Tuesday, December 28, 2010

Taugeh + Telur Masak Kicap

Mula2 kan, Mal nak letak title Taugeh Bertelur Masak Kicap. Tapi awat tatau, rasa macam aneh pulak bunyinya "taugeh bertelur" tu :p Kuikui..

Semalam resepi taugeh, hari ni pun taugeh lagi..? Hari2 kat rumah kami makan taugeh ka? Sangat menjimatkan perbelanjaan dapur bunyinya kaaannnnn. Hohooo.. No no no.. Don't get me wrong ok. Lauk taugeh kicap ni Mal masak 2 hari sebelum buat kerabu taugeh tu. Kiranya ni entri tertunggak la. Layankan aja noooo.. :)


Lauk ringkas, so Mal gabungkan bahan2 dan cara2 nak masak lauk ni:
  1. Mula2 tumiskan bawang putih + bawang merah yang dihiris.
  2. Masukkan juga cabai hidup yang dihiris.
  3. Kemudian pecahkan telur, kacau hingga jadi rupa macam scrambled egg tu.
  4. Tambahkan sedikit air dan kicap.
  5. Tambah garam secukup rasa jika perlu. Tak letak pun tak pa sebab kicap dah masin.
  6. Didihkan seketika kemudian masukkan taugeh dan terus padamkan api.
Cepat dan mudah~ :)

Monday, December 27, 2010

Kerabu Taugeh

Menu 2 hari lepas. Nak habiskan stok taugeh dalam peti tu sebenarnya. Mal cuba2 la buat kerabu sebab kebetulan ada kelapa parut dalam fridge. Kewujudan kelapa parut dalam peti ais Mal hanyalah sekali sekala ya. Hihi.. Mak dara zaman moden, mana lah mau perah2 santan ni. Beli santan segar yang dah siap perah tu laaagi mudah! :p

Cakap pasal kerabu, Mal tau buat kerabu pelam ja. Kerabu lain2 Mal tak besa cuba lagi. Maka Mal pun bukak lah buku yang Mal beli few months ago, belek2 cari resepi kerabu taugeh. Memang bagus la buku 1 hari 1 resepi oleh Chef Hanieliza ni. Siapa yang belum beli, sila dapatkan segera. Hee.. :)

Memang berbaloi2 membelinya. :D


Ok mari kita tengok bahan2 dan cara membuat kerabu ni. Mal ambil daripada buku Chef Hanieliza ni tau. Mintak izin kongsi no Chef~ :) TQ. Emmm.. Tapi Mal edit sikit la mengikut apa yang Mal buat. So tak lah 100% sama macam dalam buku. Silalah beli buku tersebut untuk mengetahui resepi asal Chef ya.

Bahan A (untuk sayur)
  • 2 genggam taugeh (buang akar, basuh dan toskan)
  • 1/2 cawan kelapa goreng (ditumbuk)
  • Kerang (ikut lah nak banyak mana :p direbus dan diambil isinya)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • 1/2 biji limau nipis (diperah jusnya)
  • Gula dan garam secukup rasa
Bahan B (untuk sambal - dikisar semuanya)
  • 2 biji cabai hidup (cili merah)
  • 5 biji cili kampung
  • 1/2 inci belacan
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu besar asam jawa
Cara2:
Gaulkan kesemua bahan A dan bahan B. Siap! :D Hihi..

Dalam resepi Chef ada letak lobak merah dihiris2, Mal tak letak pun. Chef tak letak kerang tapi Mal letak sebab ada kerang lebih dalam peti ais. Disebabkan Mal letak sikit cili kampung (Encik Suami suka cili ni), maka bila makan kerabu ni, memang berayaq la hidung Mal :p Tarak tahaaannn.. Pedas la jugak. Huhu.. Sabaq ja la.

Sunday, December 26, 2010

Nasi Mandhi vs Kambing Lada Hitam

Semalam Mal cuba sekali lagi masak nasi "berperisa". :p Dulu buat nasi minyak tak berapa nak menjadi kan. Hee.. Guna beras biasa pulak tu. So semalam Mal guna beras basmathi, buat Nasi Mandhi. Encik Suami yang requested ok, sebabnya Mal ada perap kambing nak buat masak lada hitam.

Kat rumah tak dak stok ayam, tu yang makan dengan kambing tu. Huhu.. Kiranya sos tomato dia pun Mal tak buat la dah sebab ayam bakarnya tak dak. Next time la buat, insyaAllah. Yang penting kali ni Mal cuba buat nasi ni bagi jadi dan sedap dulu.

Hehe.. Ok tak? Alhamdulillah puas hati kali ni. Nasi elok ja rupa. :D

Resepi asal yang Mal dok belek2 adalah dari Kak Raidah. Boleh la pi tengok jenguk2 di dapur beliau. Jauh lagi best daripada Mal buat ni. Kui2.. :p Dan yang penting, lengkap ada ayam bakar, sos tomato & ulam-ulamannya. Kak, mintak izin copy and paste resepi kat sini ya. Next time nak cuba lengkap macam akak buat. Thanksss~ :)

Bahan2 penyediaan nasi:

  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan (Mal guna 1 1/2 pot sebab makan dengan Encik Hubby ja. Then bahan2 bawah ni adjust amount dia sikit2.)
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
No 3 dan 4 tu Mal tak buat la.. :D

Kambing masak lada hitam tu pulak, Mal buat simple macam resepi asal yang Mal pernah tulis dulu. Boleh tengok kat sana eh. :) Dulu guna daging lembu, ni Mal guna daging kambing dan lebih berkuah. Tu ja bezanya.

Saturday, December 25, 2010

Biru Mata Hitamku

Perubahan blog template buat kali kedua dalam bulan ni.
Rajin terlebih sudah..
Begitu juga dengan nama header.
Lebih dekat di hati sebab letak nama sendiri.

Sekian (^_^) Harap maklum.
*Nak pi masak Nasi Mandhi & Kambing Lada Hitam~

Wednesday, December 22, 2010

Ayam Goreng Madu Berempah

Suatu hari (kira2 4 5 hari lepas la), terasa sangat2lah terliuq tengok resepi ni di dapur Kak Dayang Jack. Selalunya perasaan ni biasa2 ja bila tengok ayam goreng. Agaknya resepi ni guna madu koooooottt. Tu yang terbayaaaaaaang2 ja kemanisan ayam ni.. Apa lagi, Mal cuba lah buat! :)

Kak DJ, Mal mintak izin copy & paste kat sini ya. Tiada kerajinan mo menaip. Memang 80% ikut resepi akak ni. :D Entri asal Kak DJ adalah di sini ya.


Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 4 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • garam
  • 3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
  • sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
  • sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)

Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
  3. Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
  4. Hidangkan panas2 setelah masak.

Meeeeeeeemang best lah Kak DJ! :) Encik Hubby sangat suka. Mal puuuuun suka~ Encik Hubby siap pesan, nanti buat lagi lauk ni, masak dengan nasi minyak. :D

Pucuk Kacang Goreng

A quick update~ :)

Siapa pernah makan pucuk kacang? Kacang apa? Hu.. Itu Mal tak sure lah pulak. Nama pucuk kacang ni pun Mal tau daripada label board di supermarket. Hihi.. Mal rasa pucuk kacang ni adik beradik taugeh. Taugeh tu tunas daripada biji kacang. Pucuk kacang yang berklorofil ni daripada biji __________? Siapa tau tolong jawab, ok. Got no time to investigate at the moment. :p So busy like a bumble-bee~

Masa makan di rumah bonda mertua, pucuk kacangnya gumok2. Yang Mal beli ni kurus2 lah pulak. Lagi sedap dan rangup kalau makan yang versi montok2 tu. Baru la terasa nikmatnya. Ni kali ke2 Mal makan pucuk kacang. First time tu of course lah di rumah bonda mertua. Hihi.. Ok kita tengok resepi campak2nya.


