Saturday, August 22, 2009

Makaroni Goreng Berkeju

Tadaaa.. Ini lah dia resepi pertama untuk blog ni, merangkap juadah berbuka yang pertama untuk Ramadhan 1430H. Ala2 sedikit Western la pulok. Tapi dah domesticated ikut kampung style.. Ini special request dari Mama Mal tau. Makanya.. sebagai anak solehah (insyaAllah. ameen), Mal pun sediakan la makaroni ni.. Hee.. Em, apa yang ada dalam peti ais kat rumah tu, itu lah yang Mal hamek buat masak.

Bahan2:
  • Makaroni
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Daging cincang
  • Sos cili (selalunya guna sos tomato. tapi semalam, sos cili ja yang ada)
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Tomato
  • Sawi
  • Capsicum
  • Daun saderi
  • Keju mozarella
Cara-cara:
  1. Rebuskan makaroni, tuang sedikit minyak dalam air untuk elakkan makaroni daripada melekat.
  2. Bila dah kembang dan lembut, toskan. Letak tepi.
  3. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Tumiskan bawang yang di dadu.
  5. Bila bawang dah kekuningan dan naik bau, masukkan daging cincang. Goreng hingga daging masak.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram & kicap.
  7. Kemudian masukkan capsicum, tomato dan daun saderi.
  8. Masukkan pula makaroni yang telah direbus sebelum ni.
  9. Dikuti dengan sawi.
  10. Bila semua bahan dah nampak mesra, akhir sekali taburkan mozarella cheese. Biarkan dia mencair. Lepas tu tutup lah api. Hehe.. Siap!
Mal masak lebih. Lepas tu hantaq kat Mak Su sekeluarga. Adik lelaki Mal pun berbuka kat rumah Mak Su sebab ada kawan dia mai tumpang tinggal 2 minggu, buat praktikal di sini. Oh ya, tahniah buat adik Mal ni.. Dah 2 minggu kerja sebagai Pegawai Farmasi (konvo bulan 11 ni). Alhamdulillah.. Dapat kerja pulak kat hospital depan mata ni ha.. Rezqi dia lah.. Syukur.. Alhamdulillah.

2 comments:

Mimie Azrin said...

Harus dicuba oleh penggemar cheese tegar seperti saya (- -,)

Amalina said...

cuba kak, jangan tak cuba. :-) guna tomato puri pun best, kalo nak masam skit. then tabur dgn italian herbs.. banyak2kan cheese.. dijamin laaaagi best.