Friday, December 25, 2009

Spaghetti Sauce


Ini kuah spaghetti yang Mal paaaaaaaaaling suka! (^_^) Dapat buat macam ni setelah cuba jaya. Alhamdulillah. Hehe. Tapi versi yang ni Mama Mal kat kampung tu tak pernah rasa lagi. Mama Mal selalu complain Mal buat kuah masam la, tak sesuai dengan lidah Melayu la, tak berapa nak sedap la, apa la.. Macam2. Huhu.. So yang ni rasanya cun2. Tak masam sangat dan ada manis2 sikit. Sebab apa? Sebab Mal letak baked bean yang ada cheese. Balik kampung Feb 2010 lah Mal nak masakkan untuk Mama. InsyaAllah.

Bahan2:
  • Spaghetti sauce. Mal guna Kimball ja.
  • Minced beaf
  • Button mushroom
  • Bawang Holland (kuning)
  • Bawang putih
  • Baked beans cheese

Cara2:
  1. Tumiskan bawang yang didadu.
  2. Masukkan minced beef. Goreng hingga air agak kering.
  3. Masukkan sos spaghetti dan baked beans.
  4. Akhir sekali masukkan button mushroom.
  5. Masak hingga masak. Hehe =P
  6. Siap!

Cepat dah mudah kan. Ni Mal masak versi untuk orang bujang makan ok. Oh ya, Encik H pun suka kuah yang ni. Katanya lebih sedap daripada yang sebelum2 ni.. *wink =P Thanks ya.

Lunch Box (1)



Saja nak kongsi gambar bekal yang Mal bawak ke UKM last week. Masak yang SAAAAAAAANGAT SIMPLE. Asalkan mengenyangkan. Sekali tengok, cam ok. 5 kali tengok, huwaaaaa...! Cam sedih ja. Sob sob.. Teringat masakan Mama kat umah ='(

Haha.. Tapa tapa.. Sep woo. Sep sep! Lebih baik dari telan megi! :D

Nugget + Baked Beans


Breakfast set untuk Mal di kala terkejar2 nak pi UKM. Pastu minum dengan milo. Cukup lah untuk sejam kenyang. Hihi :)

Omellete


Untuk Mal breakfast ni. Selalu jugak lah buat. Tak pun makan petang2 sambil layan drama TV. Hehe. Kalo teringin nak makan megi pun, Mal akan buat omelet makan dengan roti. Demi nak mengelakkan makanan tak berkhasiat tu. Huhu..

Cara2? Tak payah lah.. Semua orang pun tau kan kan! :D Ni saja nak tunjuk.

Tempe Kicap


Sepanjang sesi jimat berbelanja yang Mal lancarkan untuk diri sendiri sejak 2 3 bulan lalu, lauk ni termasuk dalam lauk ruji ok. Dok ulang masak yang ni selang 4 5 hari. Hehe :) Mal suka. Simple dan sedap.

Bahan2:
  • Tempe
  • Kentang
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Kicap

Cara2:
  1. Goreng tempe hingga garing. Keluarkan dari kuali.
  2. Goreng pula kentang dan kemudian keluarkan juga dari kuali.
  3. Lalu, tumis bawang dan cili padi. Hehe.. Ayat..
  4. Masukkan kicap. Mal guna kicap manis. Agak2 nak kuah sikit, boh la ayaq sikit. Tak dak masalah pun.
  5. Lastly, masukkan tempe dan kentang yang dah digoreng sebelum ini.
  6. Gaulkan kesemuanya hingga mesra. Siap! :)
Senang kaaaaaaaaannnn! :D

Ikan Merah Masak Kicap


Mal dah pernah post pasal ikan masak kicap. Ni versi masak guna ikan merah. Huhu. Ikan ni mahai sungguh. Kadang2 kalo teringin sangat2 ja baru Mal beli. Tu pun beli seketui ni ja yang termampu. Harga dia seketui dah sama dengan harga temenung 6 ekoq. Huu.. Ni makan untuk 2x tau.

Sama dengan resipi kat sini. Cuma tukaq guna ikan merah, ok. :)

Sup 1 Malaysia =P


Assalamualaikum :) Bertemu kembali. Kali ni masakan simple lagi sihat. Ini belajar dari kakak hosmet Mal, Kak Aida. Dah banyak kali dah buat (Ekceli selalu buat sebab nak jimat duit. Huhu). Cuma baru terasa rajin terlebih nak post kat sini. So jom tengok bahan2nya.

Bahan2:
  • Bawang putih dihiris nipis dan panjang
  • Crab stick
  • Kentang didadu
  • Lobak merah didadu
  • Daun saderi
  • Bunga kobis
  • Lada putih
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Air

Cara2:
  1. Tumis bawang putih tanpa minyak.
  2. Bila dah wangi, masukkan air.
  3. Masukkan garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa.
  4. Masukkan kentang dan lobak merah terlebih dahulu. Biar empuk sikit.
  5. Kemudian baru masukkan daun saderi dan bunga kobis.
  6. Akhir sekali masukkan crab stick.
  7. Siap! :)

Tuesday, December 15, 2009

The R.I.N.G (^_^) On 121209

Alhamdulillah.
Upss.. Lari topik pula hari ni no, setelah sekian lama menyepikan diri =P

 Siapa pemilik cincin tersebut, sila angkat kening! *blushing* *blushing* *blushing* *sambil sembunyikan muka* (^_^)

Doakan Mal ya, wahai aunties and sisters semua.. Mal pun nak join "the club". Nak jugak masak best2 macam aunties and sisters semua. Baru lah Mal bersemangat waja nak mencuba masakan2 terbaru.

Thursday, November 19, 2009

Maaf Lama Tak Update

Assalamualaikum. Huhuhu. Rindunya Mal nak update blog ni. Bukan tak masak, masak. Tapi masak yang biasa2 ja. Bila Mal kata "biasa2", I really mean it. Bubur nasi, moi, telur goreng, sardin, tempe goreng, burger. Itu ja lah yang Mal rotate dalam masa sebulan ni. Tak pun, lunch di luar. Balik malam, dah tak masak. Makan kerepek2 atau roti macam tu ja. Sungguh2 nak menyimpan duit ni. Huhuhu.. Menyimpan untuk membina masjid. InsyaAllah tak lama lagi.

