Monday, January 31, 2011

Pisang Goreng

:p Resepi cucuq pisang. Ni pun belajaq daripada Encik Hubby ok. Mal ni mana laaa pernah buat cucuq pisang ni. Beli kat gerai ada la. Tak pun dulu2 Mama Mal yang gorengkan. Bertuah sungguh! :D


Apa ke namanya pisang ni pun Mal dah tak hengat. Abang yang belikan lagipun.. Mal tak kenal pun jenis2 pisang. Huhu.. Ada pisang yang sesuai untuk digoreng, ada yang sesuai untuk dimakan begitu saja, ada yang sesuai untuk dibuat serawa atau sira. Macam2 lah.. Nama2 pisang Mal tau, cuma kegunaannya secara spesifik tu yang den lomah sikit. Ada pisang tanduk, pisang nangka, pisang emas, pisang tanduk, pisang kaki, etc. Tau setakat nama ja laaa kan. One day Mal kena sit down and buat research pasal pisang2 ni. Bagus untuk masa depan jugak, kot2 nanti anak tanya.

Mula tu, Mal nak beli tepung pisang goreng Adabi, tapi Encik Hubby tak bagi. Suruh belajaq daripada beliau jugak2 :p Hehe.. So macam mana caranya? Mula2, campurkan tepung beras + baking powder (amik sikiiiiiit ja) + air. Kacau2, then masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak warna sikit, letak la serbuk kunyit. Then masukkan la pisang yang dah dipotong panjang2 dan goreng.

Macam tu ja? Yup. Macam ni ja la yang Encik Hubby ajaq. Mal pi memandai2 tambah kacang tanah tumbuk tu. Mal suka, tapi Abang tak suka pulak. Rasa pelik katanya. Huhu.. Mal rasa lemak2 ja. Kalau letak bijan pun best jugak.

*Kruk2 tau keropok yang terhasil keliling pisang ni. Cuma agaknya Mal terrrrlebih sikit baking powder. Ada keropok tu macam nak patah la jugak gigi bila tokak (gigit) :p

Friday, January 28, 2011

Nasi Goreng Cina

Tiada kena mengena langsung dengan CNY yang bakal menjelang few days lagi. Ni Encik Hubby yang requested untuk dinner kami 2 malam yang lepas sementelah wifeynya sangat laaaaah "rajin" nak masak. :p Kadang2 mood nak masak tu tak dak ok. Sebab mood bertukar kepada mood menjahit. Hee.. Sorry Abang!

Here we go. So easy peasy. Campak2 ja semua bahan. Huhu.. Best jugak dihidangkan dengan keropok. Hohoo stok keropok balik Jerteh raya Qurban hari tu dok ada berkandaq lagi di dapuq nu.

Bahan2:
  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • Udang kecil
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • Sayur2 keras :p (Mal letak jagung, carrot & brokoli)
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Garam secukup rasa
Cara2:
  1. Tumbuk bawang tu semua dan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan udang kecil2.
  3. Masukkan carrot yang dipotong panjang.
  4. Masukkan nasi dan gaul hingga mesra.
  5. Buat lubang di tengah2 kuali, masukkan telur 2 biji telur yang telah dipukul. Kacau hingga agak "keras" :p (Macam mana eh nak habaq, ala sampai jadi macam scrambled egg tu). Kemudian gaul dengan nasi.
  6. Masukkan sos tiram, garam dan lada sulah secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan jagung & brokoli. Mal masukkan last sebab Mal rebus dulu jagung & brokoli ni.
  8. Kacau mesra semua bahan.. Siap! :)

Thursday, January 27, 2011

Diet For GDM - Dinner Day 2

Gambar daripada phone camera baru nak upload. Hari kedua di siang hari kan makan sakan.. Ingat kan malam tu nak makan biasa2 ja tapi petang tu kami ke pasar malam beli bahan mentah. Then after Maghrib, pi Alamanda pulak beli barang2 rumah. Mal memang tak sempat nak masak la. Lepas shopping semua, Abang ajak ke Serdang, nak makan western food.

Encik Hubby minum teh tarik gelas besarrrrr punya :p Mal ordered barli ais. Lama tak minum.