Bahan2:
  • Pucuk kacang (Mal beli 2 genggam sebab dia kurus)
  • 1 ketul tauhu dihiris 4 segi
  • 1 ekor sotong dihiris bulat
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara2:
  1. Tumbuk kedua2 bawang, kemudian tumiskan.
  2. Masukkan sotong, goreng sebentar.
  3. Diikuti dengan tauhu, juga goreng sebentar.
  4. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Akhir sekali baru masukkan pucuk kacang. Goreng sekejap saja, 1-2 minit. Siap! :)

Cubalah, instead of asyik makan taugeh! :D

Friday, December 17, 2010

Popia Inti Karipap atau Samosa Panjang? :p

Rentetan kerajinan membuat pemanis mulut. 10 Muharram, Alhamdulillah Mal "ter"rajin lah pulak nak buat cucuq. Tak tau la nak namakan popia inti karipap ka atau samosa berbentuk panjang ka. Pasai intinya Mal buat inti untuk karipap, nak jadikan inti samosa pun boleh. Kulitnya Mal guna kulit popia dan balut pun ikut bentuk popia. Whatever lah kan.. Janji cucuq ni boleh dimakan.

Resepi inti ni turun-temurun. :) Maksud Mal, kalau di kampung lah kan, arwah Tok Mal dulu buat inti macam ni. Mak Su Mal buat inti macam ni. Mama Mal pun buat inti macam ni. So, Mal pun dah terbiasa dan tersuka inti macam ni.

Cara2 nak buat inti ni senang ja.
  1. Tumis 3 ulas bawang putih + 1 biji bawang besar yang dipotong dadu.
  2. Bila dah wangi, masukkan daging cincang. Kalau suka banyak daging, letak la banyak2. Kalau suka ayam, tukaq la guna ayam. Mana2 pun boleh.
  3. Bila air daging dah agak nak kering, masukkan 3 biji kentang (Mal guna saiz sederhana besar) yang dipotong dadu. Kadang2 Mal letak carrot jugak. Masak hingga kentang empuk. Kalau kering, tambah ayaq sikit. Jangan sampai hangit pulak. Api sederhana ja.
  4. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Akhir sekali bila kentang dah empuk dan sebelum tutup api, masukkan daun sup yang diracik2 halus. Wangi! Mal suka..

Mal prefer inti yang macam ni. Tak letak rempah kari pun.

Dapat la dalam 20 biji, gumok2. Puas hati sikit bila gigit. :p 3/5 goreng bawak ke rumah bonda mertua, buat makan2 semasa buka puasa sama2. Bakinya untuk makan sendiri dan untuk disejukbeku. Senang, bila2 lapaq boleh keluarkan dari peti ais dan goreng.

Chomel tak rupa saya? :D Inti padat ok. Harganya 5 kupang sebijik kalau nak buat jual. :p Sebab inti kentang ya, bukan keledek. Daging pun banyak. Hihi..

*Eh awat ada garis2 pulak kat ayat bawah gambaq ni? Huhu.. Mal tak tau nak hilangkan garis tu lagu mana.

Kat sini Mal nak kongsi juga tentang puasa sunat 10 Muharram atau hari 'Asyura. Artikel ringkas di bawah ni Mal petik dari blog seorang ustaz. Moga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Bilakah hari ‘Asyura? Apakah dalil disunatkan berpuasa pada hari ‘Asyura’?

Hari ‘Asyura ialah hari sepuluh Muharram. Abi Qatadah r.a. meriwayatkan; Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab; “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Adakah kita juga disunatkan berpuasa pada sembilan Muharram?

Ya. Hari itu dinamakan Tasu’a. Dalil disunatkan berpuasa hari itu ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; “Tahun akan datang -dengan kehendak Allah- kita berpuasa pada hari ke sembilan”. Berkata Ibnu ‘Abbas; belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah diwafatkan (Riwayat Imam Muslim).

Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi s.a.w. telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.

Thursday, December 16, 2010

Agar2 Milo

Semalam 9 Muharram, Alhamdulillah Encik Suami puasa sunat. So Mal terasa nak buat pemanis mulut yang tak pernah dibuat seumuq hidup Mal. Konon2 mo bikin menu special la buat insan tersayang. Selongkaq punya selongkaq kt dapuq tu, jumpa la agar2 tali. Tu pun tinggal separuh ja dalam plastik. Hmmm.. Jaaadilah.. So Mal pilih nak buat agar2 milo. Sebab cepat dan mudah! :D

Mal tak pandai pun buat agar2. So blogwalking cari2 resepi~


Ni lah resepi AGAR-AGAR MILO yang Mal pilih.

Sumber: Jthorge.
Tapi Mal refer kat dapur Kak Ummi. Resepi dalam BM lagi mudah meresap :p Kak Ummi, Mal mintak izin copy dari akak ya, sebab yang ni lagi lengkap.

Bahan (Lapisan Coklat)
  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan
  • 1 3/4 cawan air (Mal pun letak hampir2 2 cawan macam Kak Ummi)
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk Milo

Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  2. Tuangkan aduna ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  3. Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnt.

Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan)
  • 1 1/2 cawan air (akak lebihkan jadi 1 3/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation
  • beberapa titis esen vanila

Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  2. Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  4. Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.
Agar2 yang Mal buat ni tak dak lapisan susu bawah tu. Huhu.. As I mentioned earlier, agar2 yang ada pun tinggal saki baki ja. So hanya cukup2 untuk Mal buat lapisan Milo. Never mind, next time Mal buat, InsyaAllah nak buat yang ada lapisan susu tu pulak. :)

Sunday, December 12, 2010

Ulam Timun & Sambal Belacan

Menu simple yang selalu wujud jugak di rumah. Mal prefer baby timun ni compared tu timun besaq. Yang kecik2 ni insyaAllah tak kan pahit.


Nak tumbuk sambal belacan ni senang ja. Sediakan 2 biji cabai hidup. 5 biji cili kampung. Belacan 2cm x 2cm. Tumbuk2 sampai lumat. Then masukkan gula dan garam secukup rasa. Tumbuk2 sikit lagi. Masukkan pula air asam jawa. Akhir sekali perah asam limau. Siap! :)

Gulai Tulang

Mal masak gulai tulang ni senang ja. Bahan2 rempah tu kira lebih kurang ja dengan bahan2 nak buat sup. :D Bezanya, sup tu kita rebuih. Gulai ni kita tumis. Mal ada stok tulang 5 ketui ni ja dalam freezer, isi daging2 langsung tak dak. Hantam sajalah..


