tapi rasanya insyaAllah dapat diterima tekak dengan baik :)

Untuk Hubby yang pi outstation pun, Mah bagi bekal muffin ni selain daripada bekal untuk dinner. (^_^) Hopefully Abang suka~ InsyaAllah.

3 comments:

Ummi said...

Salam Mal..thanks sbb masuk dapur akak..rajin skodeng eh...tq...Muffin k.liza ni mmg sedap kan...moist jek..tgk Mal buat, rasa nak la pulak..hehehe...xpa la x naik sgt..sbb derhaka cara tu kot..hehehe, janji leh makan jgk..jgn tongsampah yg makan dah laa..hehehe

La Petite Cherie said...

Chef Hanieliza is the best!! Haha :)) Is it good? :))

Amal Aizad said...

to Kak Ummi: salam kak.. hee.. skali skala skodeng.. hmm, tu lah.. lain kali nampak gayanya kena taat 100% :p baru nak menjadi kot.