Hee.. Order makanan yang paling murah di situ. Fish n chip! :D Encik Suami makan Goldon Blue Chicken. Oh "berkhasiat"nyaaaaa!!! :p

Diet For GDM - Breakfast Day 4

No pic sebab Abang bawak digicam pi sekolah. Ada ceramah hari ni kat salah sebuah sekolah di Serdang sana. Mula2 terasa nak makan capati. Tapi bila tengok expiry date roti tu hari ni, Mal tukaq plan.

Kiranya pagi ni Mal makan stail yang sama dengan diet Mal pada first day. Selagi boleh makan, MAKAN! InsyaAllah.. Abang suruh makan benda lain dan ajak Mal pi beli nasi kerabu, sebab Abang kesian tengok Mal dok pedo (tahan2) makan. Hmm.. Tapi Mal risau berat naik 3 kg lagi bulan ni. Tak sanggup nak minum air gula lagi. Lebih tak sanggup bila dapat double cop as GDM patient. Nau'zubillah..

Wednesday, January 26, 2011

Diet For GDM - Breakfast Day 3

Hari ketiga, Mal cuba semula makan oat. Kali ni ikut saranan Mama supaya tambahkan potongan kiwi, juga ikut saranan Ummi supaya cairkan oat dan makan panas2. Alhamdulillah tekak ni dapat terima. Cuma masa 4 5 suapan terakhir tu terasa oat ni makin pahit. Awat tatau.. (-__-) Syukur la adanya buah kiwi tu yang melajukan proses menelan. Yeah, berjaya! Alhamdulillah~ :)


Minggu ni Alhamdulillah banyak stok buah2an kat rumah. Abang belikan sekotak limau 2 hari lepas. Beraya limau lah kami! Asal lapaq ja, Mal kupas limau. Dalam sehari, 3 4 biji la jugak. Huhuu.. Selain limau lokam ni, ada stok tembikai, kiwi, epal dan pisang. Mengikut cara pengambilan yang betul, buah2an memang kena makan banyak tapi kena pelbagaikan warnanya. So here ada warna orange, red, green and yellow. :) Macam tu jugak dengan sayur. Kena pelbagaikan warna.

Happy Chinese New Year to my labmates!

Tuesday, January 25, 2011

Diet For GDM - Breakfast & Lunch Day 2

:D:D:D:D:D Err... Hari ni macam agak "melampau" gaya pemakanan Mal. Huuu..

Breakfast: Milo O ais, roti canai segera (Mal goreng sendiri) 2 keping, gulai ayam (semalam) dan sebiji limau. Milo tu.. Letak 1 sudu kecil gula ja. Tak guna condensed milk pun. Tapi ada ais walaupun breakfast awal2 pagi :p Ais tu pulak, Mal pepak2 macam makan kacang. Hee..

Tak ada snek jam 10 pagi sebab hari ni agak busy. Mal ke UKM sat.. Jumpa Kak Salwa, senior Mal, then sembang2. Kakak senior merangkap ex-housemate Mal ni dah nak fly malam esok ke UK, untuk PhD attachment for 3 months. Mal jumpa sebab nak mintak sign borang hospitalisation & surgical claim. Kak Salwa ambil takaful dengan Hubby Mal, so Mal ni ala2 PA untuk Encik Hubby la. :D

Last week Kak Salwa masuk hospital, kena demam denggi. Kakak cakap, pi hospital gomen, depa buat tak tau ja sedangkan badan dah lemah2. That's why pi private hospital. Alhamdulillah dengan adanya medical card, hanya perlu bayar 10% daripada total cost. Kakak masuk wad 2 hari 1 malam ja, tapi kosnya saja dah cecah lebih RM1k. Dah maklum kot.. But no worries sebab ada medical card. :) Alhamdulillah..

Pesanan penaja: Sesiapa yang masih belum ada takaful tu, elok la cepat2 ambil. Kalau nak dengar penerangan lanjut, boleh contact Encik Hubby Mal. Feel free to visit his blog. :) Habis ja jumpa Kak Salwa, perut dah berkeroncong amat. Dalam fikiran ni dah terbayang2 nasi beriyani Anje di Seksyen 15. Apa lagi, syiuuuuuuu.. Terus ja Mal memecut ke sana.