Berjimat mesti berhemat. Makan, tetap kena makan. (^_^)v

Friday, October 16, 2009

Gulai Ikan Temenung

Hehe.. Ikan temenung atau nama kolumpo nya.. Ikan kembung! Kalau masak kicap tu lauk ruji Mal, ikan ni pulak, ikan ruji Mal.. Huhu.. Kalau kat kampung, boleh lagi dapat dalam RM7.00 sekilo. Kat sini ni.. Dah RM10.00 ke atas sekilo.. Bergantung pada cuaca la kan. Nak beli ikan bawal, ikan merah, ikan siakap tu semua mana lah nak mampu (Kena tunggu balik kampung, request kat Mama baru dapat makan ikan sedap2 tu). So ikan temenung ni lah yang dibeli tiap2 minggu. Apa pun, syukur.. :) Masih ada ikan yang mampu dibeli. Ada orang lain, nak beli ikan bilis pun tak mampu. Insap sat. Huk huk..

Dah lama tak makan gulai. So semalam, layan gulai ikan ni sama sambal terung tu.. Kalau buat cucuq kembung, cicah ngan gulai ikan ni best ni. Tapi Mal belum pass buat cucoq kembung. Hehe. Tu yang tak buat tu. Pada hal mudah ja.. Cuma cabarannya, nak mengembungkan cucuq tu yang belum pass lagik! Jom tengok resipi gulai ni..



Bahan2:
  • Ikan temenung
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Santan
  • Air asam jawa
  • Halba
  • Serbuk kari ikan
  • Tomato
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Bancuh serbuk kari ikan dengan air asam jawa.
  2. Dalam periuk, tumiskan bawang putih + bawang merah + halba.
  3. Bila dah wangi, masukkan bancuhan serbuk kari tadi.
  4. Lepas 3 4 minit, masukkan santan diikuti garam secukup rasa.
  5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan ikan.
  6. Lastly, 2 minit sebelum tutup api, masukkan tomato yang dibelah2.
  7. Ciap!

Ini versi pemalas.. Kalau rajin, bawang tu Mal akan bahagi dua. Satu untuk ditumis. Lagi satu, untuk Mal tumbuk dan masukkan dalam bancuhan serbuk kari tadi. Cara tu lagi sedap tau. Ini nak makan untuk diri sendiri, hantam saja lah.. =P

Sambal Terung + Bilis

Demi nak menghabiskan stok cabai hidup + bawang yang dikisar dalam tupperware dalam peti ais tu, Mal gorengkan lah ia dengan terung ni. Ikan bilis tu buat peneman terung. Hihi.. Tak lah, tergolek2 terung tu keseorangan dalam pinggan. Lauk ni Mal masak semalam yang konon untuk dijamah masa berbuka puasa.. Tup tup lagi 2 jam nak Maghrib, tiba2 ting tong.. ABC.. Huu. Sabo ja lah.. *Tikah, ana guna istilah enti ni. Hee.. (Allah Bagi Cuti)



Tak payah la resipi no.. Ini mudah ja. Mula2 goreng terung, angkat boh dalam mangkuk. Lepas tu goreng pulak bilis, pun angkat boh dalam mangkuk. Then tumis la cabai hidup + bawang besar yang dikisar tu sampai pecah minyak. Garam, just secukup rasa. Last, gaulkan la bilis + terung tu. Ciap! :)

Thursday, October 15, 2009

Bendi Goreng + Udang

Semalam.. Mal bangun dalam kui 4.55 pagi camtu, masak lauk ni.. (Sompek laie hamek gamba ni ha.. Haha) Semangat nak puasa. Masih terindu2 akan Ramadhan. So Alhamdulillah ringan ja hati ni nak puasa. Lagipun, habiskan puasa ganti siap2 kan senang.. Mana tau sok lusa Allah dah tarik nyawa.. Kalau nak layan open house tu, memang tak habis2 sebulan ni. Dah pelik la budaya sekarang. Puasa sebulan, maka raya pun nak sebulan. Satu lagi, bila habis puasa 6 di bulan Syawal, wujud pulak istilah Raya Enam.. Meng"ada"2kan..Aduh.. Hm.. Muhasabah meta deh.

Cup eh, Mal nak kongsi lagi sikit. :) Memenuhi undangan saudara/sahabat ke majlis (contoh: kenduri/open house) memang WAJIB jika tak ada hal yang menghalang. Tapi makan tak wajib eh.. So, tak ada masalah pun kalau sedang berpuasa, tapi pi open house okeh! :) Tujuan asal kita ziarah ni, nak mengeratkan ukhwah, bukan ka.. Tapi jangan la pulak dok pi menghidu bau makanan kalau dah pi tu.. Siap telan ayaq liuq gedeguk gedeguk.. Jatuh hukum makruh pulak nanti tu. Haish.. Pandai2 la bawak diri. :)



Hee.. Jom layan resipi bendi ni pulak. =P Senang ja. Tumiskan bawang merah + bawang putih. Masukkan cabai hidup. Bila dah wangi, masukkan sos tiram. Tambahkan sikit air jika kering. Last sekali, masukkan bendi yang dipotong2 serong. Siap.. :) Selalunya Mal tambah sikit kunyit, nak bagi naik seri warna hijau bendi tu.

Wednesday, October 14, 2009

Pucuk Paku Goreng Belacan

Bila tengok2 balik kan, nama2 makanan ni semua.. Memang macam tak betui. Salah langsung susunan tatabahasanya. Haish.. Pucuk paku, goreng belacan??? Wuuuu.. Apa2 aja lah~ Asal faham kannnnn.. :) Tengok gambaq tu.. Ada kabus2 lagik. Hihi.. Hamek gambaq panas2, baruuuu ja lepas masak tuh.


Ini pun masak semalam, di"couple"kan dengan sotong masak kicap. Beli pucuk paku Sabtu lepas, semalam baru nak masak.. Hm.. Memang sikit la daunnya yang boleh dimasak. Banyak yang dah hitam2. Buang camtu ja. Sayang nengok... Tapi dah tak bole buat apa lah.. Heee.. =P Salah sendiri.

