Monday, August 31, 2009

Cabai Kicap

Selain kacang buncis yang Mal masak tu, hosmet Mal iaitu Kak Non masakkan sup ayam. So, bila ada suuup.. lawannya adalah cabai kicap! :-) Kat kampung Mal memang makan macam ni. So in case sup tu tawaq habiaq, boleh la cover dengan cabai kicap ni. Mudah ja nak buat.

Hiris bawang besar, potong cili padi halus2. Then masukkan dalam mangkuk. Lepas tu tuangkan kicap. Tak kesah la kicap masin ke manis ke. Lastly, perah asam limau. Asam limau tu limau nipis ya kawan2. Itu ja. Siap la :-) Certain orang letak jugak hirisan cabai hidup.

Sup ayam Kak Non masak. TQ Kak Non! :-) I lap uuuuuu~ Tawaq sikit. Hehe.. Tapi tak pa, dah covered by my sambal kicap.

Cucur udang Kak Non buat jugak :-) Udang gumoksss2.. Makan sama mayo dan sos. Yummy!

Kacang Buncis Goreng Telur


Menu berbuka puasa 3 hari lepas. Dah 2 hari Mal tak masak tau. Semalam Mal dan kawan2 pi berbuka di Masjid Putrajaya. Sehari sebelum tu, kawan2 Mal ajak berbuka di rumah depa. Alhamdulillah.. Jom tengok bahan2 untuk masak kacang ni. Mudah ja pun..

Bahan2 :
  • Kacang buncis dipotong serong2
  • Lobak merah dipotong panjang2
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Telur
Cara2 :
  1. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah. Diikuti kacang buncis.
  3. Masukkan sos tiram.
  4. Akhir sekali masukkan telur yang telah dikacau.
  5. Goreng sebentar sahaja.
  6. Siap.

Selamat mencuba.

Kuih Siput

Selamat Hari Merdeka ke52, Malaysia! (^^,) Apakah erti sebuah kemerdekaan kepada kita? Hah, jawab lah masing2 yerrr...

Ok, disebabkan semalam masing2 pun cuti, Mal memaksa hosmet Mal untuk menyiput. Hee.. Daripada kami dok berlengkaq macam ulaq ataih pagaq, lebih baik kami berdua buat projek menyiput ni. Ada juga kerja berpekdah kan. Ahli rumah yang lain balik kampung. So kami mula buat kerja2 ni jam 2 petang.. Habis siap goreng semua, kira2 jam 4.30 petang. Guna tepung setengah kilo lebih sikit ja. Ini resepi Kak Non (hosmet Mal tu). Kak Non guna tepung gandum, serbuk kari daging, mentega, air, garam secukup rasa dan bawang goreng. Tak dak cabai hidup (cili merah ye kawan2) pon :-( Tak pa, kali ni kita layan resepi mek Klate ni dulu. Next time, Mal guna resipi Mal pulak. HARRRUSSSS ada cabai! :-)

Alat untuk menyiput dan doh yang sedia untuk disiputkan. Alat menyiput Mal tertinggal kat kampung. Mujur la Kak Non ada 2 benda ni.

Yang chomel2 ni.. Ehemmm.. Mal buat. Chomel macam tuan penyiputnya jugak lah. Hihi..

Yang panjang2 ni Kak Non buat. Saiz kuih siput bergantung kepada saiz penyiputnya ok. =P

Sekali tengok, macam rupa siput. Dua kali tengok... Heeeee.. Macam anak ulat mulung la pulok. =P Kuih siput tak dak rona2 merah. Tu yang Mal tak puas hati lagi tu. Nak jugak yang versi ada cabai. Barulah hot, babe! =P

Akhirnya.. Siap digoreng dan sedia untuk dimakan. Rasanya, boleh tahan. Yer ler.. Ada orang tu tak puasa. Memang la siputnya jadi sedap. Hm.. Tak pa. Tak pa.. InsyaAllah nanti Mal pun nak buat sedap2 jugak. (^^,)


Thursday, August 27, 2009

Sweet Sour Ikan Kerisi


Uiksssss... Di manakah ikannya?? Hmmm... Berenang2 jauh ke dasar pinggan la tu. Sampai tak nampak rupa ikannya di mana.. Ada 3 ekor tu haa.. Ini lauk berbuka semalam. Cacat sikit rasanya.. Hu.. Cedey.. :-( Mal lupa nak letak gula sikit bagi manis.. Lebih kepada sour la nampak gayanya.. Sweetnya nggak aaada, bu! Tapi rupa tetap ada. Hehe.. Mintak mahap hosmetsss..