Ni lah lunch Mal. Nasi beriyani Anje, lauk ayam kampung goreng berempah. Ayam besaq, nasi berlambak. Yeay!!! :p Mal lapaq yang amat, so habis licin sepinggan bok ni. Alhamdulillah.. Airnya, air kosong ja. Then makan sebiji lagi limau. (Ada sekotak tuuuu.. Memang seminggu ni makan limau sokmo laaa.. CNY mood!)

Dah habis makan, baru terasa nak muhasabah. Eh pagi tadi dah makan gulai, lunch pun gulai jugak. Ayam goreng pulak tu..Wuu.. InsyaAllah malam ni Mal cuba cari makanan yang kurang kolestrol.

Udang & Ketam dari Kudat

Balik kampung hari tu, kami disajikan dengan seafood yang bersaiz XXXL. Ya Allah, seronoooook lah sangat!! :) Adik Mal yang kerja di Kudat belikan. Dia balik kampung sat, cuti seminggu.

Hai, nama saya Encik Crab.

Ini semua kawan2 saya. Gemuk2 kan kami?

Udang dipaksa rela posing atas papan landas.

Ada banyak ekoq. Dah bahagi2 ke saudara mara yang lain separuh.

Bila call adik Mal ni, dia asyik dok cerita pasai seafood sebesaq peha. Udang besaq la, ikan besaq la, sotong besaq la, ketam besaq la.. Tok sah la dok sembang kemaih tapi tak bawak balik apa2 kan. :p Tunjuk la bukti baru buleh percaya. So nin diaaaa dia bawak balik buktinya. Dia bawak balik 1 kotak besaq ketam dan 1 kotak besaq udang. Beraya sakan lah kami..

Asalnya Mama nak buat ketam rebus tapi Mal masih fobia dengan denggi 2 tahun lepas. Sejak hari tu Mal memang tak lalu nak makan ketam rebus. So Mama goreng dengan garam kunyit lagu tu ja. Udang tu pun sama. Subhanallah, manis amatttt isinya!!! Hmm.. Haruslah kadar kolestrol kami anak-beranak naik mencanak2 few days ni. Huhu.. Mal lupa nak ambil gambaq bila dah dimasak. Sangat teruja nak makan punya pasal. :D

Lepas ni insyaAllah sama2 betulkan diet semula ok. Shekali shekala layan seafood banyak2 takpaaaaa.. :p

Monday, January 24, 2011

Diet For GDM - Lunch & Dinner Day 1

Untuk lunch pulak, Mal masak moi. Kat rumah tak dak stok bahan2 mentah lain selain ayam, kentang dan lobak merah. Then godek2 peti ais, jumpa la sikit kacang tanah mentah, daun sup & daun bawang. Alhamdulillah boleh jugak tambah2 dalam moi ni. Untuk masak moi, Mal guna beras basmathi Moghul keluaran Faiza. :p Hee.. Saja guna beras mahal sikit. Lagipun tak luaknya stok beras tu. Moi ni guna 2 genggam beras ja.


First lunch, jam 12 tengahari. Second lunch, jam 3 petang. Hee.. Lapaq tau! Sebab untuk lunch, Mal cuma hadkan 1 mangkuk moi. Selalunya Mal makan 3 mangkuk. :p

Ok untuk malam pulak, Mal masak gulai ayam dan telur dadar untuk Encik Hubby. No vege. Kami tak dan nak pi shopping bahan mentah lagi. Ohohoooo sangatlah cantik corak sos tomato atas telur dadar tu. Encik Hubby tuangkan. (^_^)


Untuk dinner, Encik Hubby makan nasi putih macam biasa, tapi Mal makan baki 1 mangkuk moi yang Mal masak siang tadi. Gulai ni Mal tak makan, cuma cubit2 sikit ayam dan telur dadar. Daripada tengahari ke malam, airnya Mal banyakkan minum air suam. No milo or sirap. Hee.. Lepas dinner, kami makan buah limau. Encik Hubby belikan sekotak. Yeay!!! I love you, Abang~ :D

Diet For GDM - Breakfast Day 1


Assalamualaikum. :) Alhamdulillah puas rasanya dapat bercuti 4 hari di Aloq Setaq. Handphone pun Mal off ja. Sekarang ni dah dok ada di BBB dah. Sorry la eh kepada those yang tak dapat call atau send SMS. Satgi baru nak reply semua SMS tu.

