Sunday, February 14, 2010

Buah Munggai Masak Lemak


Lama sungguh haih tak makan buah munggai ni. Last saya makan masa di rumah bestfriend saya di Klang, tahun lepas. Mak dia masakkan lauk macam ni jugak. Mak Cik Mala, emaknya bestfriend saya ni cuba tanya, either Mal kenai ka dak dengan buah ni. Hee.. Mak Cik ingat generasi muda2 belia macam chek ni tak kenai ka.. Ofkossssss chek kenai sebab dulu masa arwah Tok Mal ada, selalu jugak Tok masak lauk ni :)

Oh hehe, lauk ni Mama Mal masak. Bukan Mal ok. Mal cuma tengok sambil ingat2 ja resipi Mama buat ni. Senang ja.

Bahan2:
  • Buah munggai, dipotong 4 inci. Dibuang kulit luar yang hijau.
  • Cili kering yang dikisar
  • Santan
  • Telur
  • Kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Masak cili kering yang dah dikisar dalam santan.
  2. Masukkan juga kunyit dan garam secukup rasa.
  3. Agak2 dah mendidih, masukkan buah munggai.
  4. Bila buah ni dah lembut, masukkan telur.
  5. Bagi didih sekejap.. Tu ja :D

Selamat menchoba!

Baby Kailan Dengan Sos Tiram


Campak2 ja nak masak sayur ni. One of my favourite vege. Baby kailan! :)

Bahan2:
  • Baby kailan
  • Sotong
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cabai hidup
  • Sos tiram

Cara2:
Tumis bawang yang didadu dan cabai hidup yang dihiris nipis2. Diikuti dengan sotong. Lepas tu masukkan sayur baby kailan yang dah dipotong2 dan dibersihkan. Masukkan sos tiram. Goreng sekejap, tutup api. Siap! :)

Kan dah cakap.. Main campak2 ja =P

Lunch Menu: 14 Februari 2010


Tengahari tadi, Mal, Mama dan Adik pi makan kenduri di Jitra. Kenduri anak kawan pejabat Mama. Hari ni ada 2 kenduri. Disebabkan Jitra ni destinasi pertama kami, so Mal pun makan la sikit ja. Konon2 simpan perut, satgi nak pi kenduri kedua pulak.

Balik dari Jitra, singgah ke Pekan Rabu sat. Mal nak pi tengok kedai baju pengantin dan book date untuk facial. Bukan setakat facial, tapi ambil pakej lengkap head to toe. Hamekkk ko! Siap la esok. Mandi bunga, susu, rempah.. Mal macam jadi lauk gulai la pulak. Huhu.. Tapi lepas ja balik dari pekan, kami pun dah malas2 nak pi kenduri yang satu lagi. Haih.. Perut ni dok lapaq balik pulak dah. Sebelum balik tu Mama Mal nak singgah beli nasi ayam. Mal tak bagi. Sebab Mal tak lalu makan nasi kedai dah. So Mal offer nak masak. Ini lah lauk2nya :) Menu kami untuk secound round lunch. Hee..



Saturday, February 13, 2010

BBQ Sungai Tekala 24012010




Seronoooooooooooooooooookkkkk sangatttt!!! :) Kami pi berlima. Kak Aida (Driver kami :p merangkap ketua rombongan merangkap ketua chef merangkap ketua rumah. Hihiii), Kak Non, Kak Salwa, Kak Nur dan Adik Malina yang chomel :p (Saya lah tu).

Ada macam2 tau yang kami bawak. Roti sandwich, jagung, potatoes, sosej, ayam, daging, udang, ikan, sotong, salad. Duhhhhh memang bestttt sangat! Bahan2 mentah tu kami perap malam sebelumnya lah. Sebelum kami semua terjun sungai, kami tolong Kak Aida nyalakan api dan cucuk2 bahan mentah apa yang patut. Mal banyak amik gambaq la. Hihi.. Depa suma buat kerja. :D Tapi ok la what, kalo tak, sapa pulak yang nak merakamkan memori2 indah ni suma.

Banyak nak cerita, tap tak tercerita.. Tak larat menulis :p Ada keja sikit. So tengok lah gambaq2 tu ya :)

Friday, February 12, 2010

Spaghetti Bolognaise


Assalamualaikum semua!
Gong Xi Fa Cai! Hong bao na lai. (^_^) Hihihi..

Kali ini Mal bersiaran secara langsung dari Negeri Jelapang Padi. Wehuuuu!!! Ada kat kampung ni haa. Balik choti2 Malaysia for a week! \(^_^)/ Seronoknya bukan main lagi. Mal sampai kat Alor Setar ni malam Khamis lepas, naik belon. Wakaka. Eksen!

Yang sebenarnya Mal ni "segan" (baca: malas) sikit nak masak bila dah balik kampung ni. Maklumlah, Mal riiiiiiiiiiinnnnduuuuuuuuuuuuu nak makan masakan Mama. Tapi, Mama pun riiiiiiiiiiiiinnnnduuuuuu nak makan masakan Along. Huhuhu. So nak tak nak, Mal kena masak la jugak. Hee.. Semalam Mama cakap nak makan spaghetti. So kami berdua berasak2 la pi Alor Setar Mall kat Tandop. Huih.. Mal macam nak pengsan rasa. Ramainya orang!!! Mostly chinese la pasal depa nak raya kan. Tapi Mama relax ja, pilih2 barang pastu beratur panjang tunggu turn nak bayaq. Huwu..

So inilah dia, menu kami untuk lunch merangkap dinner. Hee.. Makan besaq! Jom tengok bahan2nya. Lebih kurang yang Mal buat dulu. Cuma ada tambahan bahan.

Bahan2:
  • Spaghetti
  • Spaghetti sauce (Kimball sedap. Hehe)
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Minced beef
  • Sosej
  • Baked bean
  • Button mushroom
  • Lobak merah
  • Daun saderi

Cara2:
  1. Macam biasa, rebuskan spaghetti. Tuang sedikit minyak supaya tak melekat. Bila dah kembang elok, toskan.
  2. Untuk kuahnya, mula2 parutkan lobak merah dan daun saderi. Terpulang nak banyak mana. Mal guna sebatang lobak dan 2 batang saderi. Malas nak parut. Hehe.
  3. Kemudian, tumiskan bawang yang didadu.
  4. Masukkan daging cincang. Masak hingga air agak kering.
  5. Masukkan juga sosej yang dipotong sederhana nipis. Masak seketika.
  6. Masukkan sos spaghetti.
  7. Diikuti dengan cendawan dan baked bean.
  8. Akhir sekali masukkan lobak merah dan daun saderi yang diparut awal tadi.
  9. Masak dalam 10 minit. Siap!

Selamat mencuba :) Dalam gambar tu Mal taburkan Parmesan cheese jugak. Sedap! Banyak tau Mal masak. Petang ni nak ajak mak saudara sekeluarga mai makan sama.

Oh ya, hehehe.. Cuba teka kali ni Mama Mal komen apa?
..
..
..

Mama tak cakap apa2. Tapi Mama tambah 2x. Kih kih..
Sedap la tuuuu kan Ma kannnnn.. =P