Friday, February 11, 2011

1 1 0 2 2 0 1 1

:D Awal Februari, dapuq Mal tak berasap sangat. Cuti2 Malaysia & ikut Hubby outstation. Tempatnya dekat2 ja. Area Kuantan & Ayer Keroh. Reason mengekor mengikut Hubby: nanti kalau kena leg cramp siapa nak tolong luruskan kaki, di samping siapa nak tolong urut badan yang makin sengal2 ni tiap2 malam. :D Lagipun bahaya tinggal kat rumah sorang2 di saat2 makin sarat ni.

So semalam baru kami betul2 ada di rumah. Alhamdulillah. Sampai ja di BBB, terus Hubby ajak ke pasar tani beli bahan2 mentah. Malam tu Mal kena masak. Hubby dah rindu sangat nak makan masakan isterinya ni. (^_^) Masak simple2 ja. Sup sayur dan ikan temenung goreng. Lepas tu ada gulai ikan sumbangan Ummi. Alhamdulillah.

Bawah ni Mal kongsikan few places yang Mal pi makan2 masa cuti2 & outstation. Tak banyak pun. Sebab malu nak snap gambar kat kedai makan. :D

Everytime kami keluar jalan2, Hubby mesti nak Mal masakkan untuk breakfast & lunch. 1) Lebih bersih. 2) Jimat. Gambar atas ni time "brunch". Berhenti kat RnR Kuantan. Mal masakkan bihun dan buatkan sardin untuk makan dengan roti.

Dari Kuantan, kami ke Kemaman. Mal baru tau, Kemaman tu kat sempadan antara Terengganu dan Pahang rupanya. Kat Kemaman ada banyak kedai yang jual sata dan otak2. Keropok lekor pun banyak. Sedap! Tak macam yang dijual kat BBB ni.. Mal ambil gambaq ikan celup tepung ja. Masa sata tu sampai, dah tak dak mood nak snap. Sebab lambat benor menunggunya ha.

Lepas balik dari Kuantan, singgah di Taman Melawati. Tempat Mal tinggal masa kecik2 dulu. Hee.. Dulu2 Mal jadi orang KL tau. Nasi ayam kat medan selera ni memang mendapat sambutan hangat. Senang ja nak cari. Cari yang ada kerusi hijau banyak2. Service bagus. Makanan sedap. Thumbs up!

3 comments:

Adzriel AB said...

amboi..jalan2 cari makan juga mal ye!.. so dah back to bangi?

hyatt^^ said...

beshnye :):)
akak gi umbai ehh?sy gi gk ritu.suke ikan bakar hehe.

p/s: akak nnti sy emel psal order inner tu ye :)

Amalina said...

To Adzriel AB: hehe.. ye kak. kdg2 kena la tukar2 angin yer dok? alhamdulillah skrg da balik bangi da. :)

To hyatt^^: haah umbai. best! selama ni pi medan ikan bakar, xpnh jumpa lg yang best. tp kat umbai ni mmg best lah. :D