Bahan2:
  • Tulang lembu (atau daging)
  • Kentang dipotong 6
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Halia dihiris
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Daun kari
  • Rempah kari daging
  • Asam keping
  • Santan (sebiji kelapa)
  • Air masak
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara2:
  1. Tumiskan bawang + halia + rempah2 + daun kari tu hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari yang dah diluted dengan sedikit air. Tumis seketika.
  3. Masukkan sekeping asam keping + kentang + tulang. Masak selama 15 minit. Tambah sedikit air supaya tak hangit.
  4. Masukkan santan. Tambah air mengikut kesukaan. Nak pekat, kurangkan air. Nak ceroi2 :p (cair), tambah banyak air.
  5. Biarkan hingga pecah minyak, kemudian baru masukkan garam.
  6. Didihkan lagi seketika, dan siap! :)

Senang kan? :D

Breakfast 12122010

Hari Ahad yang ceria! Alhamdulillah genap 6 bulan usia pernikahan kami. Moga Allah memberkati rumahtangga ini hingga ke syurga. Ameeen~ :)

Pagi tadi Mal buat roti jala. Kepingiiiiiiiiiiiiiiin bangat.. Adunan roti jala ni senang ja nak buat (resipi sama macam dulu) cuma time nak menjala tu. Wakaka, mencabar jiwa sungguh bila lubang alat menjala tu semacam ja besaqnya. Nak buat roti jala cantik2 macam Kak Hazila tu, chek tak berupaya lah kan.. Warna hijau lagi youuuu! Makanya asalkan nampak rupa macam roti jala dan ada rasa, ok lah.


Agak2 roti jala ni tak cukup, Mal goreng la frozen roti canai jugak. Dan demi nak makan roti jala, pagi2 lagi dah buat gulai tulang tau. Ada tulang 5 ketui ja, isinya tak dak pun. Huhuuu.. Sangatlah sikit. Hajat nak pi hantaq sikit ke rumah bonda mertua pun terpaksa dibatalkan. Tak kan nak bagi gulai dengan kentang tergolek2 ja kan. Lain kali pulaklah nampaknya..

Kawan2 Nasi Minyak

Entri tertunggak :p

Depa dua ni gu nasi minyak tempoh hari. Ada daging masak kicap + ayam goreng rempah + coral salad + tomato.


Daging & kentang, nice. All time favourite.

Ayam tu.. Haha.. Kelihatan aneh di situ. The day before, ayam tu dibakaq. Pastu ada lebih, simpan dulu dalam peti ais. Esoknya Mal alter perap2 ngan halia & bawang putih then pi goreng pulak. Haruslah agak rentung! :p Siapa2 yang pakai gigi palsu tapi tak dilekat dengan Pollident, mesti tak boleh makan ayam ni. Isi keras. Kui2.. Apooooo lah Mal ni! Hagak2 laaa nak alter lauk pun.

Abang, sorry~ :p

Friday, December 10, 2010

Nasi Minyak Mama & Along

Menu Rabu baru2 ni. Saja tukar2, nak makan nasi berkolestrol sikit :p Mal teringat nasi minyak yang Mama Mal & Mak Su kat kampung buat. Sedap sangat..! Masa raya AidilAdha hari tu, Mak Su buat guna beras Basmathi. Haruslah sedap terangkat sampai ada ahli keluarga yang terpaksa gigit jari (sapa soh tidoq tak hengat :p hihi..) tak dapat makan. Mama Mal buat pulak, guna beras biasa ja. Tapi still sedap!

Mal buat? Hahaha.. Nasi lembik sikit. :p Dan.. Tak sesedap sifu2 kat kampung buat. Wuu.. Tapi Encik Hubby setia memuji dan menghargai masakan isterinya. Thanks dearest Honey~ :) Next time Sayang baiki tekstur nasi ni ok. Hihi..

Nasi minyak yang Mama Mal buat~ Tapi bawang goreng tu, Mal yang taburkan tau! :p

Hihi.. Yang ni, mesti la Mal yang buat. Beza? MEEEMANG berbeza! *tutup muka=malu ah!*

Bahan2:
  • Beras (guna Basmathi lagi best!)
  • Minyak sapi
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Daun kari
  • Halia dihiris2 panjang
  • Buah pegaga
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Air mengikut sukatan beras yang digunakan
  • Secubit garam

Cara2:
  1. Panaskan periuk nasi anda.
  2. Masukkan minyak sapi, biarkan ia mencair.
  3. Tumiskan bawang merah + bawang putih + halia + daun kari + buah pegaga + bunga lawang + kulit kayu manis hingga naik bau.
  4. Masukkan air. Tambah secubit garam.
  5. Masukkan beras dan biarkan sampai masak.
  6. Nak hias dengan bawang goreng pun ok, dengan kismis pun ok. :)

Tu ja lah resepi nasi minyak simple. Tak tau lah orang lain masak macam mana.. Sebab belum berkesempatan nak google lagi. Time Mal masak nasi ni, Mal masak sekali lauk daging kicap, ayam goreng rempah, ada coral salad sikit, tomato sikit. Nak makan berdua + baby yang hanya serap zat2 ja, so tak lah sakan sangat lauknya. Bersederhana itu lebih baik kan! :)

Thursday, December 9, 2010

Udang Masam Manis

Lauk satu batch dengan sup tulang baru2 ni, tapi baru nak kongsikan resepinya. Sambil2 tulis resepi, layan CD Maher Zain ni. Baby suka kot, hihi.. Tadi dok aktif menendang. Ni senyap la pulak. In between masa nak bertukar lagu baru, baby tendang balik. Agaknya dia cakap: "Mama, I want more. I want more~" Hee.. :)


Bahan2:
  • Udang (terpulang banyak mana nak)
  • Bawang besar dipotong bulat
  • Cabai hidup dihiris2
  • Daun kari
  • Tomato dipotong 4
  • Sos tomato
  • Sos tiram

Cara2:
  1. Gorengkan udang hingga separuh masak.
  2. Masukkan bawang, cabai hidup dan daun kari. Goreng lagi hingga wangi.
  3. Masukkan sos tomato dan sos tiram.
  4. Kalau terasa nak kuah lebih, tambahkan air ok. Mal tak masukkan pun sebab nak buat agak kering.
  5. Akhir sekali masukkan tomato. Nak masukkan sayur2 lain pun ok, macam brokoli, bunga kobis atau baby corn. Mal tak letak sebab tak ada stok.

Simple tak? Ni resepi time tak beberapa nak rajin :p So campak2 ja lah. Janji mengena di tekak. Oh alamak, lagu For The Rest of My Life lah pulak~ Weeee.. Teringat kat Encik Hubby.. ;) Beliau dedicated this song to me suatu ketika dahulu. Hmmmm.. Layaaannn..

Wednesday, December 8, 2010

New Look

Mood sedang berbunga2 dan ceria for no reason. Setelah setahun lebih menggunakan template lama, hari ni terasa nak tukar. Haruslah letak my favourite colour as the theme; which is PINK! Hmmm.. Rasa lebih segar mata ni. And hopefully kawan2 dan sahabat2 turut merasai aura keceriaan tu bila singgah di dapur kecil Mal ni okeh~ (^_^)

Happy cooking & happy blogwalking!

Tuesday, December 7, 2010

Elhyatt Bizz Collections Giveaway

Assalamualaikum semua.. (=^_^=)v

Selamat menyambut tahun baru 1432 Hijriyyah. Sempena tahun baru ni, marilah sama2 kita tanamkan niat di hati dan berusaha bersungguh2 untuk menjadi the true Mukmin. InsyaAllah.

Gambar pada 10 Zulhijjah 1431. Encik Hubby, me & the baby (inside) :)

Ok stop, Mal bukan nak buat ucapan panjang2. Hee.. :p Taaaaapi, yang sebenarnya...

