Saturday, September 5, 2009

Cara Berlauk dan Cara Manis

Projek merasmikan acuan kuih cara. Hehe.. Nampak ja di Tesco hari tu, Mal terus grab. Masa nak buat ni Mal call Mama. Then Mama pass soh tanya Mak Su pulak.. Huu.. Mak Su Mal memang pandai buat kuih macam2. Alhamdulillah banyak jugak yang Mal dah menuntut. Tapi buatnya belum. =P Bila dah time betul2 nak buat, baru terhegeh2 nak call tanya semula. Haha.. Sebelum tu, Mak Su sempat jugak pesan. Acuan baru tu selalunya akan buatkan kuih cara ni melekat. So petuanya, kena basuh acuan tu dengan air asam jawa. Dan ternyata, memang benarrrr! :) Keluaq chomel ja cara Mal ni. Alhamdulillah~ Jom tengok bahan2 untuk buat kuih cara ni.

Heee.. Tengoklah dunia. Apa anak dara sorang ni dah buat. =P Cara berlauk warna hijau. Ini Mal buat masa ajak x-housemate mai buka puasa di rumah. Ada cara berlauk. Ada cara manis.

Bahan2:
  • Tepung gandum
  • Santan
  • Sebiji telur
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna hijau/kuning (yang best sebenarnya amik jus dari daun pandan yang dah kita blend tu)
  • Air masak
Cara2:
  1. Gaulkan kesemua bahan2 di atas. Jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair.
  2. Blend adunan yang telah siap tu supaya tepung tak berketul.
  3. Panaskan acuan kuih di atas api yang kecil.
  4. Tuang adunan atas acuan.
  5. Masukkan sama ada inti kentang/gula. Terpulang.
  6. Tutup acuan sebentar.
  7. Dalam masa 4 5 minit, dah boleh angkat.
  8. Siap!

Ni pulak, baru betui.. Mal buat untuk keesokan harinya sebab ada inti lebih.

Mal nak bagi suggestion. Kalau tak mau acuan tu berlemoih (bahasa bakunya.. err apa eh? macam sepah2 la) dengan adunan tepung yang tersasar dari acuan, lepas blend tu tuangkan adunan dalam teko ke jag ke.. Kalau guna sudu nanti asek menitik2. Nak2 pulak buat kuih ni waktu petang2, badan pun tak larat, abeh jari dok ketaq2. Mau ka tak berlemoih acuan kuih tu. Masa letak gula tu pun, make sure tak la tabur sesuka hati.. Kalau tak nanti dia jatuh atas besi acuan tu, bau gula hangit pun naik semerbak.


1 comment:

Lisa Johari said...

amal,
I maksudkan komen box yg ni.now dh ok.sbb u buat separate window.hihi.

mak kite niaga kuih cara berlauk n cara manis ni masa bulan puasa.kdg2 kalau balik weekend kite tlg buat.tpo tlg buat jelah.bancuh semua mak den buat ;p