Bahan2:
  • Pucuk paku
  • Bawang putih
  • Cabai hidup
  • Udang kering
  • Belacan
  • Sos tiram
  • Air batu lesung. Kih kih.. Just kidding! =P

Cara2:
  1. Tumbuk bawang putih + cabai hidup + udang kering + belacan.
  2. Tumiskan bahan2 tumbuk tadi.
  3. Bila dah wangi, masukkan sos tiram.
  4. Masukkan air jika agak kering. Kalau nak berkuah, letak air lebih sikit.
  5. Akhir sekali bila dah menggelegak, masukkan sayur.
  6. Masak dalam 2 3 minit, angkat. Siap! :)

Huih.. Berbau satu rumah den dengan belasyan neh..

Sotong Masak Kicap

Habis2 tak dak idea nak masak apa kan, Mal belasah ja masak kicap.. Huhuhu.. Boleh dikatakan lauk ruji jugak lah ni.. Petang semalam tengok dalam peti ada lagi 2 ekor sotong, so buat masak sotong kicap, lauk untuk berbuka puasa.. Eh cup. Cakap pasal puasa, Alhamdulillah semalam, dah cukup 6 hari puasa di bulan Syawal ni. Syukur, sempaaaat jugak. Moga Allah terima lah puasa ku tahun ini. Ameen.. (Tahun depan belum tentu dapat peluang puasa tau!)



Bahan2:
  • Sotong
  • Kentang
  • Bawang besar
  • Cabai hidup
  • Air asam jawa
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Tumis bawang + cabai hidup.
  2. Masukkan kentang, goreng hingga sederhana lembut.
  3. Masukkan air asam jawa + kicap manis + garam secukup rasa.
  4. Didihkan hingga kentang lembut.
  5. Akhir sekali masukkan sotong, didihkan hingga masak elok kesemua bahan.

Selalu Mal goreng dulu sotong yang digaul dengan garam kunyit, then goreng kentang. Lepas tu baru buat kuah. Tapi semalam Mal fikir nak kurangkan kolestrol. Mal ubah la sikit kebiasaan memasak tu. Jangan ingat orang kurus cholestrol level nya rendah hokey.. Muda2 ni la nak kena jaga badan. *Peace! (^_^)

Err.. Tahun depan dah nak masuk 25 tahun.. Huuu.. Cepatnyaaaaa~ Belum puas jadik kanak2 ribena! =P

Telur Dadar Kosong

Hek elleh.. Telur dadar rupa macam ini pun mau glemerrr masuk blog ka?? Haha.. Whatever~ Ni lah buktinya, sedang berjimat hokey. Tengah mengumpul duit nak kahwin tahun depan :) InsyaAllah. Doa2kanlah ya~ *wink


Bahan2 dan cara2?? Huu.. Semua orang pun tau nak buat. so tak payah la letak resipi. Just telur, bawang, garam dengan lada sulah ja. Hee..

Sambal Tempe & Kentang

Menu hari Ahad lepas. Kat rumah sewa Mal ni, ada 2 orang kakak Jawa. Sorang Jowo Johor. Sorang lagi Jowo Selangor. Kedua2 orang Jowo ni bila masak sambal tempe, depa guna cabai kering. Tapi bila tukang masak sambal tempenya orang Langgaq, maka cabai yang digunakan adalah cabai hidup! Hihi.. Hidup cabai hiduuup!! =P Mal dah terbiasa la.. Dari keciiiiit lagi dah makan cabai hidup. So kalau sambal tu guna cabai kering, Mal ni memang kureng sikit. Mama atau Mak Su Mal masak ja yang Mal suka pun :)



Bahan2:
  • Tempe
  • Kentang
  • Cabai hidup + bawang besar dikisar

Cara2:
  1. Goreng tempe, angkat masuk pinggan.
  2. Goreng kentang, angkat masuk pinggan.
  3. Tumis cabai hingga pecah minyak.
  4. Lepas tu baru masukkan semula tempe + kentang, dan gaulkan hingga mesra. Mudah yo! :)

Friday, October 9, 2009

Sardin Masam2 Manis

Bayam masak lemak tu, Mal bagi dia gu dengan sardin ni. Ya la, harus ada protein jugak, dong. Baru lah bole dinamakan gizi seimbang. Lama sungguh tak makan sardin ni. Sebab sebelum ni asek makan saaaaaaaaaardin ja. Sampai naik muak, "kenot go" ore klate ghoyak. Tapi hari ni teringin nak makan sardin ni balik.. Alhamdulillah tercapai hajat.. :) Hihi..



Bahan2:
I tin sardin
Air asam jawa
Bawang besar
Bawang putih
Cabai hidup
Garam
Sos tomato

Cara2:
Tumiskan bawang + cabai hidup.
Masukkan sardin 1 tin tu dengan sos2 dia sekali.
Masukkan air asam jawa sikit.
Taburkan garam secukup rasa + sos cili.
Masak hingga masak.. Hee.. Siap!

Apo laiee.. Jom makan!! :) *Tengah mikir esok nak masak apa.. Bahan mentah suda tiada..

Bayam Masak Lemak

Hari ni balik rumah awai sikit. Kui 12.35 macam tu time2 orang sibuk keluaq nak pi solat Jumaat. Depa sibuk, Mal pun menyebok aih.. Hihihi.. Awai "sikit" ka?? Ini lebey sudey.. Plan asalnya, lepas asar nak pi kampus semula. Lepak2 di library sampai kui 10 malam, study macam yang Mal buat semalam. Tengah2 dok lunch, muncul iklan Nur Kasih.. Aihhh.. Lupa pulak. Tak leh jadik nih. Malam ni episod best! =P So tak jadik la nak pi lebri petang ni.. Kih kih.. End up dengan terbongkang.. Kekenyangan.. Alhamdulillah.. Nikmat Allah. Hee..

Ini dia lauk hari ni. Simple ja. Nak masak pun mudah.



Bahan2:
  • Sayur bayam
  • Santan
  • Bawang besar (dihiris bulat)
  • Bawang putih
  • Cabai hidup (cili merah)
  • Ikan bilis

Cara2:
  1. Dalam periuk, masukkan santan.
  2. Diikuti dengan bawang + cabai hidup + ikan bilis.
  3. Letak atas api, masak macam biasa.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan bayam.
  6. Agak2 3 4 minit, tutup lah api. Jangan masak sayur sampai layu. Hilang vitamin.
  7. Siap! :)

Mudah sungguh kan :)

Saturday, October 3, 2009

Nasi Goreng Kampung Langgaq

Selalunya bila makan nasi goreng kampung, depa letak ikan bilis kan? Hihi.. Tapi tadi Mal terpikiaq nak tukaq boh udang kering pulak. Nak test tengok apa akan jadik.. Sedap ka tarak sedap ka.. Don't forget, I'm a scientist.. I love experimenting! Not only with genes.. But also with food! Hee.. (^_^)

Hipotesis Mal adalah seperti berikut: Ikan bilis adalah makanan laut kering yang rasanya agak masin. Udang kering juga adalah makan laut kering yang rasanya agak masin. Nasi goreng yang dimasak dengan ikan bilis, rasanya sedap. Oleh itu, bila masak nasi goreng letak udang kering, pasti lah sedap jugak! Hihihi.. Betui kan??!