Mal nak ajak para bloggers sekalian join GiveAway (GA) yang dianjurkan oleh:

Klik di sini untuk mengetahui syarat2 lanjut tentang GA.
:) Jom la join, kawan2! Mudaaaaaah sangat.


Nampak tak gambar Mal & Encik Hubby kat atas tu? :) Jubah cantik yang Mal pakai tu, Mal beli dari junior Mal (semasa di UM dulu);
Yati, pemilik ELHYATT BIZZ ONLINE SHOP ni lah.

Apa yang buatkan Mal tertarik dengan jubah ni?

  1. Sulamannya yang veeeery nice. :) Kat kedua2 tangan ada, kat dada pun ada hingga lah ke kaki. Tak nampak sarat lebih2 pun, nampak sweeeeet ja.
  2. Kat depan jubah ni, dia ada 2 lapis macam princess tau. Macam yang Mal pakai tu, hitam di luar, tapi bila Mal jalan2, dia terbuka di tengah menampakkan yang bahagian dalam berwarna turqoise yang sweet tu. I like! :D Eh cup, kat hujung tangan tu pun ada bahagian yang terbuka2 nampak bahagian warna turqoise tau.
  3. Walaupun 2 lapis dan warna hitam, tak panas pun jenis kainnya. Again, I like!
  4. Batu dia yang banyak2 tu memang cantik (Mal tak bilang :D tapi ni Yati yang cakap; ada lebih 400 biji batu), tak tanggal pun setelah dibasuh.
  5. Paling Mal suka adalah kerana jubah ni tak terlalu labuh (55 inci). Spesies "renek dan chomel" memang agak sukar nak cari jubah ok. So jubah ni walaupun Mal terpaksa potong sikit 2 3 inci, sulamannya tetap tak jejas. Dok elok lagi. Alhamdulillah~ :)
Nak tambah sikit, jubah ala princess ni adalah hot sale item yang ada di ELHYATT BIZZ ONLINE SHOP. Memang selaaaaalu ja customer yang mintak re-stock. Mal pun pada mula2 tu kuciwak sebab tak dapat beli masa mula2 jubah ni keluar. Tapi bila nampak ja si Yati restock untuk 2nd time, Mal terus rembat! :p Jubah ni cantik lagi sweet. Haruslah ramai yang membeli.

Hari ini dalam sejarah; Mal join GA sepanjang hampir 7 tahun dalam dunia blogging. Yati, silalah berbangga no pasai Akak pilih untuk join GA awak. :D Semoga business awak bertambah kencang dan cepat2lah announce showroom opening. InsyaAllah boleh pi singgah. :)

Oraitsss, Mal nak tag:

Tarikh tutup penyertaan adalah 18 Januari 2011.
Jadi, jangan lepaskan peluang~ :)

Bengkang Roti Mama

Resepi seterusnya.. Nin diaaa! :D Bengkang roti Mama~ Bengkang tu bingka lah. Orang sebelah negeri chek memang panggil bengkang.

Mama chek yang ajaq buat bengkang ni, so haruslah chek letak nama Mama. Kat mana Mama belajaq buat? Chek tatau sebab daripada kecik2 dulu lagi memang ni lah dia pesennya bengkang roti yang Mama buat.

Tak susah pun tau resepinya. Simple. Yang penting, SEDAPPPPP!! :) Puding ni akan muncul di rumah bila ada stok roti berlebihan. Kiranya hari ni atau esok adalah expiry date roti tu, maka hari ni adalah hari yang selalunya puding roti ni dibakaq. :p


Bahan2:
  • 6 keping roti
  • 1 peket santan (kes tak dak santan segar)
  • 2 biji telur
  • Tepung gandum
  • Gula
  • Garam secukup rasa
  • Esen vanilla

Cara2:
  1. Roti direndam dalam santan. Carik2 la sikit na. Biarkan ia lembut.
  2. Pukul telur dengan gula. Kemudian masukkan ke dalam campuran roti dan santan tadi. Gula tu terpulang la nak manis tahap mana.
  3. Masukkan tepung gandum. Banyak mana? Huhuu.. Ni yang lomah ni.. Chek agak2 ja. Agak2 adunan tu tak lembik/cair sangat.
  4. Masukkan garam secukup rasa + esen vanilla. Kacau sebati.
  5. Adunan dipindahkan ke loyang, bakar pada suhu 180C selama 45 minit. Guna api atas bawah.
*Kismis tu chek saja2 letak :p

Please be noted, kadang2 memang Mal payah sikit nak bagi sukatan yang tepat. Bagi Mal, dalam dunia masakan, masing2 punya citarasa tersendiri. Kadang2 kita dah bagi sukatan tepat2 pun, hasilnya tetap tak sama. Hihi.. So, suka suki lah sukatan tu nak letak banyak mana. Boleh tak? :p

Ok ya, selamat mencuba~ :) Mal nak sambung tulis tesis. Kena siapkan cepat2 sebelum baby lahir. Doakan Mal! :)

Sunday, December 5, 2010

Sup Tulang Daging

Menu untuk lunch hari ni. Encik Hubby tercinta yang requested, nak sup tulang katanya. :) Anything for you, dear honey~ Stok tulang lembu ni diimport khas dari Langgaq. Masa Hari Raya AidilAdha hari tu, Encik Hubby & mak saudara Mal ada buat qurban sikit. So ni daging qurban lah ni, insyaAllah daging yang ada barokah :)


At first nak try letak rempah bunjut Adabi tu, tapi tengok2 dah expired :p Tarikh luput Julai yang lepas. Hehe.. Rempah bunjut tu Encik Hubby yang belikan untuk Mal sebelum kami nikah lagi. Kih kih.. Tahun lepas punyaaa~ Tapi Mal tak guna2 pun sebab tak pernah berminat nak guna. Prefer himpun rempah2 sup sendiri. So bila belek2 kat plastik rempah bunjut tu, baru Mal tau bahawa dalam bungkusan bunjut tu, rupanya dia dah letak bahan2 rempah yang selama ni memang Mal guna untuk masak sup. Hayooooooohhhhhhh.. Chek baru tau!!! :p

So here adalah resepi sup yang Mal masak hari ni:

Bahan2:
  • Tulang lembu + ada daging sikit2
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Lada hitam
  • Jintan manis
  • Ketumbar
  • Kentang dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup
  • Bawang goreng
Cara2:
  1. Dalam periuk, masukkan tulang + daging sikit2, air dan rempah2.
  2. Masukkan juga kentang.
  3. Masukkan akar dan bahagian bawah batang daun sup yang dibasuh bersih.
  4. Rebuskan hingga daging empuk.
  5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
  6. Hias dengan bawang goreng dan daun sup yang dihiris2.
  7. Senang takkkkk? :D

Untuk tambahan, buatlah sambal kicap. Mesti terangkat punya! :D


Encik Hubby makan berpinggan2 :p Heee.. Hatiku gembiraaaaa, seperti biasa! Alhamdulillah~ Siap cakap, nanti mesti anak2 kita suka masakan Mamanya. Duhhhh.. Tambah berbunga2 hati den. Thanks Abang ya, I loooooooooooove you~

Tuesday, November 30, 2010

Welcome December~

Oh tidakkk.. Dah menghampiri akhir tahun.. Banyak azam tahun 2010 dah terlaksana Alhamdulillah. Tapi banyak jugak yang masih beluuum. Sapa suruh letak target banyak2 kan. :p



Menuju ke gerbang 2011, terasa diri ni maaaaaaaakin sibuk. Dalam kepala ni tak payah cakap la. Memang macam2 dok ada. Antara perkara utama yang dok terpikiaq, mestilah pasal anak yang bakal lahir ni (insyaAllah doakan perjalanan ini dipermudahkanNya), pasal tesis yang tersekat2 dan pasal duit. Huhuuuu.. Cakap pasal anak dan tesis, ok lagi. Tapi bila sebut pasal duit, hubby pesan janganlah stress sangat pikiaq. Perempuan.. Biasalah.. Suka pikiaq lebih2. Huhuu.. Dan Mal ni, tiap hari pikiaq macam mana nak top up duit poket sendiri. Elaun belajar dah tamat. Sebab dah lebih tempoh masa. :p

And now.. I'm thinking of selling kuih-muih & moist chocolate cakes!

