Monday, March 28, 2011

Felt Craft Photo Contest

Assalamualaikum semua~ (^_^)

Mal ada join photo contest anjuran
SUS n d FELT PRODUCT.
Sila klik di bawah dan tekan LIKE ye kawan2.. :D


Mal hantar gambar di bawah ni:

Chomel tak? :)

Tarikh tutup contest ni adalah pada 10 April 2011.
Tinggal 10 hari lebih saja lagi untuk vote.
Cepat2, sila vote pada gambar Mal ni. (^_^)
Kepada yang dah vote tu, TERIMA KASIH banyak2!

Monday, March 21, 2011

Orange Chocolate Rice Muffins

Last but not least. Resepi muffin ni Mal jengah2 tengok kat dapur Kak Ummi jugak. Resepi asal daripada Chef Hanieliza. Serius dok geram tengok muffin ni lama dah. Apa jua makanan yang berperisa oren, Mal sangat suka. Hmm, tengok Kak Ummi buat, naik elok.. Tapi Mal buat??? Hayyohhhh.. Heeeeeeee... *Speechless* Tak naik macam badan tuannya pooon.. Dah lama tak buat muffin. Skill dah tumpul kot.

Ok Mal kongsikan resepi yang Mal ikut (tapi patuh 85% ja).
Kak Ummi, mohon izin copy dan paste kat sini ya. Terima kasih! :)


CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFINS (18 - 20 biji)

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 sk. baking powder *
  • 1/2 sk soda bikarbonat * (bahan * diayak 2x. Mal ayak sekali je. "RAJIN".)
  • 1 cawan gula perang
  • 2 sb. chocolate rice
  • hiasan - choc chips (jika suka)
Bahan B:
  • 1/2 cawan butter cair (Mal tak cairkan.. :p "RAJIN" jugak la katakan. Sebab tu muffin tak naik cantik kot. Hihi..)
  • 1 cawan jus oren (Mal ikut Kak Ummi, tukar kepada 1 cawan fresh milk + 3 sb. jus oren. Mal guna kordial Sunquick.)
  • 1 biji telor (dipukul sikit)
  • 1 sk. oren paste (Tak ada kat rumah. So Mal tak letak.)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C selama 15 minit (api atas bawah)
  2. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaulkan rata.
  3. Curahkan bahan B yang telah disatukan dan kacau rata. (jangan kacau lama sgt, setakat bercampur elok dah)
  4. Masukan kertas muffin dalam acuan muffin.
  5. Sudukan adunan dalam kertas muffin hampir penuh, hias dengan choc chips.
  6. Bakar selama 20 minit / hingga masak kekuningan.
  7. Sejukkan atas redai.
Sesiapa yang suka buat muffin tu, Mal sarankan untuk cuba resepi ni. InsyaAllah best tau. :) Pulak tu, sangatlah senang bahan2nya. Do try ok!

Ketiga2 jenis muffin ni Mal cuma buat 1 adunan ja. Dah lama tak baking, takut pulak nak buat banyak2. Lagipun dah sarat2 ni mana nak daya sangat. Alhamdulillah dah selamat semua muffin ni sampai di tangan adik Mal. Kawan2 dia dah selamat borong dah pun. Alhamdulillah.. :) Sorry la adik2 ya, rupa tak berapa nak indah. Tapi rasanya insyaAllah dapat diterima tekak dengan baik :)

Untuk Hubby yang pi outstation pun, Mah bagi bekal muffin ni selain daripada bekal untuk dinner. (^_^) Hopefully Abang suka~ InsyaAllah.