Ok hari ni 24 Januari kan. So Mal ada lagi 10 hari untuk memperbetulkan cara pengambilan makanan Mal. On 2nd Feb ada routine antenatal check up di KK. Nanti nak depa akan tengok result test yang lepas dan akan decide whether GDM Mal ni ok ka tak. InsyaAllah opefully ok lah.. Mal tengah berusaha nak betulkan diet ni. Semoga kadar gula Mal akan turun. Ameeeeeennnnn... (Ambo tok se dicop sebagai pesakit GDM. Nehi.. Nehi..)

Pagi ni Mal cuba breakfast dengan makanan yang Mal rasa, insyaAllah cukup berkhasiat. Let's have a look on the pic below.


Hee.. Berkhasiat lah sangat kan??? :D Ada segelas (panjang sejengkal) penuh low fat milk, 2 keping roti multiwholegrain fibermeal, strawberry jam, butter dan sebiji epal.

Jam and butter tu Mal sapu sikit ja, alang2 nak kurangkan gula dan garam. Buah tu pulak Mal makan separuh. Lagi separuh nanti nak simpan untuk makan jam 10 pagi nanti. Waktu Mal breakfast ni, 7 pagi. Alhamdulillah mengenyangkan. Tapi la ni dah lapaq semula. Baru 9.45 pagi. Huu... Sabaq2.. Kena disiplin!

Atas ni, gambar snek jam 10 pagi ok. Simple ja.. Berkhasiat jugak kan? :D Ada 3 keping biskut oat dalam bungkusan kecil tu.

Friday, January 21, 2011

Terung Goreng Bersos Tiram

Lauk ni selalu la jugak masuk dalam menu lauk mingguan. Sebab senang nak masak. Huhu.. Sebelum nikah, tak pernah pun masak lauk ni. Lauk ni Encik Hubby yang kenalkan. Tapi Encik Hubby tak masakkan pun la, cuma cerita macam mana Ummi masak, then Mal imagine dan try sendiri. :D

Ok, cara masak. Senang ja.. Mula2 goreng la terung tu. Then ketepikan. Kemudian tumis bawang merah (atau bawang besar pun boleh) + cili padi dipotong + ikan bilis. Ummi tumbuk ketiga2 bahan tu tapi menantu Ummi yang rajin ni potong2 ja. :p At the end memang rasa tak sama ok. Tapi Mal pernah cuba dua2 cara, dua2 pun Alhamdulillah sedap ja.

Lepas dah wangi dan ikan bilis tu macam nak garing, pecahkan sebiji telur dan masukkan sos tiram, kacau2 sikit. Dah sudah tu, terus masukkan terung yang kita goreng awal tadi. Kacau hingga sebati la semua tu. Mal selalunya tak tambah garam sebab sos tiram dah cukup masin dan manisnya. Senang kan? :) Selamat mencuba.

Menang GA Elhyatt Bizz Collection

Senarai pemenang GA Elhyatt Bizz Collection telah pun diumumkan 2 hari lepas. Alhamdulillah Mal terpilih sebagai the Lucky Winner. Seronoknyaaa!!! :) Tak tau lah apa yang bertuahnya, tapi mungkin rezqi baby kot. Nak tengok senarai penuh keputusan, boleh klik kat sini eh. Tahniah kepada kesemua peserta yang mengambil bahagian.


Hadiahnya yang Mal dapat adalah sehelai tudung lycra. Yeayyy~ :D VVIP member selama setahun pun dapat jugak, tapi Mal memang dah jadi VVIP member pun sebab hari tu pi showroom opening di rumah Yati, manager Elhyatt Bizz.

Thanks Yatt!! :) Akak doakan moga business awak ni makin berkembang dan one day awak akan dapat bukak butik sendiri. Raudhah ada kan, boleh la tolong umminya nanti.