Ni gara2 nak menampung kos shopping Mal la ni :p Untuk keperluan harian, insyaAllah mencukupi. Tapi untuk shopping dan persediaan lebih sikit untuk baby ni, terasa haruslah mencari side income. Dah nampak dah tempat nak menghantar kuih tu. Senarai kuih yang rasa2nya boleh dibuat tu pun dah ada :D Cumaaaaaaaaaaaaaaaaa... KeRAJINan tu masih belum mai. Duhhhh..

Haih.. Tak boleh jadik! Kejayaan tu bukan milik orang yang suka mencari alasan! Untuk tahun hijrah dan tahun masihi yang baru ni, kena improve diri. WAJIB! Go go Amal go! (^_^)

Ya Allah.. Bantulah kami ya Allah.. Permudahkanlah urusan kami ya Allah.. Jauhkanlah diri kami dari hutang dan kemiskinan ya Allah..

Friday, November 12, 2010

Dinner 12 Nov 2010


Sabtu, 13 Nov 2010.

Menu hat malam tadi.. :D

Gulai ikan temenung semalam (jasad ikan pun dah terputus dua), sambal tumis ikan bilis semalam, butterhead lettuce & telur rebus yang dibuat salad. Recycle! Tak baik membaziaq ok :p Syukurrrrrr Alhamdulillah ada jugak lauk nak makan. Berapa banyak manusia kat luaq sana yang makan nasi putih dengan garam ja.. Fikir2kan..

Kecuq Ayaq Liuq Chek! :p

Sabtu, 13 Nov 2010.
(Huu.. Macam mana nak ubah tarikh kat blog ni ehhhh.. Lambat sehari tarikhnya.)

Pagi semalam pi ke lab, jumpa Kak Kinah nak bagi tesis senior dan bincang few things related to our MSc project. And after that, Kak Kinah bagi buah kedondong ni. Weee... Kak Kinah cakap ada baaaaaanyak kat rumah. That's why bila nampak buah ni dah masak, Kak Kinah teringat kat ibu mengandung sorang ni :D Hee.. Thanks kak!


Mal tak la reti sangat nak makan buah kedondong. Tapi pernah makan la suatu ketika dahulu. Kat kampung Mal, depa panggil buah amra kot. Hmmmmmm I think sooooo. :p Rasa buah ni masam2 yang tak ekstrim. Sesuai la untuk lidah Mal sekarang ni. Hihi..


Hohohooooo.. Pelam epal!!! :) Sepanjang mengandung ni, tiap kali teringat pelam epal, mesti taaaaaaappppp taaaappppp taaaapppp. Hehe.. Kecuq ayaq liuq chek! Alhamdulillah syukur tak susah nak dapatkan buah ni. Tiap hari Selasa atau Sabtu, ada dijual di pasar malam BBB Seksyen 15. Dia jual 2 jenis, yang muda (isi masih putih kehijauan) atau yang dah agak masak (isi kuning2 tapi tak lembik, rasa masam2 manis). Bau pelam epal, memanglah saaaaaaangat haruuuummmmm! Bila dah masak, isinya manissssssss... Memang terbayang2 ja buah ni selalu.


Taraaaaaa..!!! Dah siap dipotong. Makan masa relaks2 tengok cerita Ahmad Durrah malam semalam. Hihi.. Encik hubby yang ajaq buat colek tu. Hanya campurkan kicap dan gula. Sedap lah pulak. Mama Mal buat ada cabai2, belacan2 sikit kot. Whatever la, asalkan sedap. Mal memang tak tau buat langsung sebelum ni.. :p See, buah pelam tu dah masak ranum. Ni stok buah yang akhir2. That's why dia dah "ter"masak dan lembut macam tu. Lembut2 macam tu tak payah cicah dah pun tapa sebab dah manis kan.

Petang ni nak pi beli lagik! (^_^)

Oh ya, orang cakap bila mengandung tak elok sangat makan masam2. Tapi kalau teringin, makan masam2 buah tak pa. Sumber asli. Betui ka?

Ikan Bakar Ala Portugis

Hari apa eh Mal masak ikan bakaq ni? Tapi baru2 ni la. Kalau tak silap, weekend yang lepas. Ya ya baru ingat, Mal masak masa hari Ahad baru2 ni. Heee.. Pagi Ahad tu Mal & hubby pi pasar tani di BBB ni. Hubby nampak ikan pari dan tanya nak tak, boleh buat bakaq2. Mal pun ok ja sebab dah lama jugak tak masak ikan pari (dalam 3 4 tahun jugak kot). Huhuu.. :D

Resepi asal nak masak ikan pari ala Portugis ni Mal tengok kat maaaaaacam2 blog. Saja nak tukaq angin. Tapi rujukan utama Mal adalah dari dapuq Kak Ummi dan Kak Dayang. So kalau nak resipi penuh boleh singgah dapuq akak berdua tu ya. :) Thanks kakak2 for sharing.


Kat bawah ni adalah bahan2 dan cara2 yang Mal modified gara2 tak cukup (dan tak rajin nak mencukupkan) bahan :p Jom tengok.

Bahan2:
  • Ikan pari saiz sederhana
  • 1/2 biji limau nipis
  • 1 sudu kicap
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan2 untuk dikisar halus:
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu teh belacan

Cara2:
  1. Tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi.
  2. Masukkan kicap, jus limau, garam dan gula dan kacau rata.
  3. Lumurkan ikan dengan sambal yang ditumis sebentar tadi.
  4. Bungkus ikan dengan aluminium foil (sebab Mal tak ada daun pisang).
  5. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.

Hihi.. Tu lah caranya Mal buat. :p Ada kombinasi resepi kakak2 tu. Dah siap bakaq semua, cicah la dengan ayaq asam. Gambaq ayaq asam Mal lupa pulak nak snap. Wuwuwuuu.. Tak pa lah, ada gambaq ikan pun cukuuup..

Tuesday, November 9, 2010

Moi & Ikan Talang Masin

Semalam sorang2 ja kat rumah. Hubby tak dak, :'( outstation pi JB. Pagi dah breakfast macam2 dah, tapi bila mai ja waktu dalam kui 11 macam tu, perut dah lapaq dik2. Ya, semenjak mengandung, memang makan dan mengunyah tak berhenti2. Lapaq sedia! Pulak tu tengah menulis tesis. Lagi la cepat lapaq. Lapaq mental & fizikal. :P

Punya la nak cepat, so terpikiaq nak masak moi. My pebrettttt!!! :) Tapi dah lama tak makan sebab morning sickness. Hee.. Walaupun sedaq bahawa bahan2 nak buat moi yang lazat meletup kaw2 tak dak, tapi Mal gagahkan buat jugak. Asalkan dapat rasa ke"lemak"an moi. :D Mal masak satu periuk (kecik ja :p). Dapat la 4 mangkuk dan Mal habiskan dalam masa 3 jam. Baby ni yang lapaq.. Bukan Mal :p


Teringat ada ikan talang masin yang beli kat kampung dulu, so Mal rajin2kan diri goreng ikan masin tu, sama2 bawang merah dan cili kering yang dihiris2.