Chocolate Chip Muffins

Next, Chocolate Chip Muffins. Kegemaran sepanjang masa :D Mal cari resepi muffin ni kat dapur Kak Ummi. Kak Ummi cakap best dan dah banyak kali buat. So kalau banyak kali, haruslah lazat rasanya kan. Resepi asal daripada Kak Jun. Kak Ummi, mintak izin share ya. Nak copy and paste. Terima kasih! :)


CHOC CHIPS MUFFIN

Bahan:
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (Boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit.. Mal bakar ja)
Nak tau taaaakkk.. Muffin coklat Mal ni tak naik jugakkk.. :'( Pagi tadi masa breakfast cekodok kat rumah Ummi (MIL), Mal mengadu la.. Apa hal laa muffin ni naik sikit ja. Ummi cakap, nak kena guna mixer, so that ada angin sikit untuk up kan muffin ni. Huu.. Camtu yee.. Mal semalam pakai adun guna tangan ja. Nak cepat, nak senang dan "RAJIN". Maka ini lah hasilnya. Rasakan! :p

Sesungguhnya kejayaan itu adalah hak milik insan yang rajin berusaha. Hihi..

Kiwi Muffin (Instant Mix)

Assalamualaikum. Selamat pagi! :) Alhamdulillah nyamannyaaaaaaa pagi ni. Sejuk2.. Hujan renyai2.. Suka amat! Semalam Mal tak larat nak update pasal projek muffins ni semua. Rasa mengah semacam. Banyak sangat aktiviti yang dibuat sampai ke petang. Huu.. Alhamdulillah pagi ni dah segar balik, so teruja nak kongsikan resepi2 muffin yang Mal bakar pagi semalam.

Mal mulakan dengan Kiwi Muffins ni. Guna instant mix saja ok :p Mudah dan cepat. Kawan2 adik Mal di MICET, Melaka sana yang nak. Dah lama budak2 tu mintak adik Mal bawak. 2 bulan lepas masa adik Mal mai rumah, tak dapat nak buat sebab kedai jual instant mix ni tutup. So this time alang2 Hubby Mal nak outstation ke Melaka, Mal mintak tolong singgah bagi muffins ni kat adik Mal. Thanks Abang! :)



Disebabkan namanya instant mix, so apa yang perlu dibuat hanyalah menambah sedikit bahan2 mengikut arahan di plastik bungkusannya:
  1. Tambahkan 113 ml air + 175 ml telur (telur 3 biji ni)
  2. Tambahkan 140 ml minyak jagung
Kacau2 semua tu dan terus bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Senang kan. Adik Mal buat muffin dulu, naik elok ja. Mal buat? Huhu.. Tak membulat pun.. Huk huk.. Agak kecewa. Tapi rasanya sama kot :D Ni baru boleh nak rasa kiwi muffin ni. Dulu tak boleh sebab loya hidu bau dia.. Nice jugak lah perisa kiwi ni. :)

Muffins Ke Melaka

Projek awal pagi tadi~ (^_^)
Will update soon. Sangat kekurangan tenaga..

Saturday, March 19, 2011

Pecal

Pecal ni memang dah jadi favourite Mal sejak kecik2 lagi. Arwah Tok Mal dulu memang pandai AMAT2 buat pecal. Tapi Mal tak sempat belajar cara buat kuah pecal yang sedap daripada arwah Tok. Arwah Wan pun memang suka amat makan pecal. :)

Tok pi masa Mal Tingkatan 3. Tok memang pandai masak dan menjadi top otai kat kampung. Asal ada kenduri ja, Tok wajib pi masak sama2 orang kampung. Yang bestnya, Tok mesti ajak Mal pi sekali. Bersosial dengan orang2 kampung.. Rindunyaaa saat2 tu.. Sama2 kita bacakan Al-Fatihah untuk arwah Tok & Wan Mal. Moga arwah Tok & Wan ditempatkan di kalangan orang2 beriman2. Ameennn..

Pecal yang Mal buat ni simple je. Hubby yang requested. Kuah kacang tu Mal bancuh yang dah siap dalam packet. Huhuuu.. Aci tak? So kuah yang sepatutnya pekat tu, Mal dah diluted dengan air lebih sikit.


Sayur2 asas untuk pecal, boleh tengok macam yang dalam gambar tu. Kalau kat kampung, Mama Mal letak sotong getah jugak. Kuah pecal tu pulak, semestinya lah Mama Mal buat sendiri. Dan kalau nak ikutkan cara arwah Tok Mal buat, dalam kuah kacang tu, ada daun apa ke namanya tu.. (Adeh.. Serius tak ingat nama) Bagi ada aroma daun tu sikit. Dulu Mal ada tanam kat rumah sewa. Tapi masa awal2 nikah dulu tak sempat nak jaga pokok (sebab lebih menjaga Hubby :p hihi), so pokok tu dah mati semuanya. Huk huk..