Jom layan bahan2 dan cara memasak :)

Bahan2:
  • Nasi sejuk
  • Kangkung
  • Udang kering
  • Telur
  • Capsicum
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Sos tiram
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Goreng udang kering hingga rangup dan pindahkan ke pinggan.
  2. Dalam kuali yang sama, tumiskan bawang.
  3. Bila dah wangi, masukkan capsicum.
  4. Masukkan nasi. Gaul2.
  5. Masukkan telur. Gaul lagi.
  6. Tambahkan garam dan sos tiram secukup rasa.
  7. Masukkan sayur dan gaul hingga mesra semuanya.
  8. Akhir sekali masukkan udang kering yang digoreng awal tadi.
  9. Siap!

Capsicum tu saja ja Mal boh. Alang2 dia dok bertapa dalam peti ais tu kan.. Lagi pun tak pedas. Aroma dia pun wangi. (^_^)

Masak Lemak Udang

Dah laaaaaaaaaaama ngidam nak makan masak lemak udang tawww!!! Sampai termimpi2. So Mal pi beli udang gumoksss2 then Mal masak sendiri. Lauk ni Mal masak semalam, buat juadah berbuka.. Pada hal kui 8 malam tu, kakak hosmet dah ajak pi open house di rumah kawan dia. Dan lagi Mal mengisik perut dengan nasi dan masak lemak udang ni sebelum pi sana. Ngidam punya pasal. Lagipun, tak risau berat badan. Sebab memang tengah berusaha supaya badan ni tembun sket.. Hihi..

Resipi asal ofkosss daripada Mama Mal hokey.. Then ada la Mal edit2 sket.. As usual~ Versi rumah anak dara. Hehe..


Bahan2:
  • Udang
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Cili kering yang dikisar
  • Santan
  • Air (guna kalau nak kuah tu cair skit)
  • Daun kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara2:
  1. Bawang putih + bawang merah + kunyit hidup ditumbuk.
  2. Dalam periuk, masukkan santan.
  3. Diikuti bahan2 yang ditumbuk tadi + satu sudu besar cili yang dikisar.
  4. Kemudian, masak la hingga agak pekat. Suka hati masing2 nak pekat atau cair sikit.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Apabila dah mendidih, masukkan udang.
  7. Agak2 udang dah warna oren tu, masukkan daun kunyit.
  8. Siap!
Selamat mencuba, ya! (^_^)v

Kangkung Masak Kicap

Ini Mal gerenti, pejam mata pun leh siap masak ni.. Huhuhu.. Stok belacan dah abes.. So kangkung ni buat lebur2 macam tu ja lah.. Lagipun cepat nak masak macam ni.



Bahan2:
  • Kangkung
  • Kicap manis
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Air
Cara2:
  1. Tumiskan bawang. Masukkan hirisan cili pun ok.
  2. Bila bawang dah naik bau, masukkan ikan bilis.
  3. Masukkan air dan garam.
  4. Bila dah mendidih, masukkan kangkung.
  5. Jangan masak kangkung terlalu lama. Siap!
Mal makan sayur ni dengan kambing masak lada hitam tu dengan nasi putih, sebagai hidangan berbuka.. Cukuplah kan (^^,) Alhamdulillah dah empat hari puasa..

Kambing Masak Lada Hitam

Hehehe.. Malu nak tulis, "lamb chop".. =P Ala, letak kambing masak lada hitam lagi tepat kot. 2 hari lepas pi la membeli bahan2 mentah. Maklumlah baru balik cuti raya 1 minggu. So dalam peti ais tu tak dak stok langsung untuk diri sendiri. Sambil2 mengusha ayam & ikan, tetiba Mal ternampak depa jual daging kambing ni.. Depa jual slice demi slice.. Demi ternampak akan kambing tersebut, Mal dah terbayang blackpepper gravy.. Uuuu~ So, terus Mal beli! (Hee.. Padahal tatau pun lagu mana nak kerjakan kambing ni..)

Mula tu Mal tak tau nak ikut resipi siapa.. Jenuh pi selongkaq online kitchen kakak2 dan makcik2 kat internet nu. Huuhuuuu.. Akhir sekali, buat sesuka hati ja lah.. =P Macam biasa lah.. Hee.. Jom tengok macam mana anak dara sorang ni merepek di dapuq.


Mal tulis bahan dengan cara memasak sekaligus la eh.. :)

  • Mula2, perap daging kambing tu dengan bawang putih yang ditumbuk + sos tiram + kicap manis + sos lada hitam/lada hitam yang ditumbuk.
  • Mal taburkan juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. (Haha.. Yang ni Mal tak tau la kenapa Mal letak dan apa fungsinya.. Hihi.. Suka suki ja Mal ni.. Hajat di hati Mal, nak bagi dia ada rasa herbs and spicy gitu..)
  • Mal perap lama jugak. 4 jam. Nak bagi chance bahan2 tu meresap betui2 kat daging.

  • Langkah seterusnya, goreng daging tersebut. Jangan terlalu kering, takut nanti keras.
  • Balik2kan daging sampai masak, then alihkan ke pinggan.

  • Untuk buat gravy, tumis bawang putih + cabai merah + capsicum + serbuk lada hitam.
  • Masukkan sos tiram + kicap manis.
  • Tambahkan juga air jika perlu.. Terpulang la nak banyak mana kuah.
  • Bila dah menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung. Jangan letak banyak, nanti pekat sangat macam Mal buat.. Huhuhu..
  • Bila dah masak, tuangkan di atas kepingan daging yang dah dimasak di atas pinggan tadi.
  • Hidangkan dengan salad. Siap! :)
InsyaAllah lepas ni Mal nak wat yang lebih baik!


Thursday, October 1, 2009

Moist Chocolate Cake

*Just kopipesss dari entri personal blog Mal.. Hehe..