Wednesday, January 19, 2011

Udang Celup Tepung + Bread Crumbs


Alhamdulillah menjadik!!! :D Yeayyyy~ Hasil galakan Encik Hubby yang suruh cuba letak bread crumbs. Dah la Encik Hubby belikan udang gumok2! Puas rasanya dapat makan. Hehe... Thanks Abang! Sebelum ni memang dah banyak kali ja masak udang celup tepung tapi tak letak pun bread crumb. Best rupanya tambah sikit bread crumb. Rangup semacam ja udang ni. :p

Mal campur tepung goreng segera :p + tepung jagung + garam & kunyit sikit + bread crumb. Mula2 tu celup udang dalam telur then salut dengan adunan tepung yang dah ada bread crumb tu. Then goreng. Macam ni la hasilnya. Hee..

Kena Mula Makan Oat!

Satu perkara yang tak best berlaku pada Mal. 2 hari lepas, Mal dapat label sebagai pesakit GDM. Semua ni berlaku lepas Mal kena ambil MGTT test pada minggu lepas. Mula2 tu Mal macam ketegaq la jugak takmo buat test tu cuma bila pikiaq2 balik, ini adalah untuk kebaikan baby dan Mal jugak, so Mal went through that test.

Seram sejuk jugak bila dapat call daripada nurse. Nurse suruh pi klinik kesihatan, depa nak ambil darah 4 kali. Alhamdulillah Mal dah pi pun semalam. 4 kali; 8 pagi, 11 pagi, 5 petang dan 9 malam. Sesi malam tu Encik Hubby tersayang temankan. (Thank you Abang~ Sayang tau kalau boleh lagi 3 sesi tu pun Abang nak temankan. Tapi tak pa pun, cuma ambil darah ja. Baby ada ni :) Baby teman Mama..)

Memandangkan semalam pi ambil darah, Mal pun cuba la control makan. Ummi Mal siap bagi oat lagi suruh makan. Thanks Ummi. "SEDAP" rupanya oat ni.. Wuuuu...


Bertuah sungguh makan depan laptop! Nama pun student la katakan.. :p Mal letak la 5 sudu besar oat (macam kat plastik oat tu tulis), campur sikit susu dan air panas. Baunya aduuuuuuuuhhh cukup menyelerakan. Tapi bila dah mula makan, agak berkeriut2 lah jugak dahi ni. Masa tu mula la terpikiaq, macam mana laaaa nak habiskan semangkuk oat ni. Uwaaaaaaaaa~~~ Macam ni rupanya rasa oat kosong! :'( "BEST" amat!

Ok, yang dalam gambaq tu, baki yang Mal tak dapat habiskan. Haha! Ya, Mal tak dapat nak makan sampai habis. Cuma dapat makan dalam 7 8 sudu ja kot. Tu pun Alhamdulillah la cukup untuk menghilangkan kelaparan Mal selama 5 jam. Huhuu..

Oat ni bagus.. Banyak kebaikannya. Kalau tak percaya cuba la baca info2 kat website Quacker Oat. Depa bukan tulis fakta bagai sebab nak bagi laris produk depa, tapi hasil kajian memang dah membuktikan oat ni bagus. Bukan saja untuk pesakit jantung, tapi oat ni bagus untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

Cuba lah sendiri! :D

Sunday, January 16, 2011

Baby Kailan Goreng

Lauk mudah. Gu (ganding) dengan cencaru sumbat untuk lunch tadi. Jarang jumpa baby kailan kat pasar BBB Seksyen 15 atau Seksyen 9. Pagi tadi ja baru jumpa di pasar besar BBB. Terus la Mal beli.


Mal dah pernah tulis resepi ni dulu. Cuma kali ni tukar guna udang kecik2 tu. Mal lagi suka letak udang daripada sotong. Tapi rasanya hampir sama ja pun. :p

Cencaru Bakar Sumbat Kelapa

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu! :)

Pagi tadi after breakfast roti canai kat kedai mamak, Mal & Encik Hubby ke pasar besar BBB. First time pi sana. Sebelum ni kalau nak ke pasar hari Ahad, kami ke pasar tani sebelah Warta tu ja. Hari ni kami cuba ke tempat baru. Ok jugak pasar besar tu. Ada jugak medan selera rupanya selain pasar. Walaupun tak lah besar sebesar namanya, macam2 dok ada di pasar ni. Rasa macam pasar kat kampung. Banyak barang boleh didapati.

