Friday, December 25, 2009

Spaghetti Sauce


Ini kuah spaghetti yang Mal paaaaaaaaaling suka! (^_^) Dapat buat macam ni setelah cuba jaya. Alhamdulillah. Hehe. Tapi versi yang ni Mama Mal kat kampung tu tak pernah rasa lagi. Mama Mal selalu complain Mal buat kuah masam la, tak sesuai dengan lidah Melayu la, tak berapa nak sedap la, apa la.. Macam2. Huhu.. So yang ni rasanya cun2. Tak masam sangat dan ada manis2 sikit. Sebab apa? Sebab Mal letak baked bean yang ada cheese. Balik kampung Feb 2010 lah Mal nak masakkan untuk Mama. InsyaAllah.

Bahan2:
  • Spaghetti sauce. Mal guna Kimball ja.
  • Minced beaf
  • Button mushroom
  • Bawang Holland (kuning)
  • Bawang putih
  • Baked beans cheese

Cara2:
  1. Tumiskan bawang yang didadu.
  2. Masukkan minced beef. Goreng hingga air agak kering.
  3. Masukkan sos spaghetti dan baked beans.
  4. Akhir sekali masukkan button mushroom.
  5. Masak hingga masak. Hehe =P
  6. Siap!

Cepat dah mudah kan. Ni Mal masak versi untuk orang bujang makan ok. Oh ya, Encik H pun suka kuah yang ni. Katanya lebih sedap daripada yang sebelum2 ni.. *wink =P Thanks ya.

Lunch Box (1)



Saja nak kongsi gambar bekal yang Mal bawak ke UKM last week. Masak yang SAAAAAAAANGAT SIMPLE. Asalkan mengenyangkan. Sekali tengok, cam ok. 5 kali tengok, huwaaaaa...! Cam sedih ja. Sob sob.. Teringat masakan Mama kat umah ='(

Haha.. Tapa tapa.. Sep woo. Sep sep! Lebih baik dari telan megi! :D

Nugget + Baked Beans


Breakfast set untuk Mal di kala terkejar2 nak pi UKM. Pastu minum dengan milo. Cukup lah untuk sejam kenyang. Hihi :)

Omellete


Untuk Mal breakfast ni. Selalu jugak lah buat. Tak pun makan petang2 sambil layan drama TV. Hehe. Kalo teringin nak makan megi pun, Mal akan buat omelet makan dengan roti. Demi nak mengelakkan makanan tak berkhasiat tu. Huhu..

Cara2? Tak payah lah.. Semua orang pun tau kan kan! :D Ni saja nak tunjuk.

Tempe Kicap


Sepanjang sesi jimat berbelanja yang Mal lancarkan untuk diri sendiri sejak 2 3 bulan lalu, lauk ni termasuk dalam lauk ruji ok. Dok ulang masak yang ni selang 4 5 hari. Hehe :) Mal suka. Simple dan sedap.

Bahan2:
  • Tempe
  • Kentang
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Kicap

Cara2:
  1. Goreng tempe hingga garing. Keluarkan dari kuali.
  2. Goreng pula kentang dan kemudian keluarkan juga dari kuali.
  3. Lalu, tumis bawang dan cili padi. Hehe.. Ayat..
  4. Masukkan kicap. Mal guna kicap manis. Agak2 nak kuah sikit, boh la ayaq sikit. Tak dak masalah pun.
  5. Lastly, masukkan tempe dan kentang yang dah digoreng sebelum ini.
  6. Gaulkan kesemuanya hingga mesra. Siap! :)
Senang kaaaaaaaaannnn! :D

Ikan Merah Masak Kicap


Mal dah pernah post pasal ikan masak kicap. Ni versi masak guna ikan merah. Huhu. Ikan ni mahai sungguh. Kadang2 kalo teringin sangat2 ja baru Mal beli. Tu pun beli seketui ni ja yang termampu. Harga dia seketui dah sama dengan harga temenung 6 ekoq. Huu.. Ni makan untuk 2x tau.

Sama dengan resipi kat sini. Cuma tukaq guna ikan merah, ok. :)

Sup 1 Malaysia =P


Assalamualaikum :) Bertemu kembali. Kali ni masakan simple lagi sihat. Ini belajar dari kakak hosmet Mal, Kak Aida. Dah banyak kali dah buat (Ekceli selalu buat sebab nak jimat duit. Huhu). Cuma baru terasa rajin terlebih nak post kat sini. So jom tengok bahan2nya.

Bahan2:
  • Bawang putih dihiris nipis dan panjang
  • Crab stick
  • Kentang didadu
  • Lobak merah didadu
  • Daun saderi
  • Bunga kobis
  • Lada putih
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Air

Cara2:
  1. Tumis bawang putih tanpa minyak.
  2. Bila dah wangi, masukkan air.
  3. Masukkan garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa.
  4. Masukkan kentang dan lobak merah terlebih dahulu. Biar empuk sikit.
  5. Kemudian baru masukkan daun saderi dan bunga kobis.
  6. Akhir sekali masukkan crab stick.
  7. Siap! :)

Tuesday, December 15, 2009

The R.I.N.G (^_^) On 121209

Alhamdulillah, syukur ya Allah~

Upss.. Lari topik pula hari ni no, setelah sekian lama menyepikan diri =P Jangan mare~ Profile name pulak tetiba jadi Ummu Thaqeef. Hihi. Eh, belum beranak lagi. Belum.. Belum.. Suka sangat2 nama Thaqeef tu. Itu yang tiba2 ubah tu. Tapi Amalina is still Amalina lah kan.


Err.. Siapa pemilik cincin tersebut, sila angkat kening!

*blushing* *blushing* *blushing* *sambil sembunyikan muka*

(^_^) Doakan Mal ya, wahai aunties and sisters semua.. Mal pun nak join "the club". Nak jugak masak best2 macam aunties and sisters semua. Baru lah Mal bersemangat waja nak mencuba masakan2 terbaru.