Walaupun Mal dan Mama Mal memang buat business kek ni, Mal tak berhajat langsung nak rahsiakan cara pembuatannya. Sharing is caring. Apa salahnya kita berkongsi ilmu. Kan? (”,)

Bahan-bahan kek :
~ 250 g mentega (1 buku)
~ 400 g gula
~ 2 1/2 cawan tepung
~ 1 cawan serbuk koko
~ 4 biji telur
~ Setengah tin air
~ Setengah tin susu cair
~ 1 sudu soda bikarbonat
~ 1 sudu teh esen vanilla

Bahan-bahan topping :
~ 1 buku coklat masakan
~ Sedikit mentega
~ Setengah tin susu cair

Tips sebelum membuat kek :
* Mentega hendaklah dilembutkan
* Gula dikisar halus atau gunakan saja gula ising
* Tepung + serbuk koko + soda bikarbonat diayak bersama
* Telur kuning dan putih diasingkan
* Pukul telur putih hingga kembang di dalam 1 bekas berasingan
* Air dan susu cair disatukan

Cara penyediaan kek :
Mudah saja (^_^)v
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur kuning satu demi satu.
3. Masukkan telur putih yang dipukul kembang sebelum ini.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit.
6. Selang-selikan dengan (air + susu cair)
7. Bakar

Cara penyediaan topping :
Mudah juga (^_^)v
* Gunakan teknik double-boiling
* Masukkan semua bahan topping

Perhatian :
* Kelembapan, kelembutan dan kelazatan kek bergantung kepada teknik dan kemahiran tuan/puan/cik pembuatnya.
* Every single thing you do –> COUNTED!
* Ramuan rahsia terpenting : Keikhlasan & kasih sayang

Selamat Mencuba!
(^_^)

Jom Puasa Enam!

Setelah lama berhibernasi dari mengepos apa2 dalam blog ni.. Here, I'm back! (^_^) Nak share macam2 resipi. Antaranya mustilah my Moist Chocolate Cake. Oh yeah.. Nantikannya esok.. InsyaAllah.. Ni kat rumah sekarang ni. Coverage Celcom broadband ni low sikit. Susah nak haplod gambaq. So kena tunggu esok, Mal nak haplod di library.

Peringatan dan nasihat untuk kita bersama.. Jom kita puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Nabi cakap, barangsiapa yang puasa 6 hari di bulan Syawal ni, pahalanya seolah2 puasa sepanjang tahun. Besaq tuuuuu ganjarannya. Bayangkan lah kalau kita dapat bonus gaji yang menyamai setahun gaji. Sapa tak mo weh.. So, apa lagi. Jom kita puasa 6! Alhamdulillah hari ni Mal dah puasa 3 hari.. Ada lagi 3 nak kena habis.

Memang duuuuugaan betui nak puasa selain daripada puasa di bulan Ramadhan. Wuuuu~ Tapi tak pa. Semangat!!!!

Saturday, September 5, 2009

Cara Berlauk dan Cara Manis

Projek merasmikan acuan kuih cara. Hehe.. Nampak ja di Tesco hari tu, Mal terus grab. Masa nak buat ni Mal call Mama. Then Mama pass soh tanya Mak Su pulak.. Huu.. Mak Su Mal memang pandai buat kuih macam2. Alhamdulillah banyak jugak yang Mal dah menuntut. Tapi buatnya belum. =P Bila dah time betul2 nak buat, baru terhegeh2 nak call tanya semula. Haha.. Sebelum tu, Mak Su sempat jugak pesan. Acuan baru tu selalunya akan buatkan kuih cara ni melekat. So petuanya, kena basuh acuan tu dengan air asam jawa. Dan ternyata, memang benarrrr! :) Keluaq chomel ja cara Mal ni. Alhamdulillah~ Jom tengok bahan2 untuk buat kuih cara ni.

Heee.. Tengoklah dunia. Apa anak dara sorang ni dah buat. =P Cara berlauk warna hijau. Ini Mal buat masa ajak x-housemate mai buka puasa di rumah. Ada cara berlauk. Ada cara manis.

Bahan2:
  • Tepung gandum
  • Santan
  • Sebiji telur
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna hijau/kuning (yang best sebenarnya amik jus dari daun pandan yang dah kita blend tu)
  • Air masak
Cara2:
  1. Gaulkan kesemua bahan2 di atas. Jangan terlalu pekat, jangan terlalu cair.
  2. Blend adunan yang telah siap tu supaya tepung tak berketul.
  3. Panaskan acuan kuih di atas api yang kecil.
  4. Tuang adunan atas acuan.
  5. Masukkan sama ada inti kentang/gula. Terpulang.
  6. Tutup acuan sebentar.
  7. Dalam masa 4 5 minit, dah boleh angkat.
  8. Siap!

Ni pulak, baru betui.. Mal buat untuk keesokan harinya sebab ada inti lebih.

Mal nak bagi suggestion. Kalau tak mau acuan tu berlemoih (bahasa bakunya.. err apa eh? macam sepah2 la) dengan adunan tepung yang tersasar dari acuan, lepas blend tu tuangkan adunan dalam teko ke jag ke.. Kalau guna sudu nanti asek menitik2. Nak2 pulak buat kuih ni waktu petang2, badan pun tak larat, abeh jari dok ketaq2. Mau ka tak berlemoih acuan kuih tu. Masa letak gula tu pun, make sure tak la tabur sesuka hati.. Kalau tak nanti dia jatuh atas besi acuan tu, bau gula hangit pun naik semerbak.


Asam Pedas Melaka


Nin diaaaa~ Asam pedas Melaka dari ayaq tangan orang Kedah. =P Masa buat ni hengat2 lupa ja macam mana Mama buat. Tapi memang tak hengat pun. Huhuhu.. Yang hengat, ada jintan. Tu pun konpius bebenor species jintan apakah yang perlu dimasukkan ke dalam asam pedas ni.. Jintan manis tu jintan putih ka? Haish.. Serius konpius ni. Mari kita layan bahan2nya dulu..

