Wednesday, October 14, 2009

Sotong Masak Kicap

Habis2 tak dak idea nak masak apa kan, Mal belasah ja masak kicap.. Huhuhu.. Boleh dikatakan lauk ruji jugak lah ni.. Petang semalam tengok dalam peti ada lagi 2 ekor sotong, so buat masak sotong kicap, lauk untuk berbuka puasa.. Eh cup. Cakap pasal puasa, Alhamdulillah semalam, dah cukup 6 hari puasa di bulan Syawal ni. Syukur, sempaaaat jugak. Moga Allah terima lah puasa ku tahun ini. Ameen.. (Tahun depan belum tentu dapat peluang puasa tau!)



Bahan2:
  • Sotong
  • Kentang
  • Bawang besar
  • Cabai hidup
  • Air asam jawa
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Tumis bawang + cabai hidup.
  2. Masukkan kentang, goreng hingga sederhana lembut.
  3. Masukkan air asam jawa + kicap manis + garam secukup rasa.
  4. Didihkan hingga kentang lembut.
  5. Akhir sekali masukkan sotong, didihkan hingga masak elok kesemua bahan.

Selalu Mal goreng dulu sotong yang digaul dengan garam kunyit, then goreng kentang. Lepas tu baru buat kuah. Tapi semalam Mal fikir nak kurangkan kolestrol. Mal ubah la sikit kebiasaan memasak tu. Jangan ingat orang kurus cholestrol level nya rendah hokey.. Muda2 ni la nak kena jaga badan. *Peace! (^_^)

Err.. Tahun depan dah nak masuk 25 tahun.. Huuu.. Cepatnyaaaaa~ Belum puas jadik kanak2 ribena! =P

2 comments:

the hazim said...

ni saya suka! ;-)

Amalina said...

i know u love sutun sooo much! :)