Bahan2:
  • Ikan kerisi yang digoreng
  • Bawang merah didadu
  • Bawang putih didadu
  • Halia dipotong nipis2
  • Cabai hidup dipotong nipis2
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Tepung jagung untuk pekatkan kuah
Cara2:
  1. Goreng ikan.. Kemudian letak tepi. Kita nak buat kuah dia pulak.
  2. Mula2 tumis bawang, halia dan cabai hidup.
  3. Masukkan air asam jawa, dan kesemua sos.
  4. Kemudian masukkan lobak merah yang dipotong2. Kalau ada baby corn, cauliflower and brocoli laaaagi cedap.
  5. Agak2 kuah dah menggelegak, bancuh satu sudu tepung jagung, kemudian tuangkan ke dalam kuah.
  6. Bila dah pekat, masukkan daun sup dan daun bawang. Tutup api.
  7. Siap! Hiaskan dengan bawang goreng.
Huuuu.. next time insyaAllah Mal buat yang lagi sedap.. Kuciwa tau bila masak tak jadik ni..

Nyonya Mansur Kerabu Telur


Nama asal resipi ni (mengikut dalam email) adalah Nyonya Kerabu Telur. Tapi sengaja Mal gatal ubah nama sikit. Hee.. Sahabat baik Mal yang forward email ni. Tak tulis pulak resipi asal dari siapa. Masa nak beli bahan2 di pasar, Mal ingat2 lupa ja apa bahan2 dia. Huhu.. Syukur lah sahabat Mal tu ada iPod. Kat situ jugak kami check email, tengok balik apa yang patut dibeli. =P Tapi itu pun baca tak habis. Masa balik rumah pun, Mal konon2nya boleh ingat cara2 buat kerabu ni.. Alih2.. Pakai hantam saja lah.. So inilah hasilnya.. Hee.. Kita layaaaaan!!!

Disebabkan Mal dah suka suki buat kerabu ni, so Mal bertanggungjawab tulis semula bahan2 dan cara2nya. Huhu.. next time Mal buat yang betul2 macam dalam email tu..

Bahan2:
  • Daun selom diracik2
  • Bunga kantan diracik2
  • Bawang besar Holand (kuning) dihiris nipis2
  • Cili padi 5 batang dihiris halus2
  • Tomato dihiris nipis2 (4 segi pun boleh.. Suka hati puan2 lah nak bentuk apa yer)
  • Telur dadar yang digulung dan dihiris nipis2.
  • Telur rebus dipotong dadu (Ambil bahagian albumen saja.. Albumen tu telur putih k.. Patutnya ini tak termasuk dalam resipi. Tapi Mal dah tersilap rebus daa~)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air perahan asam limau (Mal guna limau nipis)
Cara2:
  1. Gaulkan ja semua bahan2 yang diracik2 dan dipotong2 tu. :)
  2. Kemudian taburkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Perahkan asam limau dan gaul semua bahan hingga mesra.
  4. Siap!
*Actually resipi asal kena tumbuk2 cili.. Then ada kena letak belacan.. Haih.. Silap.. Silap.. Next time cuba lagi. Huuuuuu..~

Apa Yang Penting, Kerjaaasama! =)

Wonderpets, wonderpets, kami daaatang. Membantu anak badak yang kesuusaahan.. Kami tak besar, dan kami tak kuat, bila bekeeerjasama semua jadi muuudah. Yeaaaaaaaa.. Wonderpets. Yeaaaaa!! Haha.. Nyanyi sat. Layan lagu favourite sepupu2 Mal yang kecik2 tu.

Lalalaaaa~ Sepakat membawa berkat. Selain Mal, anak dara-anak dara lain kat rumah tu pun turut turun dapur, pakat2 masak. Jom kita tengok apa depa masak.. Hihi..

Sambal bilis dan kentang = Chef Sam
Kangkung goreng = Chef Sal
Mushroom with black pepper = Chef A-i
(Hihi.. Maap la kakak2ku sayang.. Guna nama glemerrr gitu) =P

Alhamdulillah.. Rezqi. Semua ni nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah.. Lepas berbuka dan solat Maghrib, kami pun sama2 pi solat tarawih di surau taman belakang rumah kami. =)

Ikan Masak Kicap


Lauk berbuka 2 hari semalam. Mal masak simple2 ja. Penat balik dari library, memerah otak menulis report sebab mengejar dateline yang Prof. bagi. Huhu.. So inilah yang termampu untuk Mal sediakan. Lagi pun, housemate suma nak tolong masak sorang satu lauk.. Baik hati kan hosmet Mal :-D Em, ini Mal guna ikan temenung (ikan kembung) dan ikan apa pun Mal tak tau lah.. Pakai main hamek dalam peti ais. Haha..