Bahan2:
  • Ikan (Terpulang masing2 suka ikan apa. Selalu Mal boh ikan temenung ja. Huhu.. Bajet student kan.. Biasa lah.. Haha)
  • Asam keping sekeping
  • Serai diketuk
  • Cabai hidup
  • Cabai kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Jintan putih
  • Jintan hitam
  • Kunyit hidup
  • Bendi
  • Tomato
  • Garam secukup rasa
*Ada lagi bahannya. (Nak letak bunga kantan laaagi bagus.) Tapi Mal tak hengat cara sebenar. :( Mama, help me plish..

Cara2:
  1. Kisar cabai hidup + cabai kering + jintan + bawang + kunyit hidup.
  2. Masukkan minyak dalam periuk.
  3. Kemudian tumiskan kesemua bahan dikisar tadi.
  4. Masukkan asam keping + serai.
  5. Agak2 cabai dah agak masak, masukkan air.
  6. Kemudian masukkan ikan.
  7. Bila dah masak, 5 minit sebelum nak tutup api, masukkan bendi.
  8. Diikuti tomato.
  9. Siap! Selamat mencuba.
Kalau di kampung, asam pedas Melaka ni memang Mal sangat suka berbanding asam pedas cara lain. Bila Mama Mal yang masak, haduuuuuuuuuuuuuuuh.. Harum semerbak baunya. Rasa pun, mustilah best! :)

Daging Lada Hitam & Asparagus


First time tengok di dapur Kak Hana, Mal terus jatuh hati. Terliuuuuuuaq ja rasa. Rasa menitik2 jatuh ke meja. Tup tap, tup tap. Haish! Bukannya Mal tak biasa tengok daging blackpepper ni. Sebelum ni pun dah tengok resipi asal di MyR. Tapi semangat nak masak daging ni belum ada. Semangat tak terbit lagi, kata orang kampung chek. =P Tapi bila Kak Hana combine dengan asparagus, pulak tu bagi tips nak bagi kruk krak kruk krak bila makan, eiiii.. Gua tak leh tahan.. Lantas menghitung hari, bilakah masa yang seswaaaai nak masak daging blackpepper ni. 4 hari lepas, Mal singgah Tesco tetiba ternampak si asparagus ni. Terus hamek. Pulak tu dalam peti ais ada daging lagi. Hmmmm.. Terus balik buat! Hihi.. Hidangan berbuka puasa untuk 2 hari lepas.. Hehe. Lambat post. Akak, saya mohon ijin kopipes ya..

Bahan-bahan:
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air- x buh sbb wat kering
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
Cara-cara:
  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Monday, August 31, 2009

Cabai Kicap

Selain kacang buncis yang Mal masak tu, hosmet Mal iaitu Kak Non masakkan sup ayam. So, bila ada suuup.. lawannya adalah cabai kicap! :-) Kat kampung Mal memang makan macam ni. So in case sup tu tawaq habiaq, boleh la cover dengan cabai kicap ni. Mudah ja nak buat.

Hiris bawang besar, potong cili padi halus2. Then masukkan dalam mangkuk. Lepas tu tuangkan kicap. Tak kesah la kicap masin ke manis ke. Lastly, perah asam limau. Asam limau tu limau nipis ya kawan2. Itu ja. Siap la :-) Certain orang letak jugak hirisan cabai hidup.

Sup ayam Kak Non masak. TQ Kak Non! :-) I lap uuuuuu~ Tawaq sikit. Hehe.. Tapi tak pa, dah covered by my sambal kicap.

Cucur udang Kak Non buat jugak :-) Udang gumoksss2.. Makan sama mayo dan sos. Yummy!

Kacang Buncis Goreng Telur


Menu berbuka puasa 3 hari lepas. Dah 2 hari Mal tak masak tau. Semalam Mal dan kawan2 pi berbuka di Masjid Putrajaya. Sehari sebelum tu, kawan2 Mal ajak berbuka di rumah depa. Alhamdulillah.. Jom tengok bahan2 untuk masak kacang ni. Mudah ja pun..

Bahan2 :
  • Kacang buncis dipotong serong2
  • Lobak merah dipotong panjang2
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Telur
Cara2 :
  1. Tumiskan bawang hingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah. Diikuti kacang buncis.
  3. Masukkan sos tiram.
  4. Akhir sekali masukkan telur yang telah dikacau.
  5. Goreng sebentar sahaja.
  6. Siap.

Selamat mencuba.

Kuih Siput

Selamat Hari Merdeka ke52, Malaysia! (^^,) Apakah erti sebuah kemerdekaan kepada kita? Hah, jawab lah masing2 yerrr...

Ok, disebabkan semalam masing2 pun cuti, Mal memaksa hosmet Mal untuk menyiput. Hee.. Daripada kami dok berlengkaq macam ulaq ataih pagaq, lebih baik kami berdua buat projek menyiput ni. Ada juga kerja berpekdah kan. Ahli rumah yang lain balik kampung. So kami mula buat kerja2 ni jam 2 petang.. Habis siap goreng semua, kira2 jam 4.30 petang. Guna tepung setengah kilo lebih sikit ja. Ini resepi Kak Non (hosmet Mal tu). Kak Non guna tepung gandum, serbuk kari daging, mentega, air, garam secukup rasa dan bawang goreng. Tak dak cabai hidup (cili merah ye kawan2) pon :-( Tak pa, kali ni kita layan resepi mek Klate ni dulu. Next time, Mal guna resipi Mal pulak. HARRRUSSSS ada cabai! :-)

Alat untuk menyiput dan doh yang sedia untuk disiputkan. Alat menyiput Mal tertinggal kat kampung. Mujur la Kak Non ada 2 benda ni.

Yang chomel2 ni.. Ehemmm.. Mal buat. Chomel macam tuan penyiputnya jugak lah. Hihi..

Yang panjang2 ni Kak Non buat. Saiz kuih siput bergantung kepada saiz penyiputnya ok. =P

Sekali tengok, macam rupa siput. Dua kali tengok... Heeeee.. Macam anak ulat mulung la pulok. =P Kuih siput tak dak rona2 merah. Tu yang Mal tak puas hati lagi tu. Nak jugak yang versi ada cabai. Barulah hot, babe! =P

Akhirnya.. Siap digoreng dan sedia untuk dimakan. Rasanya, boleh tahan. Yer ler.. Ada orang tu tak puasa. Memang la siputnya jadi sedap. Hm.. Tak pa. Tak pa.. InsyaAllah nanti Mal pun nak buat sedap2 jugak. (^^,)


Thursday, August 27, 2009

Sweet Sour Ikan Kerisi


Uiksssss... Di manakah ikannya?? Hmmm... Berenang2 jauh ke dasar pinggan la tu. Sampai tak nampak rupa ikannya di mana.. Ada 3 ekor tu haa.. Ini lauk berbuka semalam. Cacat sikit rasanya.. Hu.. Cedey.. :-( Mal lupa nak letak gula sikit bagi manis.. Lebih kepada sour la nampak gayanya.. Sweetnya nggak aaada, bu! Tapi rupa tetap ada. Hehe.. Mintak mahap hosmetsss..