Di bawah ni adalah resepi moi versi tak lengkap.

Bahan2:
  • Beras dan air (suka hati lah nak banyak mana, ikut citarasa masing2)
  • Garam secukup rasa
  • Santan
  • Halba
  • Serai dititik

Cara2:
  1. Basuh beras, boh ayaq.
  2. Masukkan serai dan halba.
  3. Masak sampai jadi rupa bubuq. Moi tu bubur la ok.. :p
  4. Bila dah jadi moi, masukkan santan dan garam.
  5. Kacau mesra. Masak dalam 10 minit lagi.
  6. Siap. Boleh la makan dengan ikan masin tu. :)


Ini kalau ada daging/ayam, kacang, udang kering, kicap, kacang tanah goreng, daun bawang, daun sup, laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaagi syiooooookkkk! :) Kalau rasa2 bahan2 tu ada dalam peti ais hampa, silakan lah menambah. Selamat mencuba. :)

Monday, November 8, 2010

Update Cepat! :p

Assalamualaikum :D

Ada benda baru yang Mal letak kat blog ni. Ada perasan kah? Hee.. Baru ja semalam register. Hmmmm.. (Masih malu2 nak reveal). Tapi bila letak "benda" tu, haruslah sentiasa update kan blog kita. Sebelum ni bukan tak rajin update. Cuma morning sickness sangat menjadi2 2 3 bulan ni, maka nak masak pun tak lalu. Hatta tengok gambar makanan pun kadang2 meloyakan. Wuuu..

But now, ALHAMDULILLAH!!! :) Getting better. Rasanya dah boleh kot nak masak2. Ada few recipes yang Mal insyaAllah bakal update soon. So silakan bersabar. Bajet ramai yang ziarah blog ni. :p


Monday, September 27, 2010

Cerita Pasal Ramadhan dan Syawal 1431

MasyaAllah.. Bersawang! Yoshhhhh!!! Fuh fuhhhhh!!

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Selamat hari raya Aidilfitri. Huhuuuuu.. (Sangatlah lewat wish nya laaaaaa hai!). Dah habis puasa sunat 6 hari di bulan Syawal belum? Bagi yang dah habis, Alhamdulillah. :) Bagi yang belum, cepat2lah melaksanakan. Ada masa lagi ni.

Rasululullah cakap apa pasal ganjaran pahala puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal ni? Rasulullah cakap, sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari di bulan Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun. Wow weeeeeeeeeeeeeeee!!! Tak ke banyak tuuuuuuuuuu??? Cuba fikirkan, larat ke kita ni nak puasa setahun lamanya? Puasa sebulan pun dah ketaq2 pala lutut kan sambil dok membilang hari bila lah nak raya. Astaghfirullahal'azeem. Tepuk dada, tanya iman! :)

Cakap pasal puasa, Alhamdulillah tahun ni Mal dapat puasa penuh. :D Hihi.. Thank you Allah. Dan Ramadhan kali ini juga adalah Ramadhan yang sangat bermakna bagi Mal dan suami sebab ni kali pertama kami dapat berpuasa bersama2. Jugaaaaaa bersama sel2 yang akan develop menjadi fetus. :D Alhamdulillah.. Dari segi masak2 sahur, berbuka, Alhamdulillah tak jadi masalah. Ok sokmo.. Mal dan suami berselera ja makan.

Tapi masuk saja hujung2 Ramadhan dan berlarutan hingga ke Syawal (dan hingga sekarang), Mal dah mula mengalami loya2 dan kesukaran untuk terima makanan kat mulut ni. Perut memang lapaq sangat2222... Tapi tekak jadi kembang bila tengok makanan. Huhuuuuuu.. :( Tengok nasi pun tak lalu. Jangan kata tengok, bau pun macam dah tak selesa. Cumanya bila fikirkan Mal ni kena ambil makanan yang berkhasiat, Mal telan la jugak. Lagipun, selagi nasi tak masuk perut, selagi tu lah perut rasa kosong semacam walaupun dah telan satu bungkus roti Gardenia Butterscotch tu. Huuu.. Dasyatkan.

Yes, roti2 ni memang Mal berselera ja nak makan. Pizza puuunnn!! :D Padahal dulu tak la suka makan roti. Oh ya, nasi yang Mal berselera nak makan adalah nasi lemak. Haha. Sungguhlah tak berkhasiat kan... :p Ada sekali tu, rasa loya2 mual2 bagai, tapi bila terjumpa nasi lemak, Mal telan 2 bungkus sekaligus. Dalam hati nak makan 3 bungkus, tapi bila suami pesan makan berpada2 so Mal makan 2 bungkus ja la. Lagipun time tu kami sedang travelling. Takut jugak badan berangin tak pasal2 muntah semua balik kan.

Ok, sedikit cerita pasal raya. Raya pertama hingga ke4, kami di Besut, Terengganu (kampung sebelah suami). Syawal ke 6 barulah kami pulang ke Alor Star iaitu rumah parents Mal. Oh sangaaaaaaaaaaaaaaatlah seronok!!! Sepanjang2 raya hingga ke saat ni, Mal tak pegang senduk kuali pun. Cuti masak!! Huuuuu..

Sebelum2 ni tak pa lah, ada Mama, ada Ummi yang tolong masakkan. Tapi bermula hari ni, Mal lah kena masak sebab kami dah balik rumah kami sendiri. Wuwuw.. Kena bertarung dengan perasaaan nampaknya. Tak kan nak beli kan. Mal dan suami memang tak lalu sangat makanan kedai ni.

InsyaAllah, untuk Abang dan untuk kesihatan fetus, Mal akan cuba juga masak makanan2 yang berkhasiat. Go Amal go!!!!

*Mulut rasa tak sedap, tekak rasa kembang loya dan mual. Apa yang patut Mal makan???? Feninnnnnnnn... Setakat ni, buah2an, roti dan biskut dapat melegakan perasaan tu. Tapi semua makanan tu tak mengenyangkan perut Mal ni. Hahaha.. So how ya??? Bingung pulak rasa..*

Friday, July 30, 2010

Pemakanan Pesakit Gout

Tadi Mal cari info berkaitan asid urik. Memang dah lama sangat nak cari tapi asek lupa ja. Dulu rasanya macam pernah belajar tapi dah tak ingat pasal asid urik ni. Ada ahli keluarga Mal yang tak boleh makan benda2 yang meningkatkan asid urik ni. So Mal kena lah cari info pasal ni supaya Mal tak hidangkan makanan yang "salah" untuk insan yang Mal sayang..

Sayang dalam konteks pemakanan ni, bukannya hidangkan apa saja yang insan tersayang tu nak, tapi sayang dengan cara mengawal dan menghidangkan makanan berkhasiat mengikut tahap kesihatan insan yang kita sayang. Kebanyakan penyakit ni, bermula daripada perut. Maksudnya, berpunca daripada apa yang kita makan lah.