Bahan2:
  • Ikan
  • Air asam jawa
  • Air masak
  • Kicap manis
  • Bawang merah
  • Cabai hidup
  • Garam secukup rasa
Cara2:
  1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit, kemudian gorengkan.
  2. Angkat ikan dari kuali, sebab kita nak buat kuah dia pulak.
  3. Tumiskan bawang dan cabai hidup yang dihiris2.
  4. Masukkan air asam jawa. Tak perlu pekat2.
  5. Tambahkan air masak. Terpulang pada diri masing2 nak kuah banyak mana.
  6. Then masukkan kicap dan garam secukup rasa.
  7. Bila dah mendidih, masukkan semula ikan2 tadi. Nak curah kuah atas ikan ja pun tak pa.
  8. Siap!
Sekian..

Air Katira


Siapa pernah minum air katira, angkaaaaat hidung! Hehe.. Ni lah dia rupa parasnya. Warna dia memang macam warna Incredible Hulk. Ijaw. Masa berbuka puasa semalam, kakak hosmet Mal buatkan air katira ni.. Mula2 ingatkan air orang2 Jawa. Maklumlah.. Tukang buat airnya Jowo mari. Tapi masa Mal surfing tadi tiba2 terjumpa air ni kat dapur Encik Rozzan. Siap ada cara2 nak buat lagi. Yang tertulis kat situ, air katira ni adalah : Minuman kegemaran orang Islam India Selatan. Wallahu a'lam.. Mal tau minum ja. Sedap! Tapi semalam buat air katira tak cukup sifat sebab tak jumpa biji selasih. Hihi.. Itu pun, habis licin!

Tenkiu ye Kak Aida! (^^,) Nanti balik kampung, menuntut ilmu buat air ni betul2, hokey.. Amal pun nak belajaq jugak.

Tuesday, August 25, 2009

Daging Masak Cabai


Yeah! Ini lah my most favourite lauk.. Daging masak cabai. Dengar nama pun dah kecuq ayaq liuq chek ni haih.. Ish.. =P Simple but yummy! Pulak tu masa time berbuka, ada roti jala yang Mak Su Mal bagi. Ada murtabak yang Mama Mal beli. Dua2 pun Mal cicah dengan daging masak cabai ni. Hee..

Bahan2:
  • Daging dihiris nipis2.
  • Cabai hidup & bawang merah yang diblended.
Cara2:
  1. Lumurkan garam dan kunyit pada daging, kemudian goreng hingga masak.
  2. Keluarkan sebentar daging ni daripada kuali.
  3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan cabai kisar ni hingga pecah minyak.
  4. Bila dah pecah minyak, akhir sekali baru masukkan daging.
  5. Siap! (^^,)
Hee.. Mintak mahap la sebab dengan sudu2 Mal hamek gambar. Dah makan baru teringat nak snap. Tu pun Mama dan Babah Mal dah geleng2 kepala tengok anak dara sorang ni punya perangai.. "Tak abeh2 nak amek gambaq", kata Mama chek.. Huhu.. =P

Sup Cendawan Mama & Along


Ini lauk hari ketiga kami anak-beranak di rumah. Mal sedey woo time tu.. Dah nak kena balik Bangi pada malamnya.. Sob sob sob.. :-( Sedey tetap sedey, tapi perut harus diisi jua. Hehehe.. Kenapa namanya Sup Cendawan Mama & Along? Sebab Mal yang prepare bahan2 nak masak ni, then Mama Mal yang masakkan. Sengaja malas nak masak sebab rindu nak makan masakan Mama. Lagipun adik2 Mal tak ada kat rumah. Hehe.. So Mal jadi la anak manja sat =P Jom tengok bahan2nya.

Bahan2:
  • Cendawan dihiris2
  • Kentang dipotong dadu
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Daging dipotong halus2
  • Daun sup
  • Daun bawang
Cara2:
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang didadu.
  2. Kemudian masukkan daging.
  3. Selepas daging agak masak, tuangkan air dan masukkan kentang.
  4. Biarkan hingga mendidih dan kentang menjadi lembut.
  5. Akhir sekali masukkan cendawan.
  6. Siap! (^^,)
  7. Taburkan daun sup dan daun bawang yang dhiris2 sebagai hiasan
Walaupun simple, Mal sangat suka sup cendawan ni. Hee.. Sekian, selamat mencuba..

Ayam Masak Itam

Fuh, baru la chek dan nak hapdet blog chek nieee... Maklumlah.. rumah kat kampung tu tunggang langgang. Kapal pecah pun tak rupa macam tu. Huhu.. Mama Mal tengah buat major renovation kat rumah tu. Bayangkan la.. Kat dapur tu la tempat masak, tempat tidur dan tempat lepak2. Katil dalam bilik pun penuh berpasir. Aduyaiii... Ni bila Mal dah balik Bangi ni baru laaaa ada masa nak hapdet..