Bahan2:
  • Ikan kerisi yang digoreng
  • Bawang merah didadu
  • Bawang putih didadu
  • Halia dipotong nipis2
  • Cabai hidup dipotong nipis2
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Tepung jagung untuk pekatkan kuah
Cara2:
  1. Goreng ikan.. Kemudian letak tepi. Kita nak buat kuah dia pulak.
  2. Mula2 tumis bawang, halia dan cabai hidup.
  3. Masukkan air asam jawa, dan kesemua sos.
  4. Kemudian masukkan lobak merah yang dipotong2. Kalau ada baby corn, cauliflower and brocoli laaaagi cedap.
  5. Agak2 kuah dah menggelegak, bancuh satu sudu tepung jagung, kemudian tuangkan ke dalam kuah.
  6. Bila dah pekat, masukkan daun sup dan daun bawang. Tutup api.
  7. Siap! Hiaskan dengan bawang goreng.
Huuuu.. next time insyaAllah Mal buat yang lagi sedap.. Kuciwa tau bila masak tak jadik ni..

Nyonya Mansur Kerabu Telur


Nama asal resipi ni (mengikut dalam email) adalah Nyonya Kerabu Telur. Tapi sengaja Mal gatal ubah nama sikit. Hee.. Sahabat baik Mal yang forward email ni. Tak tulis pulak resipi asal dari siapa. Masa nak beli bahan2 di pasar, Mal ingat2 lupa ja apa bahan2 dia. Huhu.. Syukur lah sahabat Mal tu ada iPod. Kat situ jugak kami check email, tengok balik apa yang patut dibeli. =P Tapi itu pun baca tak habis. Masa balik rumah pun, Mal konon2nya boleh ingat cara2 buat kerabu ni.. Alih2.. Pakai hantam saja lah.. So inilah hasilnya.. Hee.. Kita layaaaaan!!!

Disebabkan Mal dah suka suki buat kerabu ni, so Mal bertanggungjawab tulis semula bahan2 dan cara2nya. Huhu.. next time Mal buat yang betul2 macam dalam email tu..

Bahan2:
  • Daun selom diracik2
  • Bunga kantan diracik2
  • Bawang besar Holand (kuning) dihiris nipis2
  • Cili padi 5 batang dihiris halus2
  • Tomato dihiris nipis2 (4 segi pun boleh.. Suka hati puan2 lah nak bentuk apa yer)
  • Telur dadar yang digulung dan dihiris nipis2.
  • Telur rebus dipotong dadu (Ambil bahagian albumen saja.. Albumen tu telur putih k.. Patutnya ini tak termasuk dalam resipi. Tapi Mal dah tersilap rebus daa~)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air perahan asam limau (Mal guna limau nipis)
Cara2:
  1. Gaulkan ja semua bahan2 yang diracik2 dan dipotong2 tu. :)
  2. Kemudian taburkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Perahkan asam limau dan gaul semua bahan hingga mesra.
  4. Siap!
*Actually resipi asal kena tumbuk2 cili.. Then ada kena letak belacan.. Haih.. Silap.. Silap.. Next time cuba lagi. Huuuuuu..~

Apa Yang Penting, Kerjaaasama! =)

Wonderpets, wonderpets, kami daaatang. Membantu anak badak yang kesuusaahan.. Kami tak besar, dan kami tak kuat, bila bekeeerjasama semua jadi muuudah. Yeaaaaaaaa.. Wonderpets. Yeaaaaa!! Haha.. Nyanyi sat. Layan lagu favourite sepupu2 Mal yang kecik2 tu.

Lalalaaaa~ Sepakat membawa berkat. Selain Mal, anak dara-anak dara lain kat rumah tu pun turut turun dapur, pakat2 masak. Jom kita tengok apa depa masak.. Hihi..

Sambal bilis dan kentang = Chef Sam
Kangkung goreng = Chef Sal
Mushroom with black pepper = Chef A-i
(Hihi.. Maap la kakak2ku sayang.. Guna nama glemerrr gitu) =P

Alhamdulillah.. Rezqi. Semua ni nikmat yang Allah beri. Alhamdulillah.. Lepas berbuka dan solat Maghrib, kami pun sama2 pi solat tarawih di surau taman belakang rumah kami. =)

Ikan Masak Kicap


Lauk berbuka 2 hari semalam. Mal masak simple2 ja. Penat balik dari library, memerah otak menulis report sebab mengejar dateline yang Prof. bagi. Huhu.. So inilah yang termampu untuk Mal sediakan. Lagi pun, housemate suma nak tolong masak sorang satu lauk.. Baik hati kan hosmet Mal :-D Em, ini Mal guna ikan temenung (ikan kembung) dan ikan apa pun Mal tak tau lah.. Pakai main hamek dalam peti ais. Haha..

Bahan2:
  • Ikan
  • Air asam jawa
  • Air masak
  • Kicap manis
  • Bawang merah
  • Cabai hidup
  • Garam secukup rasa
Cara2:
  1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit, kemudian gorengkan.
  2. Angkat ikan dari kuali, sebab kita nak buat kuah dia pulak.
  3. Tumiskan bawang dan cabai hidup yang dihiris2.
  4. Masukkan air asam jawa. Tak perlu pekat2.
  5. Tambahkan air masak. Terpulang pada diri masing2 nak kuah banyak mana.
  6. Then masukkan kicap dan garam secukup rasa.
  7. Bila dah mendidih, masukkan semula ikan2 tadi. Nak curah kuah atas ikan ja pun tak pa.
  8. Siap!
Sekian..

Air Katira


Siapa pernah minum air katira, angkaaaaat hidung! Hehe.. Ni lah dia rupa parasnya. Warna dia memang macam warna Incredible Hulk. Ijaw. Masa berbuka puasa semalam, kakak hosmet Mal buatkan air katira ni.. Mula2 ingatkan air orang2 Jawa. Maklumlah.. Tukang buat airnya Jowo mari. Tapi masa Mal surfing tadi tiba2 terjumpa air ni kat dapur Encik Rozzan. Siap ada cara2 nak buat lagi. Yang tertulis kat situ, air katira ni adalah : Minuman kegemaran orang Islam India Selatan. Wallahu a'lam.. Mal tau minum ja. Sedap! Tapi semalam buat air katira tak cukup sifat sebab tak jumpa biji selasih. Hihi.. Itu pun, habis licin!

Tenkiu ye Kak Aida! (^^,) Nanti balik kampung, menuntut ilmu buat air ni betul2, hokey.. Amal pun nak belajaq jugak.

Tuesday, August 25, 2009

Daging Masak Cabai


Yeah! Ini lah my most favourite lauk.. Daging masak cabai. Dengar nama pun dah kecuq ayaq liuq chek ni haih.. Ish.. =P Simple but yummy! Pulak tu masa time berbuka, ada roti jala yang Mak Su Mal bagi. Ada murtabak yang Mama Mal beli. Dua2 pun Mal cicah dengan daging masak cabai ni. Hee..

Bahan2:
  • Daging dihiris nipis2.
  • Cabai hidup & bawang merah yang diblended.
Cara2:
  1. Lumurkan garam dan kunyit pada daging, kemudian goreng hingga masak.
  2. Keluarkan sebentar daging ni daripada kuali.
  3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan cabai kisar ni hingga pecah minyak.
  4. Bila dah pecah minyak, akhir sekali baru masukkan daging.
  5. Siap! (^^,)
Hee.. Mintak mahap la sebab dengan sudu2 Mal hamek gambar. Dah makan baru teringat nak snap. Tu pun Mama dan Babah Mal dah geleng2 kepala tengok anak dara sorang ni punya perangai.. "Tak abeh2 nak amek gambaq", kata Mama chek.. Huhu.. =P

Sup Cendawan Mama & Along


Ini lauk hari ketiga kami anak-beranak di rumah. Mal sedey woo time tu.. Dah nak kena balik Bangi pada malamnya.. Sob sob sob.. :-( Sedey tetap sedey, tapi perut harus diisi jua. Hehehe.. Kenapa namanya Sup Cendawan Mama & Along? Sebab Mal yang prepare bahan2 nak masak ni, then Mama Mal yang masakkan. Sengaja malas nak masak sebab rindu nak makan masakan Mama. Lagipun adik2 Mal tak ada kat rumah. Hehe.. So Mal jadi la anak manja sat =P Jom tengok bahan2nya.

Bahan2:
  • Cendawan dihiris2
  • Kentang dipotong dadu
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Daging dipotong halus2
  • Daun sup
  • Daun bawang
Cara2:
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang didadu.
  2. Kemudian masukkan daging.
  3. Selepas daging agak masak, tuangkan air dan masukkan kentang.
  4. Biarkan hingga mendidih dan kentang menjadi lembut.
  5. Akhir sekali masukkan cendawan.
  6. Siap! (^^,)
  7. Taburkan daun sup dan daun bawang yang dhiris2 sebagai hiasan
Walaupun simple, Mal sangat suka sup cendawan ni. Hee.. Sekian, selamat mencuba..

Ayam Masak Itam

Fuh, baru la chek dan nak hapdet blog chek nieee... Maklumlah.. rumah kat kampung tu tunggang langgang. Kapal pecah pun tak rupa macam tu. Huhu.. Mama Mal tengah buat major renovation kat rumah tu. Bayangkan la.. Kat dapur tu la tempat masak, tempat tidur dan tempat lepak2. Katil dalam bilik pun penuh berpasir. Aduyaiii... Ni bila Mal dah balik Bangi ni baru laaaa ada masa nak hapdet..

Tuuuuu dia buktinya..

Ok2. Cakap pasal lauk kat atas tu pulak. =P Mama Mal yang masak tu. So Mal letak gambar ja la ya. Resipi penuh, Mal tak habis menuntut lagi. Haha.. Emm, dalam gambar tu nampak tak hitam sebab flash camera. Hee.. Masak itam ni ada rasa pedas sikit. Sebab letak cabai.

Saturday, August 22, 2009

Makaroni Goreng Berkeju

Tadaaa.. Ini lah dia resepi pertama untuk blog ni, merangkap juadah berbuka yang pertama untuk Ramadhan 1430H. Ala2 sedikit Western la pulok. Tapi dah domesticated ikut kampung style.. Ini special request dari Mama Mal tau. Makanya.. sebagai anak solehah (insyaAllah. ameen), Mal pun sediakan la makaroni ni.. Hee.. Em, apa yang ada dalam peti ais kat rumah tu, itu lah yang Mal hamek buat masak.

Bahan2:
  • Makaroni
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Daging cincang
  • Sos cili (selalunya guna sos tomato. tapi semalam, sos cili ja yang ada)
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Tomato
  • Sawi
  • Capsicum
  • Daun saderi
  • Keju mozarella
Cara-cara:
  1. Rebuskan makaroni, tuang sedikit minyak dalam air untuk elakkan makaroni daripada melekat.
  2. Bila dah kembang dan lembut, toskan. Letak tepi.
  3. Kemudian panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Tumiskan bawang yang di dadu.
  5. Bila bawang dah kekuningan dan naik bau, masukkan daging cincang. Goreng hingga daging masak.
  6. Masukkan sos cili, sos tiram & kicap.
  7. Kemudian masukkan capsicum, tomato dan daun saderi.
  8. Masukkan pula makaroni yang telah direbus sebelum ni.
  9. Dikuti dengan sawi.
  10. Bila semua bahan dah nampak mesra, akhir sekali taburkan mozarella cheese. Biarkan dia mencair. Lepas tu tutup lah api. Hehe.. Siap!
Mal masak lebih. Lepas tu hantaq kat Mak Su sekeluarga. Adik lelaki Mal pun berbuka kat rumah Mak Su sebab ada kawan dia mai tumpang tinggal 2 minggu, buat praktikal di sini. Oh ya, tahniah buat adik Mal ni.. Dah 2 minggu kerja sebagai Pegawai Farmasi (konvo bulan 11 ni). Alhamdulillah.. Dapat kerja pulak kat hospital depan mata ni ha.. Rezqi dia lah.. Syukur.. Alhamdulillah.