So kami pun beli la ikan cencaru a.k.a ikan jaket seekoq dan beberapa ekoq udang. :p Encik Hubby requested nak makan cencaru bakaq. Mal tak pernah buat pun. Menyiang ikan cencaru pun tak pernah. Sebabnya kat kampung tak pernah pun beli ikan ni. Kat asrama pernah la makan sekali dua. Ikan ni kan sangat terkenal kat asrama. :D

Mal selongkaq 2 3 dapuq dan Mal dapati resepi kat dapur Encik Mat Gebu yang satu ni menepati apa yang terbayang di fikiran Mal. Mal terbayang2 cencaru yang makcik dewan makan kolej masa di UM dulu tu masak. Mal tak dapat nak follow 100% resepi Encik Mat sebab banyak bahan tak cukup rupanya. So bawah ni Mal mohon izin copy and paste ya, Encik Mat. TQ. :) Next time nak follow betul2, boleh compare rasa. Kali ni main bedal ja cuba.


Bahan-bahannya:-
  • 3 ekor ikan kembong hijau (Mal guna cencaru saiz sederhana dan 3 ekor kembung.)

Bahan dikisar halus:-
  • 4 ulas bawang merah kecil (Mal guna 1 labu bawang besaq)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (Mal tak guna. Tak dak stok.)
  • 2 biji buah keras (Mal tak guna. Tak dak stok.)
  • 1 cm halia (Mal tak guna. Tak dak stok.)
  • 1 cm belacan
  • 1 camca teh ketumbar biji (Mal tak guna. Tak dak stok.)
  • 1.5 cm kunyit hidup

Bahan lain:-
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 1/2 camca teh jus pekat asam jawa
  • 1 camca teh gula
  • 1/4 camca teh garam
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 helai daun kunyit, dimayang halus (Mal tak guna. Tak dak stok.)

Cara membuatnya:
  1. Potong muncung ikan, tarik keluar insang dan isi perut ikan, berhati2 jgn perutnya terbelah. (Tapi Mal belah ja perut cencaru & kembung tu sebab nak make sure betul2 bersih dalam tu.) Kemudian belah belakang ikan perlahan2 hingga menjadi seakan2 poket. Cuci bersih, toskan dan lumur dgn sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 kisar dan bahan2 lain dan gaul hingga semua sebati dan mesra. Sumbat bahan2 tadi ke dalam ikan sehingga habis. Ikat dgn tali di tiga bahagian badan ikan Gunakan tali jenis cotton dan redam dalam air terlebih dahulu. (Mal tak ada tali. Tak main ikat2, Mal sumbat ja dalam ikan yang mana muat. Hee..)
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C, selama 20 minit. Lepas 10 minit terbalikkan ikan dan bakar lagi 10 minit. Buang tali pengikat sebelum dihidangkan. (Mal tambah lagi 10 minit)
Ikan bakaq kan selalunya kita cicah dengan ayaq asam. Tapi kami cicah dengan cili kicap sebab Encik Hubby nak kicap ni. So tak dak lah ayaq asamnya. Ok dan nice jugak cicah cili kicap. :)

Eh alamak, Mal ada bakaq lagi 3 ekor kembung tapi terlupa pulak nak snap pic sebabnya ikan2 tu dok ada dalam oven. Nak makan malam ni. :p InsyaAllah nanti malam la Mal ambil gambaq ikan2 tu.

-------------------------
*hmm.. no pic of kembung. tak ingat nak snap.. :'(

Tuesday, January 4, 2011

Bihun Goreng + Telur Goyang

Ini pun layankan dulu gambaqnya. Breakfast pagi tadi. Encik Suami ambil cuti, sebab tiba2 appointment Mal dengan doktor diubah tarikh pada hari ni.

Monday, January 3, 2011

Baked Macaroni



Layankan aja dulu gambaq nooo. If got enough time, InsyaAllah I'll put the recipe.