Wednesday, March 16, 2011

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi

Last week Hubby outstation 3 hari di Negeri Sembilan. Balik kampung sendiri lah kiranya. Bermalam pun, di rumah Atuk & Wan. Hee.. Jimaaaat kos lodging. :D Sebelum balik ke sini, Hubby belikan telur itik. Rupa2nya kat N9 memang terkenal dengan telur itik ni..

So as usual, ni masakan yang Hubby requested. Telur itik masak lemak cili padi. :) Mal buek tak podeh sangat. Nanti Mal yang "sakit" bila makan. So sederhana pedas ja lah. Cara masak ni Mal belajar daripada Ummi (MIL). Dulu dah pernah cuba masak macam ni tapi kurang jadi sebab telur tu macam berkecai :p Kelam kabut pecahkan telur dalam santan yang menggelegak naik kepala. Huhu.. This time Alhamdulillah dah boleh masak steadily. :D


Bahan2:
  • Telur itik
  • Cili kampung 9-10 biji (Kalau suka pedas, letak la lagi banyak)
  • Santan
  • Kunyit hidup
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Asam keping
Cara2:
  1. Blend kunyit+bawang2+cili kampung dengan santan yang agak cair.
  2. Masukkan terus dalam periuk. Masukkan juga asam keping.
  3. Tunggu hingga menggelegak & pada masa yang sama kena selalu kacau.
  4. Dah menggelegak, pecahkan telur satu persatu.
  5. Bila telur dan keras, baru masukkan santan yang pekat.
  6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Boleh masukkan tomato untuk memeriahkan suasana :p

Monday, March 14, 2011

Kepah Masak Lalalaa~

Ok2, update lah 1 lauk untuk hari ni. :D

2 hari lepas Mal masak 1 species invertebrate (haiwan tak bertulang belakang) yang tak pernah2 Mal masakkan untuk Encik Hubby sepanjang 9 bulan nikah ni. Haiwan tersebut bernama KEPAH!

Encik Hubby memang bagus dan pandai memberi cadangan2 untuk menu tengahari atau makan malam kami. Mal memang suka "kebolehan"nya yang satu ni. Sebab Mal tak perlu pening nak masak apa tiap hari. Agak2 tak tau nak masak apa, just tanya/call/SMS beliau: Abang2, hari ni Abang teringin nak makan apa? :) Hee.. So kepah ni pun cadangan beliau lah. Thank you, Honey!

Errr.. Nama masakan ni Mal tak sure. Bagi lah nama apa2 pun ehhh. Sedar2, Mama Mal ajar masak macam ni.. Bila tanya masak apa, hmm.. Tak tau lah nak kabo. :p


Bahan2:
  • Kepah dibasuh sebersih2nya
  • 1 biji cabai hidup (cili merah)
  • 3 biji cili kampung (Mal letak sebab Hubby suka)
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tangkai serai dititik
  • Segenggam udang kering
  • Sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Air
Cara2:
  1. Tumiskan cabai hidup+bawang2+udang kering yang ditumbuk.
  2. Masukkan juga serai.
  3. Tambahkan sedikit air dan sos tiram, kacau2 hingga mesra.
  4. Bila dah agak mendidih, terus masukkan kepah.
  5. Masak kepah ni hingga cangkerang luarnya berubah daripada warna biru ke warna oren.
  6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa jika perlu.

Kraf Malinja

Assalamualaikum.

Mal ada buka 1 blog baru
khas untuk jualan hasil kraftangan Mal.

Jemput ziarah ke
Kraf Malinja

Bawah ni adalah latest item yang Mal dah pandai jahit~ :D


Jika ada yang berkenan di hati,
boleh lah order dengan Mal melalui email
kraf.malinja@gmail.com

*Bila nak update blog masak2 ni? :p Hee.. InsyaAllah.