Tuuuuu dia buktinya..

Ok2. Cakap pasal lauk kat atas tu pulak. =P Mama Mal yang masak tu. So Mal letak gambar ja la ya. Resipi penuh, Mal tak habis menuntut lagi. Haha.. Emm, dalam gambar tu nampak tak hitam sebab flash camera. Hee.. Masak itam ni ada rasa pedas sikit. Sebab letak cabai.

Saturday, August 22, 2009

Makaroni Goreng Berkeju

Tadaaa.. Ini lah dia resepi pertama untuk blog ni, merangkap juadah berbuka yang pertama untuk Ramadhan 1430H. Ala2 sedikit Western la pulok. Tapi dah domesticated ikut kampung style.. Ini special request dari Mama Mal tau. Makanya.. sebagai anak solehah (insyaAllah. ameen), Mal pun sediakan la makaroni ni.. Hee.. Em, apa yang ada dalam peti ais kat rumah tu, itu lah yang Mal hamek buat masak.

Bahan2:
  • Makaroni
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Daging cincang
  • Sos cili (selalunya guna sos tomato. tapi semalam, sos cili ja yang ada)
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Tomato
  • Sawi
  • Capsicum
  • Daun saderi
  • Keju mozarella
Cara-cara:
  1. Rebuskan makaroni, tuang sedikit minyak dalam air untuk elakkan makaroni daripada melekat.
  2. Bila dah kembang dan lembut, toskan. Letak tepi.
  3. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Tumiskan bawang yang di dadu.
  5. Bila bawang dah kekuningan dan naik bau, masukkan daging cincang. Goreng hingga daging masak.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram & kicap.
  7. Kemudian masukkan capsicum, tomato dan daun saderi.
  8. Masukkan pula makaroni yang telah direbus sebelum ni.
  9. Dikuti dengan sawi.
  10. Bila semua bahan dah nampak mesra, akhir sekali taburkan mozarella cheese. Biarkan dia mencair. Lepas tu tutup lah api. Hehe.. Siap!
Mal masak lebih. Lepas tu hantaq kat Mak Su sekeluarga. Adik lelaki Mal pun berbuka kat rumah Mak Su sebab ada kawan dia mai tumpang tinggal 2 minggu, buat praktikal di sini. Oh ya, tahniah buat adik Mal ni.. Dah 2 minggu kerja sebagai Pegawai Farmasi (konvo bulan 11 ni). Alhamdulillah.. Dapat kerja pulak kat hospital depan mata ni ha.. Rezqi dia lah.. Syukur.. Alhamdulillah.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum wbt (^^,)

Kepada Muslimin & Muslimat semua, selamat berpuasa! Dan juga selamat berkenalan buat mereka2 yang belum mengenali Mal. Hai! Hihi.. Kat Alor Star ni hujan daripada pagi tau. Nyaman lagi sejuuuuuk ja suasana. Dah petang2 sikit ni, baru lah matahari menunjukkan diri.

Apa pun, syukur Alhamdulillah.. Allah masih izinkan kita untuk berjumpa dengan Ramadhan tahun ini. Mari kita penuhkannya dengan amal ibadah.

Mal nak cerita sikit pasal blog ni. (^^,) Mal sebenarnya dah lama dah terlibat dalam aktiviti blogging. Dari zaman undergrad student lagi. Dulu (sekarang pun, haha..) tulis pasal benda merepek2 ja. Cerita macam2, termasuklah cerita pasal makanan yang Mal masak. Cuma baru tahun ni terasa nak buat 1 blog khas untuk makan2 a.k.a blog resepi. So mulai hari ni, Mal akan berkongsi resepi dengan kawan2 semua, ok. Mostly masakan simple2 ja lah.. Sebabnya sekarang still belajar. Sibuk dengan research. Menyewa pun kat rumah bujang ja.. Hee.. So masakannya ala2 orang bujang lah.. Cuma kalau balik kampung ja, boleh la masak yang berat2 sikit.

Sempena 1 Ramadhan 1430H, dengan ini Mal merasmikan blog dapursayang.blogspot.com (^^,) Alhamdulillah.. Tercapai jua hasrat Mal.. Kepada sifu2 masakan di luar sana, saya budak baru belajar. Jika salah, sila beri tunjuk ajar. Hait!!

Buat pengunjung2 blog, sudi2kanlah menerima e-card daripada Mal ni, ok! (^^,) Jooooommm pi masak juadah berbukaaa...! Teruja hari ni sebab dapat masak2 dengan Mama.. Hee..

*Hmmm.. Tarikh entri kat blog ni lambat sehari lah.. Waktu dia pun macam lari2.. Haish.. Pasepa tatau.