Berdasarkan apa yang Mal baca dan Mal faham setakat ni, high uric acid level, or hyperuricemia ni adalah kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah. Ia boleh menyebabkan penyakit gout bagi sesetengah orang. Gout ni macam mana? Gout ni sejenis penyakit Arthritis, atau nak senang faham lagi, sakit pada sendi2 tulang. Kesannya, pesakit tak dapat nak bengkokkan sendi. Contoh, sendi pada jari. Bila jari tak boleh dibengkokkan, apa jadi??? Boleh fikir sendiri macam mana kan.. Nak makan tak boleh, nak pulas tombol pintu tak boleh, nak driving tak boleh, nak menaip tak boleh. Macam2 yang tak bolehnya.

Mal cari lah info2 mudah dan ringkas tentang panduan pemakanan bagi pesakit gout ni. Bukan apa, untuk pesakit gout, mereka tak boleh makan makanan yang mempunyai kandungan purin yang tinggi. Di bawah ni ada pamplet yang Mal dapat daripada Az-Zahrah BBB. Very useful for me myself..


Makanan laut dan daging merah mengandungi kandungan purin yang lebih berbanding makanan lain.. So ini yang Mal kena kurangkan.. InsyaAllah..


Cik to Puan

Assalamualaikum. Huhu... Lama tak jengah blog ni. Mal masak, bukan tak masak. Beriya ja amik gambaq. Tapi kemalasan tahap gaban nak haplod dan hapdet blog ni. Sebab kalo nak haplod gambaq, mo diedit2 bagai. Sebab tu tak rajin sangat. Lagi pun, ada banyak kerja lain nak kena buat. Nvm, ai loiykeeee!!! :) Alhamdulillah~ Thank you, Allah.

Cadang2nya malam ni la nak edit, haplod dan hapdet tu. But after Mal buat revision nak ngajo tuisyen Sains PMR pagi esok.. Haruslah revise serba sikit sebab Mal bukanlah cikgu sekolah yang boleh terus ngajo tanpa tengok buku dah. Ada few things kena refresh..

Teet teet.. Baru dapat SMS daripada hubby, oh rupanya esok anak muridku itu tak balik rumah. Yeay, esok tada tuisyen!!! :p Boleh lepak di library dari pagi sampai ke petang.. Hubby pun outstation, kena manfaatkan masa betui2 semasa ketiadaan beliau di rumah!!! *Owh Abang.. Sunyinya hatikuuuuu.....*

So InsyaAllah lepas lipat2 kain bak Gunung Kinabalu tu (ni baru tinggal berdua.. dah tinggi menggunung kainnya), Mal nak mulakan kerja2 hapdet blog lah. Oh ya, nama blog ni dah ditukar. Perasaan "Cik" lagik. :p Nak letak nama jadi Dapur Puan Amalina pulak, macam sungguh skema bunyinya (T____T). So jadi Dapur Sayang je lah :D

Geli???? Ada chek kesah???? :p Wakaka.. Daaa~


Tuesday, June 22, 2010

Breakfast 20 June 2010


Tarikh: 20 Jun 2010
Lokasi: Istana Cinta Kami :D

Ahad yang lepas adalah hari kedua kami berdua bergotong royong mengemas rumah. Sabtu sebelumnya kami dah kemas banyak dah. Cuma untuk Ahad ni, kami siapkan apa2 yang masih belum siap. Maklumlah.. Baru pindah masuk rumah ni. Dan Khamis ni pulak, InsyaAllah parents Mal akan mai tidoq di rumah kami sebab Sabtu ni adalah majlis resepsi di sebelah pihak Encik Hubby pulak! Wehuuuu, pakai baju cantik lagi!! Tapi yang tak bestnya sebab kena make up lagi.. Wuu.. (-__-") I hate make up for public..

So sebelum buat kerja, Mal sediakan heavy breakfast. Ada cucur kentang, nasi goreng & teh o kurang manis. :) Teh ni kalau Mal buat di kampung, mesti dah kena kutuk sebab tawaq. Wuu.. Tapi Encik Hubby & Mal suka yang kurang manis ni..

Ini namanya nasi goreng suka hati. Mal letak ja apa2 bahan yang ada di dapur kecik kami. Ini lah hasilnya.. Hehe.. 1 pinggan saja, tapi makan berdua. Romantik tak? :p

Hihi.. Untuk lunch, kami dah tak makan. (Mal yang tak nak masak. Sebab nak Abang diet. :p Sian Abang..) Alamak lupa. Patutnya kami berdua, timbang berat badan sejurus selepas nikah. Sebab nak tengok perubahan berat badan selepas kahwin. Adakah Abang akan mengalami penurunan & Mal akan mengalami penambahan????? :D


Cucur Kentang


Abang cakap, petang2 Abang suka layan cucoq. Buat la cucoq apa pun, insyaAllah Abang makan. Pekena pulak dengan nescafe atau neslo. Memang layaaaannn~

Ini Mal buat bukan untuk minum petang. Tapi untuk breakfast! :) Jom tengok resepinya yang saaangatlah mudah untuk disediakan.

Bahan2:
  • Tepung gandum
  • Air masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula (letak sebagai syarat ja)
  • Kentang yang dipotong dadu, kecil2
  • Ikan bilis (Mal tak tumbuk sebab belum ada lesung, huhu..)
  • Bawang merah 1 ulas
Cara2:
Campur kesemua bahan. Jangan terlalu cair. Panaskan kuali, goreng.. Suka hati la nak buat bentuk apa pun. Kalau cair adunan tu, nanti bentuk yang jadi tu ntah apa2.. Haha.

Tu ja la caranya nak buat cucur kentang ni. Hehe.. Selamat mencuba! Kelmarin dulu Mal ada buat untuk minum petang. Siap bawak ke rumah mak mertua. Hee.. Alhamdulillah.. Macam tak cukup ja cucoq tu. Sebab Mal buat sikit ja. Huhu.. Next time insyaAllah boleh buat lagi. Ayah mertua suka cucoq. :)


Dinner 19 June 2010

Tarikh: 19 Jun 2010 Lokasi: Istana Cinta Kami :D Ni set untuk dinner. Simple jugak kan? :) But we enjoyed very much!!! Eh, ikan goreng lagi?? Hehe.. Tu la masakan newly-wed couple. Abang tak kesah.. Apa pun, Abang makan.. Tu Abang yang cakap la. Tapi kita sebagai isteri ni, mesti la nak sediakan yang terbaik untuk suami kan. Ada temenung (kembung) goreng, tempe goreng, bayam masak lemak, tembikai & jus tembikai.
Nampak sedap kan???? (^_^) Manisss!!! Tanpa gula ok.
FYI, jus tembikai tu Encik Hubby yang buat ya! :D Tahniah Abang!!! Sampai comot2 habis meja dan lantai sebab tertumpah2. Lawak betul guna juice extractor tu. Kat muncung yang keluar jus tu patutnya letak la cawan ke bekas air apa ke bawah tu. Tapi Abang tak, sebab konfusyesss kat mana jusnya keluar. Apa lagi, sememeh habis la meja siap tumpah2 atas lantai.. Wuuu..
Ni second round ni. Abang dah pandai lapik meja & letakkan cawan bawah muncung yang jus keluar tu.

