Saturday, September 5, 2009

Asam Pedas Melaka


Nin diaaaa~ Asam pedas Melaka dari ayaq tangan orang Kedah. =P Masa buat ni hengat2 lupa ja macam mana Mama buat. Tapi memang tak hengat pun. Huhuhu.. Yang hengat, ada jintan. Tu pun konpius bebenor species jintan apakah yang perlu dimasukkan ke dalam asam pedas ni.. Jintan manis tu jintan putih ka? Haish.. Serius konpius ni. Mari kita layan bahan2nya dulu..

Bahan2:
  • Ikan (Terpulang masing2 suka ikan apa. Selalu Mal boh ikan temenung ja. Huhu.. Bajet student kan.. Biasa lah.. Haha)
  • Asam keping sekeping
  • Serai diketuk
  • Cabai hidup
  • Cabai kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Jintan putih
  • Jintan hitam
  • Kunyit hidup
  • Bendi
  • Tomato
  • Garam secukup rasa
*Ada lagi bahannya. (Nak letak bunga kantan laaagi bagus.) Tapi Mal tak hengat cara sebenar. :( Mama, help me plish..

Cara2:
  1. Kisar cabai hidup + cabai kering + jintan + bawang + kunyit hidup.
  2. Masukkan minyak dalam periuk.
  3. Kemudian tumiskan kesemua bahan dikisar tadi.
  4. Masukkan asam keping + serai.
  5. Agak2 cabai dah agak masak, masukkan air.
  6. Kemudian masukkan ikan.
  7. Bila dah masak, 5 minit sebelum nak tutup api, masukkan bendi.
  8. Diikuti tomato.
  9. Siap! Selamat mencuba.
Kalau di kampung, asam pedas Melaka ni memang Mal sangat suka berbanding asam pedas cara lain. Bila Mama Mal yang masak, haduuuuuuuuuuuuuuuh.. Harum semerbak baunya. Rasa pun, mustilah best! :)

No comments: