Tuesday, February 15, 2011

Sotong Celup Tepung

Sotong goreng tepung atau sotong celup tepung. Mana2 pun boleh. Last 2 weeks masa Mal pi Kuantan tak dapat makan sotong tepung walau seekoq pun. Maka this week, kami pi beli sotong besaq2, then Mal goreng sendiri. Pueh ati den! :D Selalunya Mal guna tepung goreng segera sebab tak tau nak mix apa. This time, Mal cuba campur sendiri. Alhamdulillah menjadi jugak.


Campuran tepung yang Mal guna:
Tepung gandum (Hubby cakap, patutnya guna tepung beras) + serbuk kunyit + rempah kari ikan + serbuk lada hitam + garam + breadcrumbs. Gaulkan semuanya TANPA letak air.

Mula2 potong sotong tu. Tak kisah la suka bulat2 atau potong panjang2. Lepas tu, Mal lap sotong dengan tisu dapur. :p Tujuannya nak serap air. Lepas tu celup la dalam telur dan golek2kan atas campuran tepung tadi. Akhir sekali, gorengkan. Api guna sederhana ya supaya tepung di luar rangup dan sotong di dalam tak liat.

Kali ni buat, krup krap krup krap tepungnya lepas digoreng. Lain kali nak cuba guna tepung beras pulak mengikut saranan Hubby. Nak tengok apa jadi. Ok, selamat mencuba! :)

3 comments:

AshAnas said...

ha'a, guna tepung beras lebih rangup. kalau tepung gandum, jadi cam cucuq sket kan...

The Sniper said...

goreng pon sodap!

Amalina said...

AshAnas: oh eh? hee.. orait insyaAllah next time guna tepung beras :D

The Sniper: mmg goreng dah la ni