Peti sejuk kami is on the way. OTW tu maksudnya tengah kumpul duit lagi sikit untuk beli peti yang best. Hee... Ikutkan hati (dan bajet yang ada setakat ni), 1 pintu pun dah cukup. Tapi Abang prefer 2 pintu. Abang cakap, Sayang kan suka masak. Kita beli la peti ais besar sikit. Nanti boleh simpan macam2. Nanti dah ada anak2 pun senang. Hee.. Ya lah, sami'tu wa atho'tu.

*Buat sahabat kami, Huzaifah & bakal isterinya Azilah, terima kasih untuk juice extractor ni. Depa berdua mai ziarah kami pagi tu. Sebelah malamnya, terus ja kami "rasmikan" hadiah depa ni. Hihi.. Thanks ya! :)

Wednesday, June 16, 2010

Special Pendaflour Light Dinner


Tarikh: 16 Jun 2010
Lokasi: Istana Cinta Kami :D

Lauk-pauk pertama yang Mal masak untuk hubby! :D Kaya dengan kolestrol.. Haha.. Nak buat lagu mana kan, ni lah makanan rakyat Malaysia. :p

Abang suuuuuuka sangat makan sotong. So Abang requested lauk sotong masak kicap tu. Then lagi 2 lauk, buncis & carrot goreng telur dan temenung goreng, Mal yang cadangkan. Asalnya Mal nak masakkan udang masak lemak cili padi. Tapi rumah kami belum ada batu lesung. (Hoho.. Ada tak sesiapa nak hadiahkan batu lesung kat kami????? Nak nak nak!!!) Blender pulak, ada kat rumah mertua. So Abang cakap masak yang simple2 sudah. Lagi pulak, pukul 630pm baru menapak ke pasar malam beli bahan mentah. Balik tu, macam lipas kudung la Mal masak.

Alhamdulillah lepas Maghrib, dah boleh makan sama2.. :) Suka suka suka!!

Abang puji cakap sedap.. Siap tambah lagi. Then bila dah habis makan, Abang sempat bagi satu nasihat: "Sayang.. Next time kurangkan minyak dalam kicap ni eh.." Hehehe... Baik!!! Ni lah kekurangan isteri Abang ni.. Kih kih. Tak tau bajet minyak~ Tapa2. InsyaAllah Bang.. Sayang cuba. Hee..
:D



Tuesday, June 15, 2010

Alhamdulillah :)

Alhamdulillah.. Majlis akad nikah berlangsung pada 10 pagi 29 JamadilAkhir 1431 H bersamaan 12 Jun 2010 di Masjid Tunku Kalthum, Langgar, Alor Setar, Kedah.

This day I married my best friend ...the one I laugh with as we share life's wonderous zest, as we find new enjoyments and experience all that's best. ...the one I live for because the world seems brighter as our happy times are better and our burdens feel much lighter. ...the one I love with every fiber of my soul. We used to feel vaguely incomplete, now together we are whole.

Sangat bersemangat nak masuk dapur, masak untuk Abang dengan penuh kasih sayang! Moga terus istiqomah menyediakan makanan yang berkhasiat untuk Abang dan bakal anak2 kita.. Thanks a lot kepada kawan2 yang bagi hadiah peralatan memasak. Really appreciate them. Hadiah lain2 pun suka jugak. :)

Monday, May 31, 2010

1 Week & 5 Days Until Our W-Day :)

Alhamdulillah.. :) Ya Allah..
Permudahkanlah urusan kami, di dunia mahupun di akhirat nanti.

InsyaAllah ni minggu terakhir Mal berada di BBB sebelum Mal pulang ke Alor Setar untuk membuat persiapan2 terakhir sebelum bertukar status. Doakan Mal! :)

Sedikit update.. Sekarang ni Mal dah tak tinggal di area Hentian Kajang. Sebabnya weekend lepas Mal dah berpindah ke rumah baru di Bandar Baru Bangi. InsyaAllah ni lah "rumah kami" nanti. So 2 3 hari lepas memang sibuk la berpindah randah. Barang2 Mal je yang ada dalam rumah ni. Barang2 Encik Tunang belum ada lagi. Tapi tak pa, rumah parents beliau hanya selang 2 baris daripada rumah kami ni :p Boleh jalan kaki je. Strategik kan rumah ni. Hihi.. Dan yang best lagi, rumah ni sangat dekat dengan masjid. Alhamdulillah..

Dapur pun Mal dah set up mana yang boleh. Hee. Sangat teruja sebab akhirnya dapat conquer dapur secara solo dan boleh decorate ikut hati Mal. Banyak lagi barang yang tak ada. Nak beli tak boleh lagi, tunggu lepas kahwin ni lah. (I mean lepas dapat gaji tertunggak selama 3 bulan.. Kering sudeyyyyy).

So nantikan eksperimen2 masakan terbaru daripada Mal pada Julai nanti.. Kenapa bukan Jun? Jun ni Mal sibuk honeymoon :p Hee.. Just joking. Peti ais belum beli lagi lah.. Mana nak letak bahan2 mentah dan barang2 basah seangkatan dengannya. Bila dah ada peti ais baru lah boleh fikir nak masak sedap2 :) Kalau tak, mana nak simpan bahan tu semua.. Huhu..

Lagi satu, Mama tanya nak beli apa dengan duit yang PUSPANITA bagi? (Info: PUSPANITA akan beri sedikit duit saguhati pada anak ahli yang berkahwin. Harap maklum.)

So fikir punya fikir, saya jawab: Along nak oven chomel macam Along! :p Haha.. Dan insyaAllah Mama akan belikan guna duit tu. Yeay!!! See... Lagi mau manja walaupun udah mo menikah. I love you Mama.. FOREVER! Nanti Along belajar buat roti pizza na. So bila balik kampung, Along boleh buatkan untuk family. Tak payah dah pi Pizza Hut tu.. Hee..

Itu saja update untuk kali ini.. Kalau Mal rajin, insyaAllah ada lagi 2 3 entri sebelum blog "Dapur CIK Amalina" ni bertukar nama. :D

*Azan Asar sudah berkumandang. Jom solat!* :)

Friday, April 2, 2010

Welcome April! :)

Assalamualaikum! (^_^) Wohohohohooooo~ Lamanya tak update. Dah sebulan lebih. Ish ish ish.. Tak pa2, InsyaAllah masuk ja bulan 6 nanti, saya akan cuba resipi2 baru. Geram ja tengok kakak2 lain masak sedap. Depa tak pa la, ada hubby, ada anak2. So mesti bersemangat punya lah nak masak best2. Saya ni lain. Hihi.. No worry, insyaAllah dah tak lama dah, I'll join the club. Weeee~ \(^_^)/

Ini menu for our lunch today. Saya masak simple ja. Tu pun, sotong goreng tepung tu tak jadi. Malas nak celup sotong dengan putih telur punya pasal. Saya cuma letak kunyit dan tepung goreng Seri Aji tu ja. Then goreng =P Hasilnya, haha.. Tu lah.. Sotong liat, tepung tak rangup. Serba salah dibuatnya. Sotong kalau digoreng lama, jadi liat. Tepung kalau digoreng sekejap, lembik2 macam tak masak pulak. Haih la.. Belasah ja. Asal boleh ditelan. Muahaha...


Housemates tak cakap apa pun, semua pun redho ja dengan sotong tepung tu. Pasal depa lain pun tak pandai nak masak sotong lagu ni. Wakaka.. Pasrah ja. Ish.. Anak daraaa....!!! =P