Monday, January 25, 2010

1431 dan 2010

Assalamualaikum :)

Ehehe.. Fuh fuh fuh.. Tiup habuk sat. Dapuq sini ja berhabuk. Dapuq kat rumah, licin dan bersih sokmo. =P Mal masak. Bukan tak masak. Tap macam yang Mal dok ulang banyak kali tu.. Mal masak lauk simple dan sama, diulang2 sampai naik jemu.. Huhuhu.. Haih.. Tak boleh banyak komplen. Dapat makan tu, dah kena syukur banyak2.. Nikmat Allah nak bagi. Esok lusa bila Allah tarik nikmat makan tu, kan dah tak ceria tengok dunia ni. Huhuhu..

Nak update pasal perkembangan dan pengecutan diri..

Alhamdulillah sekarang ni Mal dah semester 4, peringkat sarjana. Kira sem akhir la tu. Tapi, Mal tak sempat kot nak siapkan writting sem ni. So Mal bajet, sem ni Mal habiskan labwork, analyze data chantek2, that's all. Writting yang sebenar2 writting, insyaAllah nak start lepas honeymoon. Wakaka.. Apa hal pulak tiba2 masuk bab honeymoon kat sini.. =P InsyaAllah tengah tahun ni nak berumah bertangga. InsyaAllah.. Doakan moga Allah permudahkan urusan Mal sekeluarga.

Disebabkan tengah berjuang nak siapkan masters sambil buat preparation untuk berumah bertangga, Mal punya life jadi sangat2 busy. Alhamdulillah. Mal syukur sangat2. Sebabnya, Mal ada target untuk dicapai. Untuk diri Mal, dan keluarga Mal.

Walau sibuk macam mana sekalipun, Alhamdulillah Mal jarang failed untuk masak. (Dah lapaq, mesti la nak makan kan.) Hehe.. Berkat training daripada Mama sepanjang cuti semester. Lagi satu, Mal tengok macam mana Mama Mal sendiri. Mama Mal seorang ibu yang bekerjaya. Walaupun Mama penat bila balik kerja, anak2 Mama tak pernah kelaparan. Itu yang buat Mal kagum dengan Mama Mal. Mama Mal boleh buat, InsyaAllah Mal pun boleh buat.

Lagi satu, Mal tengok bakal mak mertua Mal pun sama. Ibu yang bekerjaya jugak. In the same shoes.. Balik kerja, nak kena masak untuk anak2. Hmm.. InsyaAllah Mal akan jadikan kedua2 ibu yang terdekat ni sebagai contoh untuk Mal terus rajin masak untuk keluarga walaupun penat bekerja. Doakan Mal ya! :)

Banyak pulak Mal bebel eh.. Haha.. Maklumlah.. Lama tak post something here. Ini Mal di library ni. Patutnya waktu 9.30 malam ni dah bersiap2 nak balik rumah. Tapi ni ada kakak housemate temankan. So, may be kami balik lambat sikit la. Nak online di rumah, sellow sangat. Syukur Alhamdulillah library UKM ni dekat dengan rumah.. Mal nak post new entry sikit then sambung dengan projek masters Mal. Hihi.. :)

Oh yang Mal update di atas semua tu adalah pasal perkembangan Mal. So pasal pengecutan Mal, hehehe.. Ada jugak. Berat badan makin turun!!! Adoi la.. Dulu 41 kg. La ni dah 40 kg. Huhuhu.. ='( Nak makan apa eh bagi berisi sikit. Nak kawen dah ni.. Tak kan nak biaq badan kuruih kering.. Hm.. Tak pa lah.. Yang penting, Mal sihat kan.. :)

Ok lah.. Selamat Tahun Baru 1431 H buat semua.. Hehe.. Dah sebulan dah kan.. =P Lambat wish. Apa pun yang kita lakukan, yang kita azamkan, niat semuanya kerana Allah.. Inginkan keredhoanNya..

Salam sayang,
Amalina

No comments: